Ni lagi satu penyakit yang kritikal. Maybe ada kaitan dengan penyakit M.
Lately ni ramai orang dok whatsapp macam-macam artikel pasal solat.
Tapi kalau nak ukur dari sudut kesedaran, aku boleh gred kan tahap solat aku masih di tahap yang paling tak memuaskan.
Ada sesuatu yang tak kena dengan diri aku ni dan perlu berubah.
So aku buat la mende nih..
Jadual intensif solat
Sebelum tu jangan salah faham yer. Aku tak de niat nak menunjuk-nunjuk ke, bagitahu semua orang aku ni baik ke hapa okey. Tapi just nak share dengan korang semua.or maybe korang leh tinggal komen untuk aku improvekan diri aku dalam solat ni.
Hehe.. tapi kalau korang still rasa aku ni berniat menunjuk-nunjuk sila stop baca entry ni dan pergi ke entry yang seterusnya. Meowwww =)
Lately ni aku selalu dok fikir kerja dan anak-anak jadi alasan untuk solat pada lewat waktu.
Patutnya aku jadi contoh pada anak-anak aku. Sofiyah punya la pandai. Bila dengar je azan, cepat-cepat toleh cari darimana azan tu datang. Even umur baru 1tahun tapi boleh sebut Allah dengan jelas. Sambil dok tadah tangan dia sebut Allah. Agaknya budak-budak kecil ni memang dah faham dah semua ni. Tapi aku yang dah tua bangka ni makin keras pula hati nak tunaikan rukun islam yang ke 2 tu seawal mungkin.
Kalau di office bukan main kejar masa. Sanggup bawa kereta mencecah 100km/j (jalan kampung kot..hehe), sanggup bergolok gadai kononnya takut attendant akan tukar jadi merah. Padahal ni hukuman atas dunia je. Pastu sapa bosnya? Manusia jugak. sapa yang akan give u a punishment? Manusia kan?
tapi memang kita terutamanya aku yang dah buat mind set macam tu. Hanya benda yang nyata dan nampak kita usahakan, sedangkan janji Allah itu amat pasti, tapi kita tak pernah fikirkan. InsyaAllah semua ni akan aku aplikasi dalam bab solat pula. Sebab tu pada jadual intensif solat tu aku tulis besar-besar "Bos Yang Paling Besar Adalah ALLAH". Itu sendiri mau ingat. ni hukuman yang no excuse.
jadual ni aku letakkan pada softboard dalam office aku. Senang aku nak update pagi-pagi sambil on computer. Kalau tampal dekat rumah kang, ada juga budak yang gatai tangan pi koyak kertas aku ni.
jadual ni aku letakkan pada softboard dalam office aku. Senang aku nak update pagi-pagi sambil on computer. Kalau tampal dekat rumah kang, ada juga budak yang gatai tangan pi koyak kertas aku ni.
Ok, aku cerita sikit macam mana nak buat jadual ni menarik dan kosisten untuk korang apply dalam hidup korang.
First skali, aku bahagikan ikut kategori. For sure Solat Jemaah tu adalah penting. tak kurang penting juga solat di awal waktu. Tapi kalau di rumah, maybe bila masuk je waktu azan time tu la anak nak susu, nangis la, nak tukar pampers la. So aku akan lewatkan sedikit. tapi dengan syarat, solat yang lewat sedikit itu kena solat berjemaah.
Setakat bulan 4 ni aku rasa pencapaian aku belum sampai tahap yang aku nak lagi dan tak boleh dibanggakan langsung. Tu la.. aku dok kejar kerja sangat, dok sibuk dengan anak. Mr Hubby dok jauh, macam mana nak solat jemaah kat rumah. Yes...! memang semua tu aku akui alasan aku. Tapi sampai bila aku nak bagi alasan macam ni pada Allah.
kalau waktu subuh weekdays tu rasanya tak de problem kot sebab memang nak bersiap pergi kerja kan? Ohh...kalau jumaat sabtu selalu akan dapat tag berwarna putih.
Tu lah aku dah kata tadi. Kesedaran masih kurang. Kalau nak bangun time orang azan tu even weekend, tak tau la bila. sampai Mr Hubby pun dah banyak kali tegur kot.
Tu lah aku dah kata tadi. Kesedaran masih kurang. Kalau nak bangun time orang azan tu even weekend, tak tau la bila. sampai Mr Hubby pun dah banyak kali tegur kot.
InsyaAllah aku akan try lagi lepas ni. Selalu kalau weekend boleh jemaah sekali pon bila Mr Hubby sanggup tunggu aku solat jemaah. by the time dia kejut aku, mesti aku tanya, "abg dah solat ke?" Kalau DAH. memang aku akan tidur balik.
Kalau mr Hubby kata, " belum lagi, abg tunggu b la ni" Konfem aku akan terus bangun.
Kalau mr Hubby kata, " belum lagi, abg tunggu b la ni" Konfem aku akan terus bangun.
Setakat ni rekod yang berjaya aku kekalkan adalah solat magrib di awal waktu. Time mr hubby ada pon, aku sempat solat jemaah di awal waktu dengan dia kalau Mr Hubby tak ke surau atau masjid. Aikk..boleh pula solat awal kan? Sebab selalu aku akan mandikan anak-anak 6.45pm macam tu la. dah mandi, pakaikan baju anak semua. tak lama lepas tu akan berkumandang la azan menandakan masuknya waktu maghrib bagi kawasan.... dan kawasan yang sama waktu dengannya.
So aku akan pastikan lepas mandi, terus ambil wuduk sebab dah malas nak masuk bilik air dah lepas tu.
Isyak?
Biasa nya yang ni la problem terutamanya masa aku pregnant dulu. Biasanya aku akan tertidur sebelum isyak lagi. dah pukul 3-4 pagi baru nak tersedar rupanya tak solat isyak. Ish..ish..ish.
Sekarang ni bila azan isyak, kalau ada orang yang dok layan anak-anak aku, cepat-cepat kena ringankan tulang tanpa alasan dalam kepala pergi ambil wuduk and terus solat. Bukan susah pon sebenarnya. Tapi kita selalu bagi alasan nak makan la, penat la, nak tengok tv la..nanti dan nanti. bila dah lewat confirm-confirm kita nak lewatkan terus. Ke korang tak pernah ada perasaan gitu? Aku je kot?
Tapi betul la. Once kita dah solat, nak buat apa pon akan jadi tenang.
Bila tenang, tak la rasa bersalah nak buat itu ini.
yang aku perasan kalau belum solat.. nak masak..ingat belum solat,
nak tidur.. ingat belum solat,
padahal kita yang buat kepala kita serabut macam tu.
apala salah nya untuk solat awal..
betul tak?
betul tak?
Asar?
For sure kalau nak balik kerja, aku kena solat dulu. Sampai rumah pon nak pukul6pm dah. nak main dengan anak. nak dukung-dukung dia, nak bawa Sofiyah dan Sumaiyah ronda-ronda lagi. ni antara cara untuk bagi motivation kat aku untuk solat awal. Kalau tak solat asar siap-siap kat office, confirm nak pukul7pm baru nak solat asar. Tunggu anak-anak mandi dah sekian.. sampai je kereta kat rumah, anak dah serbu aku dulu. Tak kan nak mengecewakan anak kan?
Apapun, solat amat penting. Kita tak nampak kelebihan solat tika kita senang dan ada duit.
Sebab kita kurang ingat Allah. Tapi bila kita istiqomah, InsyaAllah Allah akan beri lebih dari apa yang kita mahukan.
InsyaAllah, bila betul-betul ada kesedaran, kita akan buat dengan ikhlas tanpa rasa terpaksa.
Yang penting jangan bagi ALASAN.
Bak kata moderator dalam kursus bab solat dulu. Usah membangau lagi.
Tau tak kenapa usah membangau lagi? sebab kita selalu beri alasan dan salah kan orang lain macam dalam lagu bangau ohh bangau..