please click here

3 January 2015

PERSEDIAAN UNTUK MENYUSU

Assalammualaikum..

Kali ini penulis nak nukilkan pengalaman semasa menunggu saat sakit bersalin dan debaran untuk menyusukan anak. Dah tentu bagi ibu-ibu yang belum pernah mempunyai pengalaman menyusukan anak, akan rasa berdebar dan excited, begitu juga penulis. Apapun sejak penulis tahu dan disahkan pregnant anak pertama lagi, penulis dah niat dalam hati dan tekad untuk menyusukan anak sehingga sekurang-kurangnya mencapai 2tahun atau sehingga ter'mengandung' lagi.hehe..

Di sini penulis nak ceritakan beberapa perkara yang perlu kita sedia untuk menyusukan anak. 

1. Persediaan Minda

The most important thing untuk menyusukan anak adalah azam dan semangat. Ini sangat-sangat penting. Kadang-kadang ada yang ragu-ragu samada susu dia banyak atau tidak untuk membesarkan anak yang bakal dilahirkan. Seperti dalam surah al-Baqarah: 233:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”
2. Ilmu 'breastfeeding'
Bagi ibu-ibu yang sangat bersemangat untuk menyusukan anak (PSI) ini kene lah rajin membaca artikel-artikel tentang penyusuan. Baca majalah, penulis sangat suggest buku PA&MA atau penyusuann susu ibu macam gambar dibawah
Harga agak mahal kalau tak silap RM65.00 tapi sangat bermanfaat!


Banyak buku-buku dipasaran yang menerangkan panduan penyusuan atau PSI ni, antaranya mereka akan ajar posisi penyusuan yang betul, cara-cara menyimpan susu, cara untuk memperbanyakkan susu dan sebagainya. Mengikut pengalaman penulis, bila kita makin baca buku, makin excited nak baca sehingga habis sampai kadang-kadang buku di atas muka. Bila sedar-sedar je dah tidur rupanya saya! hehehe..

3. Doa dan tawakal

Ini senjata yang amat mudah. InsyaAllah bila kita berdoa terutamanya setiap kali solat especially time pregnant tu, insyaAllah akan dimakbulkan. Positif kan minda dan yakin bahawa susu kita cukup untuk membesarkan anak-anak kita. Melalui susu ibu ni lah, anak kita menjadi sihat, rohani dan jasmani bayi yang akan dilahirkan.

4. Sokongan suami dan ahli keluarga

Ini antara perkara penting juga yang penulis fikir membantu program Breastfeeding sebenarnya. Terutamanya semasa dalam keadaan berpantang. Dah tentu ibu-ibu rasa letih yang amat sangat dan give up bila susu kurang pada permulaan selepas sahaja bersalin. Apa yang penting suami kene memainkan peranan beri sokongan kepada isteri untuk terus kan breastfeed kepada baby. Suami pun kene la tolong juga berjaga malam terutamanya bila baby tu rajin sangat berjaga malam hari. kadang-kadang ibu sangat letih dan akhirnya give. Bagi pengalaman penulis, en suami sangat menyokong penulis untuk breastfeed anak kami sejak Sumaiyah sampai Sofiyah. Bila nipple crack (berdarah disebabkan kerap menyusu dan hisapan yang kuat) en suami akan beli krim macam kat bawah ni. Setakat ni, krim ni sangat effective untuk penulis.
Pernah juga beberapa kali jiran-jiran menyindir bila penulis akan memulakan kerja tapi masih belum campur susu formula. Sampai menangis penulis ketika itu seolah-olah tidak ada pengasuh yang akan mengasuh anak takut nanti susah bila ditinggalkan. Tapi alhamdulillah, en hubby sangat memahami dan dikatakan kepada penulis, anggap saja semua kata-kata itu sebagai cabaran. InsyaAllah baby kita sihat tak macam anak dia..hehehe... 

Ok lepas ni penulis akan mengenai keperluan untuk menyusu pulak..nanti kan entry yang seterusnya.wassalam..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK