please click here

Showing posts with label PANDUAN BREASTFEEDING. Show all posts
Showing posts with label PANDUAN BREASTFEEDING. Show all posts

28 July 2015

Set Bersalin Amway Murah je RM300

Item Terbaru dari Sumaiyah Boutiques

Assalammualaikum mommy yang bakal menerima cahaya mata tidak lame lagi..
Sumaiyah Boutique menyediakan tawaran hebat Set Bersalin Amway yang termurah setakat ini.

Set Bersalin Amway 

Harga dari Sumaiyah Boutique RM300
Postage: RM 18
Sms or whatsapp : 016-5571691

Bagi mommy yang belum fimiliar dengan produk ni...Set Bersalin Amway Tropical Herbs ni mengandungi 10 produk di dalam kotak hijau kat atas. Set yang terkandung dalam kotak ni macam list kat bawah:

1- Herbal Tea
2- After Birth 1
3- After Birth 2
4- Herba Douche
5- Herba bath
6- Herba Massage Oil
7- Baby Oil
8- Firming Herba Blend
9- Warming Herba Blend
10- Calming Herba Blend

Tawaran terhad untuk membeli secara berasingan (loose product)  juga dialu-alukan. Walaubagaimanapun, ia bergantung pada stok yang ada... 

Untuk pengetahuan mommy semua setiap pembelian Set Bersalin Amway Tropikal Herbs dapat free bengkuk zigzag macam kat bawah ni...

 
Bengkung Zigzag

.....macam mane??? best kan..so tak yah pikir-pikir lagi untuk beli secara loose...
Untuk lebih detail barang yang ada dalam 1 set kotak Set Bersalin Amway Tropikal Herbs ni jom kita tgk kat bawah....


1. Firming Herbal Blend (Campuran Peramping Perut) – 20 paket x 15 g

(lebih kurang tapel)

Di gunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 20 hari

Tambahkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan gaul hingga menjadi pes.

Sapu pes sama rata di atas kawasan perut dan tutup dengan kain nipis.
Gunakan bengkung untuk hasil yang lebih baik.
Pakailah bengkung untuk sekurang-kurangnya selama setengah hari.
Guna seelok-eloknya selepas mandi dan urutan.
 Bersihkan pes selepas menanggalkan bengkung.

p/s: Awas! Gunakan hanya selepas 1 bulan jika bayi dilahirkan melalui pembedahan.



2.Herba Tea (10 uncang x 2g)
Di ambil mulai hari ke-5 selepas bersalin
Minum 2 kali sehari dengan hidangan selama 5 hari
Rendam satu uncang ke dalam air panas selama 5 minit. Minum 

semasa teh masih lagi panas. Campurkan dengan satu sudu teh

madu, jika suka.


3.Herbal Massage Oil (Minyak Urut Herba) – 60ml

Gunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin

Tuang minyak ke tapak tangan dan gosok tapak tangan untuk menghangatkan minyak sebelum mengurut badan.

Guna 2 kali sehari, terutamanya selepas mandi.

Elakkan daripada terkena pakaian kerana kesan kotoran mungkin kelihatan di sebabkan warna semulajadi herba.
Diikuti dengan campuran Peramping Perut.

4.Baby Oil ( Minyak bayi)- 60ml

(Minyak telon)
Tuangkan minyak ke tapak tangan dan gosokkan kedua-dua belah tapak tangan untuk menghangatkan minyak sebelum mengurut perlahan-lahan pada kawasan abdomen bayi.

Sapukan satiap pagi dan petang selepas mandi.

Elakkan daripada terkena mata dan kemaluan bayi.

Elakkan daripada terkena pakaian kerana kesan kotoran mungkin kelihatan kerana warna semulajadi herba.


5. After birth 1( 60 kapsul -300mg)
Mula Makan hari ke 10 selepas bersalin (selama 15hari)
2 kapsul di ambil 2 kali sehari selepas makan ( 2 biji pagi, 2 biji ptg)

6. After birth 2 (80 kapsul x 300mg)
Mula makan hari ke-25 selepas bersalin (selama 20 hari)
2 kapsul di ambil 2 kali sehari selepas makan ( 2 biji pagi, 2 biji ptg


7. Herbal Bath ( Herba Mandian) – 20 uncang x 10g
Boleh digunakan mulai hari ke 4 selepas bersalin selama 20 hari
Didihkan satu uncang dalam 2 liter air selama 20 minit
Tuangkan pati ke dalam baldi dan tambahkan air sehingga anda mendapat larutan yang suam.
Gunakan sebagai air mandian.




8. Herbal Douche (Herba Pembersih Wanita) – 20 uncang x 10g

Untuk di gunakan ‘immediately’ selepas bersalin selama 20 hari

Guna herba pembersih ini 2 kali sehari.

Untuk menyediakan herba pembersih:

a) Rendamkan satu uncang dengan 500ml air panas selama 10 minit ATAU
b) Untuk larutan yang lebih pekat, didihkan satu uncang dalam 1 liter air selama 15 minit
Sejukkan larutan sehingga suam-suam kuku sebelum menggunakannya.

Basuh bahagian vagina dengan pembersih yang suam-suam kuku, ATAU tuang pati panas dalam besen bulat dan campur dengan 1 liter air untuk mendapatkan larutan yang suam. Letakkan besen di bingkai mangkuk tandas dan duduk di atas larutan tersebut, rendamkan bahagian vagina.

- Setiap uncang boleh diguna 2 kali.


9. Warming herbal Blend (Campuran Penghangat badan) – 15 paket x 15g
( lebih kurang param)

Boleh digunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari.

Guna selepas pengurutan dan pemakaian bengkung di kawasan perut.

Jika tiada pengurutan dan pemakaian bengkung dilakukan, ia boleh dilakukan bila-bila masa pada hari itu.- Tambahkan 4 sudu besar air panas ke dalam satu paket serbuk dan gaulkan hingga menjadi pes.

Sapukan ke seluruh badan kecuali di kawasan muka, perut dan vagina.
Biar kering atau seelok-eloknya selama 2 hingga 3 jam sebelum 


10. Calming Herbal Blend (Campuran Penenang) – 15 paket x 3g
( pilis)
Di gunakan mulai hari ke-4 selepas bersalin selama 15 hari
 Tambah 1 sudu the air panas ke dalam satu paket serbuk dan gaul hingga menjadi pes yang pekat.
Sapu pada dahi.
 Biar kering atau seelok-eloknya selama sejam sebelum membersihkannya.


Elakkan daripada terkena mata.

3 May 2015

Tak Pregnant Rupanya

Alhamdulillah
Syukur pada Allah. Persoalan dan dilema aku sebelum ni terjawab sudah.
Sebelum ni aku pernah cerita kat korang pasal kuantiti susu aku dah makin berkurang.
kat Entri faktor kuantiti susu ibu berubah-ubah.

Sepanjang time tu sampai hari ni penat kot dok fikir kenapa susu aku tak de sangat.
Padahal sebelum ni ok je. yang lagi nak jadi dilema nya, aku ni pregnant ke?
Sebab lepas bersalin kat Sofiyah ni aku macam tak alert sangat tarikh aku period.
Tu yang susah tu nak kira balik bila sepatutnya aku period.
Dekat nak 2 minggu kot, kuantiti EBM aku ni sangat merudum, cuma aku malas nak update kat blog la.
kang orang kata aku ni sawan pulak kang. =]
Nak ceritanya ada time aku pum sampai 30 minit pon, susu tak mencecah 1oz pon. 
Memang kecewa gila la. Allah je tahu, dah la stock susu EBM makin sikit. Tapi still tak nak patah semangat jugak, pum and keep going pumping

Sampai la hari khamis lepas, aku datang period.
Start dari period 1st day tu, bila pum je kuantiti susu jadi banyak macam biasa.
Alhamdulillah, rezeki Sofiyah la ni. Allah nak bagi adik nenen umi lagi. 
Nak bagi adik cerdik, no formula milk! no fresh milk! haha

And today..
After my 5th day period, kuantiti susu pagi ni sahaja adalah banyak ni


Alhamdulillah ya Allah..Alhamdulillah.
biasanya aku akan buat kerja je tanpa tengok susu menitis-nitis dalam botol time dok pum. Sebabnya?
aku tak nak stress! dulu masa menyusu kat Sumaiyah aku akan tenggookkk je setiap titisan susu yang keluar sampai sakit leher dok tunduk-tunduk. Bila angkat je baju aku tadi.."Alhamdulillah! susu adik ada lagi!"
tu je aku boleh cakap..gembira tu aku je tau kot even Mr Hubby pon tak leh rasa how happy I'm at that time

Pagi tadi tak la banyak ni kot. just 2oz lebih sikit la. Rupanya memang betul la, bila period ni akan bagi kesan pada kuantiti susu macam yang aku pernah tulis dalam entri sebelum ni.

Kesimpulannya?
I'M NOT PREGNANT!!
Heppp..hepp..horreyyyy
Mr Hubby je saja dok sakat aku. "Umi pregnant nak bagi ayah baby boy la tu"
hellloooooooooooooooo.. ni nak suruh aku dok PJJ hidup dengan 4beranak pulak la tu.
Bukannya tak nak. Tapi aku rasa this time tak ready lagi kot. Ready dari segi masa dan tubuh badan. 
Kalau boleh biarlah Sofiyah besar mencecah 2tahun. At least la kan. ni bukan aku tolak rezeki... tak tolak. cuma merancang je. Aku merancang tapi Allah menentukan yang terbaik untuk aku. 
Kalau ada jugak zuriat baru time ni aku terima je, aku pon suka budak-budak. cuma nak bagi perhatian kat Sumaiyah dan Sofiyah for this year. Next year? Maybe! =]

Pengajaran hari ni?
 No.1 =Kena rajin buat stock EBM sebelum period
No.2 = kena buat jadual period

Pasni jangan pening-pening lagi eaaa kalau kuantiti susu tu merudum. Aku dah tau apa sebabnya!


27 April 2015

Faktor kuantiti susu ibu berubah-ubah


Sebenarnya aku termasuk dalam golongan ibu-ibu delima sekarang ni. 
Seminggu dua ni, kuantiti susu makin sikit pula aku perasan. 
Nak kata period? Stress? atau sebab Sofiyah dah besar?
Tak mungkin la. Apapun aku nekad selagi ada titisan air susu, akan ku berikan pada Sofiyah. hehe =]

Jadi aku pon search la sebab-sebab yang mempengaruhi susu ibu. Mana la tau ada faktor yang mungkin terjadi dekat aku or maybe aku boleh atasi faktor semua tu to increase my EBM (Express Breast Milk) ni kan. So search punya search, aku pon senarai kan apa info yang aku dapat sekadar untuk share dengan korang semua dan untuk rujukan untuk aku esok-esok after my 3, 4, 5 and so on children. Banyaknya???
Memang banyak pon. Selagi ada rezeki Allah, aku terima je. Ni semua saham aku untuk doakan aku lepas aku tak de nanti. Amin.

Emosi
Emosi ni akan pengaruh kuantiti susu kita. Sebab apa? daripada emosi akan mempengaruhi hormon-hormon penyusuan. Faktanya: refleks akan control perintah yang dikirimkan oleh hipotamalus ke kelenjar otak. Bila perintah tu diterima, secara automatik pengaliran susu akan aktif dan dihantar ke bahagian payudara puan-puan. Macam doktor la pulak? dulu nak jadi doktor tak leh sebab result teruk kot!
Jadi bila kita rasa tenang dan rilek, lebih banyak signal-signal diterima oleh otak untuk hasilkan susu yang banyak. tapi memang perasaan sangat masa aku kerja kat tempat lama dulu, asal tengok video anak kat hp je, mula menderas susu turun. Syok pulak rasanya. 

Stress
Ni lebih kurang ada kaitan dengan emosi tadi la kan. Bila stress emosi pon jadi tidak stabil. Bila stress confirm la disebabkan penat dan tidak cukup rehat. Sebab tu bila ibu yang bekerjaya ni digalakan letak gambar anak depan meja tempat korang bekerja tu. Jadi inspirasi dan bersedia bila-bila masa je untuk pumping masa dok tengah kerja. Konfem dapat susu banyak. Biasa aku amalkan dengar suara anak, tengah-tengah pum tu rajin pulak dok call anak kat rumah. Bila baby dok sebut 'ummi' 'ummi' tu laju je macam dia nak susu kat kita. =]



Pengambilan ubat
Biasanya masa diawal kelahiran kita diajar makan jamu-jamu kan? dan biasa bila nurse datang nak cek baby kat rumah dia akan tanya jamu apa yang kita makan. Ada juga ubat-ubat yang mengandungi bahan yang boleh mengurangkan kuantiti susu.
Dan secara kebetulan hari tu aku penah sakit perut  disebabkan food poisining. Bila aku tanya doktor, ubat ni effect tak kat saya sebab saya sedang menyusu anak? But he said "No, its good for your milk buster" tapi aku tak ingat dah apa nama ubat tu. Dan doktor tu kata lagi, biasanya kalau mommy yang ada masalah kurang susu memang doktor suggest untuk telan ubat tu.

Kekerapan menyusu/ pum
Yang ni rasanya tak de kaitan dengan aku kot. Sebab on weekdays aku akan pum pukul 6.45pagi sebelum ke office, 10.30 pagi and 3.30 petang. so jadual tu memang tak de masalah. Fix setiap hari yer. And kalau weekend lepas subuh lagi akan mengimpit kat Sofiyah sampai dia tolak breast aku (tanda dah kenyang). Lately ni, lepas je dia kena demam campak, Sofiyah akan datang tanpa segan silu dan menyelak baju ibunya pada bila-bila masa. SO kene aware lah.
Kadang-kadang masa orang datang pon dia buat perangai manja macam tu. 
Tapi good la bagi aku sebab kalau nak bandingkan sebelum demam campak dia hanya nak menyusu time nak tidur je. Kalau tengah celik elok-elok ni, jangan di harap. Kecuali kalau kene 2-3 das dengan Sumaiyah dan uweekk..uwek.. baru pandai nak melekap. =]

Kuantiti air
Yang ni pon not a problem. Sebab nya diwaktu pejabat atau kat rumah. Memang aku ni kuat minum air kosong. kalau setakat air mineral botol kecil tu, tengah-tengah meeting tu boleh habis 1botol setengah kot. dan kat rumah mertua sekarang ni memang diorang akan masak air bukan guna cerek lagi tapi guna periuk orang dok buat gulai tu. Please imagine. hehe. sian mak dan bapak mertua aku. 
dah la cucu kuat menyusu. Menantu pula, kuat minum air. Anyway mereka the best father and mother in law.
Rasanya tak terbalas kot jasa diorang sejak aku MEMBESAR dengan anak-anak kat sini. 
But a fact is true. Dalam kandungan susu ibu tu 80% adalah air. Sebab tu kita kena minum air jugak-jugak tau. Tinggal lagi kepekatan tu berbeza bergantung pada makanan. Jap lagi kita sambung bab makanan k.


Kesihatan
yang ni of course la kan. bila kita demam confirm-confirm dah  urat-urat saraf yang berlengkar dalam badan ni akan menghantar info kat otak kita bahawasanya kita ni tak sihat. Jadi akan effect sikit sebanyak kuantii susu.
Yang ni pon rasa tak de kaitan dengan aku buat masa ni. 
Dari segi medical nya aku pon tak reti nak explain tapi logik je kan. kesihatan ni akan pengaruh otak kita untuk buat apa saja. So mommy-mommy kena jaga kesihatan tu.

Pemakanan
Before that nak cita yang aku selalu marah-marah Mr Hubby bila tengok dia tengah syok makan laju-laju sorang-sorang, tak toleh belakang. "abang oii, b ni dah la nak susu Sofiyah. Ni dah la nak suap anak lagi, nak pegang anak lagi. jap l agi nak susu lagi. Apa kata abang bagi b chance makan dulu. Abang suap anak boleh tak?" yang ni memang selalu aku cakap kat Mr Hubby aku especially kalau makan kat kedai-kedai. 
Mujur Mr Hubby ni sangat cool! Padahal aku pon nak melantak macam dia jugak. Yang lain tu reason yang 
masuk akal la jugak sebenarnya kan.
Tapi apa saja yang melibatkan anak, memang Mr Hubby akan mengalah dengan aku. i'm the BIG BOSS!
So lepas aku dah makan dan anak dah kenyang aku akan bagi susu terus kat anak sambil tunggu Mr Hubby makan pula. So kaitannya, ibu-ibu kena jaga la makan. Jangan nak jaga badan je.
Ni biasa aku dengar pada orang-orang baru pas bersalin. Konon nak jaga badan. Oiii makcik! 
tak baik tau. Kau nak jaga badan, anak kau tak terjaga. Tapi betul la. Allah buat semua tu molek dah.
Bila kita menyusu, secara automatik badan boleh kurus. walau pon ko makan banyak bedahhh..
Lastly pasal makanan ni, kena la makan banyak zat-zat yang berkhasiat. Bijirin, sayur, buah. Itu yang penting sebab semuuuaaaaaa tuuu akan mempengaruhi perkembangan anak-anak kita.

Period
Yang memang delima la. Cuma aku lupa nak tanda bila aku last period baru ni.
Ikut pengalaman masa zaman Sumaiyah dulu pon, bila time period je memang susu akan turun. Selalunya kuantiti tu akan turun bila 2-3 hari sebelum dan 3-4 hari period. After that dia akan kembali ok seperti biasa.
.
.
.
Pregnant??
Huhu.. no komen =P
Sabar-sabar. tak kan kot..
Tapi memang masa mengandung susu akan berkurangan disebabkan hormon yang berubah 
semasa mengandung tu. Pengalaman aku dulu, tak la drastik sangat. Cuma lama-lama semakin kurang tu atas kesalahan aku gak. yelah, time pregnant memang letih dan tak sempat nak kesah kot kat Sumaiyah time tu. Last-last masa mengandung 4 bulan tu terus tak susukan my 1st little princess dah. 
Apapun, nasihat doktor. kalau kita masih nak teruskan, adalah digalakkan tapi ikut kemampuan.
Menyusu time pregnant tak kan ada side effect apa-apa pada kita. In fact baby dalam perut pon. Cuma selalunya mommy akan letih. Itu yang aku dengar di doktor yang aku jumpa masa tu. Tapi tabik spring la kat doktor sebab dia sangat menyokong menyusuan susu ibu. 
siap terkejut lagi, aku and hubby dok PJJ tapi semangat aku untuk menyusukan anak sangat kuat.
Doktor kata biasanya orang yang paling penting dalam sokongan untuk mommy menyusu adalah husben sendiri. Alhamdulillah..


7 February 2015

MAKANAN UNTUK MENAMBAH SUSU IBU

ASSALAMMUALAIKUM SEMUA..




Tahukah ibu-ibu, makanan yang kita makan sebenarnya mempengaruhi kuantiti dan kualiti susu ibu yang kita beri kan kepada anak comel kita. Mungkin tidak semua ibu-ibu akan sedar bahawa jenis pemakanan kita akan merubah kuantiti susu ibu. 

Pengalaman saya 2 kali berpantang, minuman yang banyak membantu untuk menambahkan susu adalah horlick. Pengalaman pahit pula masa berpantang, saya rasa sangat sakit perut sampai kan nak buang angin pun susah adalah lobak putih. Ramai yang sarankan untuk makan lobak putih untuk menambahkan susu semasa berpantang. Untuk saya jenis yang alah pada lobak putih. Akhirnya, rasa sakit perut seperti kembung ditengah malam. 

DI bawah ni, saya senaraikan jenis makanan yang boleh membantu ibu-ibu untuk menambahkan susu bagi si comel tersayang. Mungkin ada yang tidak sesuai bergantung kepada badan dan jenis darah masing-masing. Apapun, anda boleh mencuba dalam kuantiti sedikit dahulu. Ada makanan yang boleh increase dan decrease milk supply. 


  1. oat-buat bubur, campur dalam minuman panas eg: milo or horlick or salut pada ayam or anything else sebelum menggoreng. Ini bagi menambah keenakan rasa oat bagi bukan mencinta oat
  2. kurma- boleh juga blendkan dengan susu
  3. kacang buncis- boleh digoreng atau buat sayur air
  4. bayam & sawi-masak air or goreng
  5. lobak putih & pucuk meranti-lemak or tumis air
  6. longan kering-rebus & jadikan minuman harian
  7. tauhu & tempe-goreng saja or campurkan dalam masakan lain-lain
  8. susu-minum saja atau buah sebagai pencuci mulut
  9. cheese-sama ada cheese yang telah diubahsuai seperti kek, tart atau dimakan begitu saja
  10. alfafa-take in tablet, eg: product from shaklee
  11. halba or fenugreek-rendam & campurkan dalam makanan seperti nasi dagang
  12. jambu & betik
  13. ketam
  14. madu-masukkan dalam masakan
  15. jantung pisang-celur, kerabu atau masak lemak
  16. daun kuchai-campur dalam bihun goreng or goreng dengan udang, tauge, tauhu & tempe
  17. pucuk betik-celur buat ulam
  18. bawang putih-banyak sulfur bagus untuk sendi & membantu penghasilan susu
  19. red raspberry leave-in tablet from farmasi
  20. milo, horlick & teh hijau jepun - buat air panas atau suam
  21. barli-buat bubur atau minuman panas
Makanan yang mengurangkan susu:

  1. Makanan bersifat sejuk seperti kobis atau ulam mentah
  2. Minuman sejuk

4 February 2015

PROMOSI HEBAT SET MENYUSU BERSAMA SHAKLEE

Assalammualaikum semua,

Khas untuk ibu-ibu yang ingin menambahkan kuantiti susu dan menyusu badan secara ekslusif.


Set Menyusu Shaklee 


Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan boleh menghubungi 
Rohaya distributor : 016-7551746

Bagaimana Shaklee membantu dalam penyusuan?? :-

VITA LEA/MULTIVITAMIN (iron formula)
Mengandungi 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain Vita Lea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak dengan lebih baik lg. Ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah atau direct BF baby. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Zat besi juga adalah penting semasa ibu mengandung. Ia dapat dipastikan dengan pemeriksaan kandungan darah. Kurang darah merah juga dikenali sebagai "HB Low"

B-COMPLEX
Memetabolismekan karbohidrat,lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif dan boleh buat keputusan bijak dan sentiasa dalam mood ceria.Jadi, Ibu kurang stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan dapat dihasilkan dengan banyak dan lancar. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam (Awet muda).

VITA C
Berfungsi untuk menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi ibu. Sekiranya Ibu @ Baby demam,Perlu ambil VitaC 2 biji sehari dan bagi Ibu yg menghadapi Nipples melecet@luka@berdarah,InsyaALLAH kan cepat baik.Kulit makin bersih, cerah & cantik.Vita C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.

ALFALFA
Merupakan supplement Penggalak Susu dalam penghasilan susu kerana mempunyai banyak khasiat. Alfalfa berasaskan daripada tumbuhan/sayuran. Pernahkan ibu menyusu merasai kuantiti susu bertambah daripada biasa selepas mengambil lebih sayuran hijau dalam diet anda?? seperti bayam, pucuk ubi, sayur pucuk manis dan pelbagai lagi. Pengambilan dan keberkesanan alfalfa juga tindakbalas pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat. 

PERBEZAAN JENAMA BREAST PUM YANG POPULAR DI MALAYSIA

Assalammualaikum pembaca sekalian,


Breast pum mana yang nak dibeli? Breast pum murah? Breast pum yang mana palinggg sesuai? Ya. Ini selalu menjadi dilema pada bakal ibu-ibu yang telah berniat untuk menyusukan anak mereka apabila telah dilahirkan nanti. Ramai yang fikirkan jenis, ada juga penting harga, tak kurang juga yang pentingkan kesesuaian dan functional breast pum sebelum decide untuk beli sesuatu jenis breast pum.

Hari ini saya nak kongsikan sedikit jenis-jenis dan brand breast pum yang semakin mendapat tempat di hati ibu-ibu yang telah mempunyai pengalaman menggunakan breast pum.

Sebelum ibu-ibu membuat keputusan untuk membeli breast pum yang diinginkan, mereka perlu tahu apa yang sebenarnya mereka penting. Harga, jenama, keselesaan, fungsi, keberkesanan? Bagi pengalaman saya yang telah menggunakan breast pum secara berturut-turut selama 3 tahun kepada 2 orang puteri saya perkara yang paling saya utamakan adalah fungsi breast pum dan keberkesanannya untuk menjayakan program penyusuan susu ibu secara ekslusif. Harga? memang penting. Tapi apa lah yang hendak dikirakan sangat jika dibandingkan dengan kualiti susu yang akan kita berikan. Contoh yang saya boleh beri di sini...

Harga 600g susu formula = RM24
Harga susu formula untuk 1bulan = RM24 x 2pek = RM48
Harga susu formula untuk setahun = RM48 x 12 bulan = RM576

Ini baru harga susu formula yang saya kira biasa anak-anak kita gunakan. Kalau nak susu formula yang lebih bagus mungkin akan mencecah RM 100 sebulan. Itu baru seorang. Ok, cuba anda bayangkan kalau anak kita ada 3orang, berapa yang perlu dibelanjakan? Sekarang saya nak ajak anda kembali kepada fitrah manusia. kalau lembu sanggup susukan anak dia, ikan paus di dalam air pon menyusukan anaknya. Kenapa kita perlu korbankan anak kita dengan alasan tiada masa! penat! kos breast pum mahal! kalau ibu-ibu nak tahu, banyak cara dan jenama yang ada sekarang ini, yang menyokong program penyusuan susu ibu. Mari kita baca satu persatu...

PERTAMA

Medela

Brand Medela, antara brand yang popular di Malaysia malah di negara luar. Harga yang mungkin mahal untuk sesetengah modelnya. Namun anda masih berhak untuk mendapatkan nya dengan harga yang murah. Antara model yang ditawarkan oleh medela ialah Medela Freestyle, Medela Swing dan Medela Harmony.
sepanjang penyusuan saya, medela freestyle memang rakan terbaik menjadi peneman setia di  mana jua. Lebih mudah, senang dan sangat sesuai untuk mereka yang melakukan 2-3 kerja dalam satu masa. Sambil memandu saya masih boleh mengepam susu. Sambil melipat baju atau sambil bersiap ke tempat kerja.


KEDUA
Philips Avent

Antara model yang menjadi pilihan adalah Philip Avent. Jangan ingat Philip p hanya mengeluarkan barangan elektrik sahaja, breast pum pon ada. Antara model Philip Avent adalah Avent Natural Manual for newborn, Avent Comfort Double Electric, Avent Comfort Single Electric dan Avent COmfort Manual. 


KETIGA
Snow Bear



KE-EMPAT: LITTLE BEAN


KE-5: EVE LOVE



KE-6: SPECTRA



KE-7: LACTE DUET


KE-8: RUMBLE TUFF


KE-9: UNIMOM FORTE


KE-10: PUREEN

KE-11: TOMMEE TIPPEE



KE-12: AUTUMNZ ULTIMATE


KE-13: TOLLYJOY


KE-14:TRUEELUV


KE-15: PIGEON



BONUS!!: GUNAKAN TANGAN ANDA SENDIRI
Bagi yang masih tak mahu membelanjakan duit anda untuk membeli breast pum, anda boleh gunakan teknik marmet. Tak perlu keluarkan duit. jadi tiada alasan untuk tidak boleh menyusukan anda bagi yang bekerja. boleh tengok cara-cara di bawah

CARA TAMBAHKAN SUSU IBU DENGAN SET MENYUSU SHAKLEE

Assalammualaikum mommy semua...

Hari ini rasa bahagia sangat jumpa mommy yang baik yang sudi berkongsi dengan saya di Sutera Inn baru-baru ini..

Permulaan cerita, saya diarahkan untuk menghadiri bengkel di Sutera Inn Kota Bharu. Dalam keadaan yang terbangun lewat dari tidur sebab si kakak sememangnya lewat tidur, saya kemas-kemas kan barang set menyusu seperti biasa. Biasanya saya akan bawa extra botol kalau ke tempat-tempat bengkel atau kursus. Tapi rupanya bawa 2 saja pagi itu. Masa tengah drive dok fikir juga macam mana nak simpan susu yang dipum disebelah pagi supaya dapat gunakan botol yang sama untuk pum sebelah petang. Akhirnya timbul idea untuk minta air botol mineral saja di hotel. Mungkin idea yang bagus! Lepas pum masukkan dalam botol mineral untuk sementara waktu, boleh guna botol tu untuk pum sesi ke2.

Sambi-sambil tengah pum sebelah pagi di surau hotel, kebetula ada staf hotel yang nak pum juga. Terkejut juga mula-mula saya. Siapa pula yang masuk pagi-pagi di surau. Sembang punya sembang, namanya kak Nora. Kak nora ni ada anak berusia 3bulan yang masih menyusu. Imigine anak dia dah menghabiskan stok 2 bulan yang di standby semasa pantang. Ceritanya anak bongsu memang kuat menyusu, sehari boleh habiskan 24oz dari pukul 8pagi hingga 6petang. Apapun alhamdulillah. Ibu nora ni sangat kuat semangat walaupun kadang-kadang agak stress untuk dapat stok susu yang banyak semasa di office.

Baiklah, kesinambungan dari cerita tu, saya pun kongsi la tips-tips dengan beliau memandangkan beliau 1st time menyusukan anak secara ekslusif walaupun sebelum ini mempunyai 4orang anak dan anak bongsu memang bertekd untuk menyusukan anak. Antara tipsnya yang sempat saya kongsi kan pada hari ini seperti dibawah:


  1.  Kerap menyusukan anak -kalau pergi ke pejabat pum la paling kurang 3jam sekali supaya dapat kosongkan payudara kita.
  2. Menyusu dengan kedua-dua payudara 
  3. Jangan jadual kan penyusuan
  4. Menyusukan pada waktu malam dimana penghasilan susu adalah tinggi pada waktu malam.
  5. Teknik urutan payudara yang betul akan membantu menghasilkan susu dengan banyak
  6. Elakkan puting tiruan
  7. Mandi dengan air suam supaya saluran susu dapat dikembangkan dan mencairkan susu yang beku dipayudara
  8. Minum air dengan banyak - walaupun kita masih rasa belum dahaga, minum la air dengan banyak kerana 80% kandungan susu ibu adalah air.
  9. Jangan tidur dalam keadaan meniarap kerana boleh memampatkan payudara dan menghalang pembekalan susu
  10. Ibu boleh cuba makanan atau minuman seperti yang saya biasa amalkan ketika dalam pantang dengan minum horlick. Sangat membantu!
  11. Supplement dan vitamin Shaklee. Kepada yang berminat untuk mendapat set menyusu shaklee boleh menghubungi saya di 016-7551746




18 January 2015

PANDUAN MENYIMPAN SUSU IBU ATAU EXPRESSED BREASTMILK (EBM)

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, hari ini tiba-tiba bekalan susu ibu untuk Sofiyah naik dengan baiknya selepas sahaja merundum disebabkan ummi nya baru pertama kali period after bersalin Sofiyah setelah Sofiyah berumur 11 bulan. Hakikatnya begitu lah. Mengikut pengalaman menyusukan Sumaiyah dulu pun, susu ibu akan merudum sebelum dan semasa ibu sedang dalam keadaan period. Apapun, syukur masih ada bekalan untuk adik hari ini dan hari seterusnya. Justeru, dengan mensyukuri nikmat yang Allah beri, saya bersemangat nak kongsi kan sedikit tentang panduan dan tips untuk menyimpan susu ibu atau lebih mudah dipanggil EBM (expressed breastmilk).

Susu ibu boleh bertahan sehingga 6 bulan lamanya sekiranya susu disimpan di dalam deep freezer. Apa itu deep freezer? Ia peti sejuk seperti peti yang biasa digunakan di kedai-kedai untuk menyimpan aiskrim. Gambarnya seperti dibawah.


Di sini saya kongsi kan cara penyimpanan yang betul dan selamat untuk digunakan.

1. Suhu bilik : boleh bertahan sehingga 4jam
2. Cooler bag/ coller box : susu bertahan 12-24jam (bergantung kepada saiz cooler bag)
3. Peti ais bawah (yang ada 2 pintu) : bertahan 2 hingga 3 hari
4. Peti ais atas (yang 2 pintu-freezer) : bertahan 3 hingga 6 bulan bergantung kepada kekerapa dibuka dan          tahan kesejukan yang kita setting pada peti tersebut.
5. Peti ais 1 pintu: bertahan paling lama 2 minggu.
6. Deep freezer: boleh bertahan 6 bulan.

Panduan tambahan

  • Bagi ibu yang bekerja, susu yang dah diperah boleh disimpan di dalam cooler bag, pastikan ice pack mencukupi untuk memastikan susu tersebut berada dalam keadaan sejuk sebelum disimpan di dalam peti di rumah. Bagi office yang disediakan bilik pantry dan mempunyai kemudahan peti sejuk, boleh la gunakan sebaiknya. Apapun, untuk memastikan kualiti di tahap yang baik, simpan botol susu tersebut secara berasingan atau masukkan didalam plastik sebelum di simpan di dalam peti untuk mengelakkan bau dan kebersihan susu tersebut. Kadang-kadang ada peti sejuk di office yang kurang di cuci dan diselenggara menyebabkan kita was-was untuk simpan susu tersebut di dalam peti sejuk. Saya biasanya akan masukkan semua botol dan pum saya ke dalam satu bekas tupperware dan simpan dalam peti sejuk. Kaedah ini lebih selamat. 
  • Susu beku yang telah cair walaupun sedikit yang telah kita simpan boleh dibekukan semula sebaik sahaja sampai di rumah. Pastikan selepas kita keluarkan susu tersebut untuk perjalanan pulang, tidak menngambil masa yang terlalu lama. Saya biasanya consider paling lama pun 1 jam 30minit. Bila sampai di rumah cepat-cepat masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Kalau kita rasa susu yang diperah hari ini akan digunakan untuk keesokkannya memadai di simpan di bahagian bawah supaya memudahkan penjaga untuk menguruskan susu perahan. Kalau beku nanti susah pula nak cair kan dan panaskan. Tambah-tambah kalau anak kita dah menangis nak kan susu.
  • Sebaliknya jika susu tersebut akan digunakan untuk beberapa hari akan datang, simpan saja susu tersebut di dalam deep freezer atau bahagian beku supaya kekal lama. Ibu-ibu kena ingat, susu perlu disimpan mengikut sistem first in first out (FIFO) atau label mengikut tarikh. FIFO ini untuk memudahkan kita ambil susu yang mula-mula masuk. 
  •                                                  

Semoga susu perahan ibu dapat dimanfaatkan sebaiknya. Apapun, bagi ibu-ibu bersabar dan nekad untuk menyusukan anak walaupun sedang bekerja dapat melahirkan generasi yang cemerlang. Susu ibu adalah berkali ganda lebih baik daripada susu formula dan mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh anak-anak. Keep pumping dan sentiasa amalkan konsep asa penyusuan iaitu demand dan supply. Di sini saya nak kongsi kan kuantiti susu untuk sofiyah hasil pumping hari ini. Syukur, mensyukuri nikmat Allah. 

InsyaAllah dalam entri lain saya akan kongsikan panduan dan cara pemanasan susu ibu.



Nukilan dari seorang suri rumah (WAHM)
ROHAYA BINTI ABDUL RAZAK
-PANDUAN PENJAGAAN ANAK DAN HOMESCHOOLING-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK