please click here

11 August 2015

Beriadah Satu Ibadah

Assalamualaikum Dan Salam pagi selasa uoolss..

Lama dah nak update blog ni sebenarnya. Tapi disebabkan banyak kekangan di rumah dan di luat rumah, jadi terpaksa tangguhkan dulu. Asal ada masa free je, ada je benda nak kena buat. Takpe, tuntutan sebagai ibu dan isteri perlu diselesaikan dulu sebelum yang lain.

Baru-baru ni sumaiyah dok ajak sangat Mr hubby main gelongsor. Asal lalu kat taman permainan je..jerit-jerit dalam kereta suh Mr hubby berhenti. Agaknya dia dah boring kot dok dengan ummi berhari-hari dalam rumah je.tunggu Ayah balik sekolah baru leh main. Tu pun dalam pagar rumah.

Jadi minggu lepas sempat jugak la bawa anakanda berdua ni gi main kat taman rekreasi awam Nilai. dekat je dengan taman cempaka tu ha..ni la 1st time pegi sana. Siap bawa bola lagi. Punya excited nak main.

Kalau tengok suasana tempat rekreasi ni saya leh bagi 3/10. Sebenarnya tempat ni adalah tempat jogging je kot. Kat tengah-tengah tu ada padang bola. Dengan keadaan yang berbukit dan agak berlopak air..agak tak sesuai dan saya rasa banyak yang perlu diupgrade. Hehe. Just my suggestion je lah kan. 


Seb bek ada buaian ni. Kat sini permainan dia tak berapa banyak sangat. Tapi boleh la kan... untuk menghilangkan boring budak comel 2 orang ni. Tengok tu, ummi senyum lebar macam mak arab dah tu.. hehe.


Yang bestnya kat sini orang pun tak berapa ramai sangat, Setakat 2-3 family gitu je. sambil main, si adik dok tenung tengok kawan-kawan dia main. Amboi, kecik-kecik pandai usha orang dah yer. =)



Selang 2-3 hari lepas tu, tok ayah dan tok ma pulak bawa Sumaiyah dan Sofiyah berjogging sambil beriadah kat Hutan Bandar Taman Mutiara Rini. Tempat ni memang owesome la kalau nak berjogging, duduk-duduk, rilek-rilek. Sebenarnya ni aktiviti wajib setiap kali balik jb. Sebab tok ayah sangat sukeeeee bawa cucu dan anak dia pagi-pagi berjalan-jalan. Tak jogging pun takpe. Kalau tak ke sini, kiteorang akan ke taman permainan dalam UTM. hehe.. dalam UTM pun ok gak. Even masa tengah cuti bersalin tunggu due kat jb dulu pun setiap weekend tok ayah akan bawak sumaiyah tengok itik, ayam dengan rusa kat dalam UTM tu. 


Yang syok nya kat Hutan Bandar di Taman Mutiara Rini ni pagi-pagi ada tarian pocho.
Kadang-kadang syok dok tengok gelagat mokcik pokcik kat situ. Tapi memang menarik la dengan lagu yang rancak. Memang hilang stress habissss


Tu dia, ayahanda ku siap snap gambar lagi bila tokma sumaiyah ikut sama buat  tarian pocho.
kalau tengok pemandangan sekitar taman ni memang best kan?
Banyak pokok hijau. ada aneka rumah tradisi melayu lagi.
Kalau korang ada kesempatan pi la singgah kat hutan bandar ni. Jangan asyik dok singgah mengeteh je.. 
Kalau datang tempat macam ni memang tak sah la kan tak singgah main kat permainan. Yang ni sebenarnya yang sumaiyah dok tunggu sangat ni. Hujan ke, basah ke, lecak ke...peduli hape dia..
yang penting die nak main. hehe. Sekali sekala apa salahnya. Waktu kecik ni je nak main lasak-lasak pun. jadi ummi turutkan aje lah yer...


Walaupun nampak simple, at least beriadah ni mendatangkan banyak faedah kan.
Bukan je boleh menjaga kesihatan, kita boleh release tension dengan anak-anak. Syok tengok gelagat diorang bermain, bagai tak hingat dunia tu. Daripada balik kampung tidur and tengok tv saje tu baik lah jalan-jalan. Boleh eratkan silaturrahim dengan keluarga kan?

Balik je dari taman hutan bandar tu pulak, terussss je ke tesco yang kebetulan betul-betul depan pintu keluar taman tu. Apalagi, bershopping la kitaaaa.. Ni turn ummi pula nak berseronok. hehe
Macam langkah kanan pulak kan, dalam tesco mutiara rini tu, siap ada MR DIY lagi. Terpaksa la mr hubby dan tokayah bersabar di ruang menunggu.
Smile!!




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK