please click here

27 April 2015

Tip Atasi Selera Makan Anak-anak


Bestnya tengok baby makan sendiri macam ni. OMG!!!
kalau anak aku pandai makan macam tanpa di suruh, rasanya boleh rilek banyak kot.
Aku leh siap buat open house kot tiap kali weekend sebab tak perlu susah-susah fikir anak makan ke tak, lapar ke tak? Sebab diorang pandai makan sendiri.

Tapi...
Kebiasaannya kanak-kanak lingkungan umur 6 bulan hingga 4 tahun akan mengalami selera makan yang rendah. tak fening ke korang nak fikir macam mana nak bagi diorang makan sampai keluar bunyi erkkk..
Paling-paling kalau bunyi erkk tu pon sebab susu je kan?

Macam mana pon mak ayah kena pantau pemakanan dan kesihatan anak-anak.
Kalau badan makan kurus keding?
Pegilah jumpa pakar nutrisi, nak tau samada memang anak kita ada penyakit atau disebabkan selera makan.
Tapi setakat yang aku jumpa, anak aku, anak sepupu, anak buah, sepupu, anak angkat dan golongan-golongan sewaktu dengan kalau kata budak-budak, korang akan biasa dengar mak bapak dia akan terpekik telolong sebab nak bagi diorang makan. Aku sendiri tak kurang 45minit akan spend masa untuk suap my 1st and 2nd princess. lepas 45minit baru aku dapat melantak apa yang aku masak hari tu.
Tapi untuk SOfiyah ni kurang la skit kot masalah selera makan sebab dari usia 6bulan dia akan bunyi ahh..ahh.ahh nak minta makanan bila dia nampak ada benda yang dia boleh makan.
Untuk makan nasi lepas celik mata after subuh tu  bukan masalah besar untuk SOfiyah. Sumaiyah???
jangan kata subuh, isyak pon belum tentu makan.

mak mertua aku kata dia cacing, yela kot kan? tapi ubat cacing yang wajib kanak-kanak makan masa umur 1 tahun dan 1tahun 6bulan tu dah complete. mungkin ada kot cacing-cacing degil keparat ni tak nak keluar dari perut Sumaiyah..nanti kalau cacing, kalau kau keluar aku kerat-kerat kau.

Untuk makcik-makcik kat luar tu, kalau anak tak makan mesti soalan ni selalu main-main dalam kepala korang kan..
1. mama dah masak sedap-sedap kenapa tak nak makan jugak?
2. Hari ni budak ni tak makan langsung, tak lapar ke dia?
3. Dia kenyang makan apa je hari ni?
4. Kenapa degil tak nak makan nasi, kalau bagi aiskrim ke, kopok ke..laju je kau ekk?

tu semua soalan-soalan yang sangat biasa aku dengar dari mulut  kakak, adik ipar, kawan-kawan, pakcik, makcik yang ada anak kecil ni kan.

Kadang-kadang ketidakseleraan makan budak-budak ni, buat kita hilang kewarasan, kesabaran, kerajinan untuk hadap anak-anak kita sampai kenyang. So ada beberapa tips yang aku boleh kongsi dengan korang semua untuk galakan budak-budak segolongan macam ni makan. At least la kan, bukannya tips yang aku bagi ni akan ubah 100% anak korang pelahap macam korang makan. Of course la selera korang lagi membuak-buak kan. hehe =]
Tapi at least boleh kenyang kan kanak-kanak yang umur 6 bulan hingga 4 tahun ni makan.

Jangan paksa kanak-kanak makan sampai menangis.
Aku tak gurau eaaaa.. INI BUKAN LAWAK. ada yang penah aku jumpa (dirahsiakan siapakah) dia siap paksa anak dia sampai menangis nak makan nasi. Mungkin dia ni tengah lapar kot, kena pula dengan suami yang buat dekkk je makan sorang-sorang. jadi konon nak lepas perasaan kat laki tak boleh, dia lepaskan kat anak dia. Siap sumbat-sumbat lagi sampai bertabur.
Walaupun tengah tension suap anak sampai berjam-jam please la jangan buat macam tu. Buatnya anak tu lekat nasi, pastu mati baru korang ada akai kan..baru nak nyesal. So fikir dulu sebelum buat.
Time nak makan tu, bagi dia rasa dulu. kalau ada sup, bagi hirup sup. Kalau 1st impression dia kata sedap, so dia akan makan untuk suapan seterusnya. Atau kalau ada sos ke, kicap ke, ayam ke, jagung ke.. bagi dia makan apa yang korang rasa paling sedap dalam pinggan tu untuk dia makan. Encourage dia dengan benda sedap, jangan terlalu fikir khasiat sangat OKEY. Kadang-kadang ada orang tu nak bagi anak sihat, terus suap sayur. memang tak la budak tu nak makan kan?

Makanan kegemaran
Untuk anak aku, aku siap tulis lagi makanan apa favourite yang konfem dia akan makan. Yang ni memang last option la kan. Tapi kita list kan. Agak-agak dalam 3-4 hari tu nampak dia ni makan nasi pon tak sampai 2 sudu setiap hari so sediakan lah makanan kegemaran ni. ni list makanan Sumaiyah.


So bila rasa nak pegi kedai atau supermarket tu memang senang aku amik..amik je apa yang dah terlist. tak de la dok terkulat-kulat depan peti supermarket tu nak beli apa kan? Tapi kena pandai la mix and match kan apa yang dia suka tu kepada benda yang berkhasiat. For example: Jagung dan udang. Aku buat bubur lambuk ke. Satay tu perisi-perisi sikit buh dalam bubur ke, Kismis masuk kan dalam lempeng ke.
Agak pelik kan menu, tapi yang ni je yang anak aku suka. So tak boleh ikut kepala aku je, dia yang nak makan ke aku yang nak makan kan?

 So far untuk Sofiyah, dia makan apa yang ada depan mata. Ala-ala orang kampung la bak kata mak mertua aku. Celik mata makan nasi pun tak pe. Dia biasa kot dulu time aku pregnant kan dia kan makan apa yang ada. Memang tak memilih. Kalau memilih sapa nak layan kau Rohaya? Husben kau dok jauh OKEY??
Tapi Sumaiyah ni agak western sikit. Dulu pregnant kat 1st little princess ni kan Mr Hubby tengah mode ala-ala Bapak terhero di Malaysia. Semua aku nak dia akan masak dan cari. Senang kata aku perlu dok terbungkang je dalam rumah. Cakap je dia akan buat kan =] 

Hias dan pelbagaikan warna makanan
bab ni agak problem sikit la time Mr Hubby dok PJJ ni. Nak hias bagai dengan Sofiyah dok celah kaki. Memang tak la kan?
Tapi aku akan match kan sayur dan lauk-lauk yang ada supaya warna dia nampak menarik.
Especially kalau buat bubur atau nasi yang memang dia tak suka makan tu dengan warna carrot, jagung, kacang peas, telur tabur-tabur. So dia akan nampak cantik. Mula-mula nak suap tu konfem la mak kau ni SUmaiyah akan suap telur dulu. Baru boleh suap nasi. Kalau tak, penat je aku masak banyak-banyak. Last sekali mak kau jugak yang demookk! nak 

Elak makanan yang sama dalam seminggu
Tip aku adalah seminggu. Tapi aku tau tahap aku ni agak malas untuk cari idea kan. Sebab tu aku beli buku 400 idea resepi. Wahaha.. 


Buku idea bekal ke sekolah tu saja aku beli just nak tengok macam mana dekorasi makanan tu. Demi mu wahai anak.. 
Tapi semua ni bergantung kepada kerajinan dan kreativiti masing-masing jugak kan. Kalau mak-mak yang memang pandai masak tu, confirm anak aku pon makan agaknya. Takpa, semua ni cabaran untuk membesarkan anak.

Selang masa
jangan terus paksa anak korang makan sampai habis makanan tu yer. Kang termuntah pula nanti. macam aku, aku selalu kena tegur dengan mertua. "Biar la, jap lagi suap pula nasi tu".
Tapi sebab aku memikirkan masa yang berlari-lari tinggalkan aku, so aku cari alternative macam mana nak bagi Sumaiyah  ni leka buat sesuatu sambil makan.
So time tu jugak aku cepat-cepat buka youtube 'Ultraman' atau education songs for kids.
bila tengok lagu-lagu macam tu, dua beradik tu confirm joget punyaaa. Asal suap telan..suap telan. Semudah ABC.
Cara kedua yang hampir sama, aku bukak VCD. Selalunya buka VCD yang memang aku beli untuk diorang macam lagu tradisional kanak-kanak. Macam-macam la lagu dalam tu. So dari 45 minit boleh dikurangkan sehingga 20 minit je suap sampai kenyang. Kalau makan dengan nenek dia, nenek dia buka VCD dikir barat. Hahhhh.. tu lagi syok. sampai tergelak-gelak kami. Dah jadi hiburan pulak suap anak ni
=]

Combine western and tradisional food
Kalau aku rajin, aku buat sup ayam ke, sup daging ke. 
At first suap nasi dengan sup dulu. For sure aku akan buat juga die terliur. Cara nyer?
Suapan pertama: sup sahaja
suapan kedua: sup dan ayam
suapan ketiga : sup dan nasi
suapan keempat: sup dan nasi
suapan keempat: sup dan carrot
dan seterusnya...
kena bagi diorg rasa dulu.. maybe cara ni sangat berguna untuk aku suap Sumaiyah
kalau tak jadi jugak, memang last choice aku akan rebus spagetti atau apa-apa jenis noodle untuk makan dengan sup tadi. InsyaAllah setakat ni berjaya.


So itu saja latihan aku leh  bagi kat korang setakat ada 2 orang anak ni. esok ada 3.. 4 tak tau la macam mana ragam diorang pulak kan. Tapi aku harapkan semua nya baik-baik. Ragam Sumaiyah ni aku kira belum kritikal bagi aku berbanding kanak-kanak lain. Lepas makan confirm aku upahkan susu. 
Apa pun kita buat, niat kerana Allah untuk besarkan anak-anak jadi umat yang boleh beri sumbangan pada agama islam bila dah besar nanti. Bila ingat yang ni, aku selalu jadi rajin untuk buat sampai diorang berdua ni makan. Sekejap je, yang penting rajin dan elak penyakit M





1 comment:

Unknown said...

Tq kak share .Bermanfaat Sgt untuk saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK