please click here

25 April 2015

Gardening: Menanam Guna Bekas telur


Happy weekend uolls..
Hari ni tengah boring-boring jaga anak sambil-sambil dok layan bukak website Ikea.Sebenarnye aku bukak website tu nak cari toys storage untuk letak kat rumah baru nanti. Bile jumpa toys storage yang dah lame aku idamkan tue, saje-saje gatal send picture storage tu kat mr hubby.

"Bestnye kalau dapat hadiah nanti dari lelaki yang baik" :) haha..saje je hantar kat mr hubby konon-konon nak dapat simpati and suprise dari hubby.kot-kot la bila kiteorang tiga beranak balik nilai nanti hubby beli kan. tapi dalam hati, kalau hubby belikan boleh buat kenduri kot 1 nilai tue. mr hubby memang tak manjekan aku bab-bab material-material.itu patut aku tahu even sebelum kawin. tapi bab memujuk tu insyaAllah he's the best superman. hehe. tiba-tiba dia whatsapp balik kat aku "yelah,nanti bile b (panggilan manje dia panggil aku) kita g beli sama-sama deh. comel jugak,abg pon berkenan".  kira okla tu respon dia even kebarangkalian untuk beli tu sangat tipis.hehe

ok. tu hanya cerita sampingan. berbalik pada tajuk entry kali. just nak kongsi aplikasi aktiviti menggunakan bekas telur. memang dah masukkan aktiviti dalam silibus homeschool lepas balik nilai nanti.saje aku kongsi awal-awal dengan uolls sebab ia sangat menarik dan tak lupa untuk praktik kan nanti.

Bekas telur ni korang boleh tebuk-tebuk lubang dan suruh anak-anak masukkan pipe cleaner tu kat lubang-lubang tu. macam-macam korang boleh hias ikut kreativiti masing-masing.


second boleh jugak ajar anak menanam pokok guna bekas telur ni. masukkan sejemput tanah, pastu tanam pokok. rasanya daun kucai pon boleh kot suruh budak-budak tanam.hehe..pokok kucai tu jenis macam serumpun serai ke ek?aku pon tak tahu.yang tahu gi pasar "makcik bagi kucai 50sen" tu je aku tahu.hehe. tapi memang best kot kalau boleh menanam dengan anak-anak dengan cara macam ni. kadang-kadang kita selalu marah anak kita bila diorang kacau mak-mak dan ayah-ayah buat kerja rumah kan.apa kata kita ubah dan ajak diorang gardening bersama-sama.


ok..nak tau macam mane weoullss ajar anak-anak?kene tunggu kiteorang balik nilai.insyaAllah bila dah mak sumaiyah dan sofiyah ni berjaya merealisasikan angan-angan ni..akan ku update untuk tatapan korang semua.
Nantikan..di Nilai..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK