please click here

8 July 2020

ANDA AHLI TUPPERWARE BARU....APA YG WAJIB ANDA TAHU? PERKARA ASAS SEBAGAI AHLI BARU

Setiap hari memang ramai customer aya menjadi Ahli tupperware. 
Ramai yg  minat mulakan bisnes sendiri, tak kurang jugak nak tau apa kelebihan menjadi ahli tupperware brands.

Hari ni aya nak share perkara yang PALING BASIC wajib anda tahu.
Walaupun anda tak sabar untuk mulakan business tupperware anda sendiri. semuanya bermula dari ilmu asas di bawah.
Review secara teliti perkara penting di bawah.

Sangat berguna utk anda yang baru sahaja mendaftar. 
atau anda yang mahu pelajari bagaimana nak mulakan perkongsian pada ahli team anda akan datang



 STEP 1
sebaik sahaja detail anda di daftarkan dalam system tupperware. ahli akan menerima SMS. tandanya anda telah pon berjaya menjadi ahli tupperware yang sah. apa perlu buat setelah mendapat SMS tersebut? sila ikut setiap arahan dan turutan SMS.

ini adalah cara utk dptkan hadiah anda
semak email kedua anda dan simpan utk menunjukkan kod dan tarikh tebusan di stokis yg dah anda pilih seperti di bawah.

STEP 2:
pastikan anda telah mengetahui no ahli anda utk dapatkan discount 25% utk pembelian brg tupperware di stokis atau studio terdekat. sekiranya tak ingat no ahli??? boleh jugak gunakan no ic anda sebagai rujukan. semasa pembelian stokis akan mengeluarkan resit/invoice atas nama anda. 


STEP 3:
pastikan anda telah mengetahui katalog terbaharu dan terkini. 
setiap bulan Tupperware Brands akan mengeluarkan katalog yg berbeza. kemungkinan semenanjung dan sabah&sarawak mempunyai promosi yg berbeza. utk lebih detail dan lanjut boleh click laman web rasmi tupperware Brands Malaysia seperti di bawah
https://www.i.tupperwarebrands.com.my/whatsnew
atau
https://tupperware.ipapercms.dk/Tupperware/Malaysia/


STEP 4:
pastikan anda faham harga katalog dan harga ahli

contoh katalog di atas adalah promosi utk1-31  julai 2020
kotak 1:
 harga sebenar small goody box carolier adalah  RM89.50
 harga offer utk 1-31 Julai adalah RM69.90 (biru atau pink)
tetapi harga ahli anda mempunyai potongan tambah sebanyak 25% lagi.
 harga ahli =RM69.90-25%= RM52.40

kotak 2:
harga  sebenar utk 2 set (biru dan pink) adalah= RM179.20
harga offer utk 1-31 Julai=  RM139.80
harga ahli 1-31 Julai=RM139.80-25%=RM104.80

sekiranya anda buat pembelian di kod kotak 2, anda layak beli exclusive purchase dgn harga RM16.90 Nett (syarat rujuk kotak biru no.4, every purcase of A2760)
maksud NETT adalah harga tetap. tiada potongan 25% utk harga ahli

harga offer (tulisan pink) adalah tawaran utk katalog bulan tersebut sahaja. sekiraya anda beli di bulan yg lain, harga ahli anda mengkut harga sebenar (harga kecil di atas harga pink) di atas dan tolak dgn 25% itupun sekiranya stokis masih mempunyai lebihan stok.




STEP 5: REGULAR ITEM.
selain barangan yang promosi. terdapat jugak product yang boleh dibeli sepanjang tahun. cara mengetahuinya, harga di katalog tiada warna pink. product tersebut boleh dibeli bila-bila masa sahaja walaupun tidak dipaparkan di dalam katalog.
Bagaimana nak tahu product-product regular item yang lain?
anda boleh buka kits beg pendaftaran ahli yang telah anda terima. di dalamnya mengandungi 2buku di atas. buku ini mengandungi semua regular item. cara penggunaan dan kelebihannya



STEP 6: SET EXCLUSIVE LEVEL
set exclusive ini adalah sangat murah. 
Setiap keluaran katalog sila semak muka surat paling terakhir. di paparkan Level 1, Level 2 dan hostess
Harga? harga utk level 1 dan level 2 di setiap keluaran adalah tidak berubah RM20 sahaja walaupun design dan warna berubah. tetapi harga Set HOstess mengikut tawaran di katalog pada bulan tersebut.

sebagai contoh, tawaran set level pada bulan Jun 2020
*Level 1 (bowl no.2) : RM20 sahaja*
✍Cara beli rm520 dlm 1resit layak beli:
🏷 level 1 dgn harga rm20 je

*Hostess Special (bowl no.1=2biji)*
RM54.80-25% (harga ahli)
✍cara: beli brg rm730 dlm *1resit* layak beli :
🏷level 1=rm20
🏷hostess = rm54.80-25%(2biji)=rm41.10

*Level 2 (bowl no3 dan 4) : RM29 sahaja*
✍cara: beli rm950 dlm 1resit layak beli:
🏷level 1 =rm20,
🏷hostess = rm41.10 (ahli)
🏷 level 2 =rm29

Kesimpulannya
klu kita beli brg (ikut harga katalog katalog *kecuali brg nett )
total rm950 layak bli level1, hostess, level 2 dgn harga rm20+rm41.10+ rm29
=Rm90.10

Harga modal fullset level=rm90.10
boleh jual rm150, rm160, rm180 dan ke atas

kita jual rm150 paling murah..ada yg jual smp rm250...so untung kan


STEP 7: Semak pembelian, ahli baru, komisyen
sebagai ahli tupperware yang sah, anda layak log in ke portal rasmi tupperware brands. di sini anda boleh semak pembelian yg anda telah beli sendiri di stokis
http://www.twbiznet.com.my/




STEP 8: CARA DAPATKAN KOMISYEN
ingatkan bahawa tupperware brands tidak memperkenalkan nilai point atas setiap pembelian, tetapi ahli di tawarkan komisyen bulanan kepada anda yang layak. sila lihat syarat untuk mendapatkan komisyen
Contoh 1: 
Ana ingin mendapat komisyen dari HQ. 
ana mendaftar 2 org ahli di bawah ana iaitu A dan B. A daftar dan beli brg bernilai RM150 .
B hanya daftar sahaja tapi tiada pembelian. 
Ahli di bwh ana yang dikira ada 1 shj iaitu A. walaupun ana mempunyai 2 ahli.
bermkna ana belum layak mendapat komisyen sebab masih mempunyai 1 ahli. ahli ke2 td tidak dikira sebagai ahli sbb tiada pembelian minimum.

situasi A: (cara salah)
Ali dapat order dr customer rm5000.
Ali beli semua brg tu atas nama Ali semua nya. Sebab Ali xde ahli downline di bawahnya
komisyen =0

situasi B:  (cara betul)

Ali dapt order rm5000
Ali beli brg ikut peringkat:
Ali=rm500,
 A=rm2250,
 B= rm2250

komisyen= (rm2250+rm2250) x 3% x 75%

situasi C:   (cara salah)

Ali dapt order rm5000
Ali= rm0
A=rm2500,
B=rm2500

komisyen= 0  (sebab dlm bulan tu Ali x buat personal sale rm500)

utk mendapat lebih komisyen SEKARANG KITA FOKUS UNTUK JADI DIRECTOR!!

penjelasan lebih lanjut sila click TIPS KOMISYEN

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK