please click here

2 January 2015

PENGALAMAN PERTAMA BREASTFEEDING


Bersama medela freestyle masa kerja di Samsung dulu

Bismillahirrahimnirrahim..
Alhamdulillah, syukur pada rezeki Allah. Setakat ini penulis telah berjaya menyusukan anak-anak hanya dengan breastfeeding. Bekerja, bekerja jugak, tapi amanah Allah tak pernah dilupakan. Dari mula-mula mengandungkan Sumaiyah memang penulis dah tanamkan semangat untuk breastfeed anak-anak yang bakal lahir. Untuk puteriku Sumaiyah penulis berjaya menyusukan sehingga 1tahun 4bulan. Penulis terpaksa berhentikan penyusuan susu ibu (PSI) untuk SUmaiyah sebab waktu tu tengah pregnant anak ke-2. masa tu dah 2 bulan pregnancy. Mula-mula penulis refer jugak doktor, memang doktor kata kalau ibu ok dan susu masih banyak, boleh terus kan penyusuan walaupun sedang mengandung. Disebabkan masa itu, alahan sangatlah teruk, waktu tu bulan puasa dan terpaksa menjaga anak di rumah mertua, penulis memang tak larat dan terpaksa campurkan susu formula kepada Sumaiyah. Sian sumaiyah. Hajat hati memang nak susukan hingga 2 tahun, tapi dengan kudrat yang ada..itu saja yang umi mampu. Maafkan umi yang sayang..hehehe

Seterusnya bila dan bersalin anak kedua Raja Nur Sofiyah, Medela freestyle masih sedia berkhidmat untuk penulis. Sehingga terpaksa buang susu yang telah dipum disebabkan expired sudah. Sofiyah pulak memang jenis tak susu kuat sangat berbanding kakaknya dulu. Apapun, sampai sekarang (sofiyah dah 11bulan) masih full breastfeed lagi. Tak sanggup rasa nak campurkan dengan susu formula walau macam mana sibuk, umi tak pernah lupa bawa Medela freestyle ke mana-mana. Outstation, mesyuarat di Jeli atau seluruh semenanjung, balik ke kg Johor atau Kelantan, teman freestyle sentiasa dalam beg. =)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK