please click here

18 January 2015

PANDUAN MENYIMPAN SUSU IBU ATAU EXPRESSED BREASTMILK (EBM)

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, hari ini tiba-tiba bekalan susu ibu untuk Sofiyah naik dengan baiknya selepas sahaja merundum disebabkan ummi nya baru pertama kali period after bersalin Sofiyah setelah Sofiyah berumur 11 bulan. Hakikatnya begitu lah. Mengikut pengalaman menyusukan Sumaiyah dulu pun, susu ibu akan merudum sebelum dan semasa ibu sedang dalam keadaan period. Apapun, syukur masih ada bekalan untuk adik hari ini dan hari seterusnya. Justeru, dengan mensyukuri nikmat yang Allah beri, saya bersemangat nak kongsi kan sedikit tentang panduan dan tips untuk menyimpan susu ibu atau lebih mudah dipanggil EBM (expressed breastmilk).

Susu ibu boleh bertahan sehingga 6 bulan lamanya sekiranya susu disimpan di dalam deep freezer. Apa itu deep freezer? Ia peti sejuk seperti peti yang biasa digunakan di kedai-kedai untuk menyimpan aiskrim. Gambarnya seperti dibawah.


Di sini saya kongsi kan cara penyimpanan yang betul dan selamat untuk digunakan.

1. Suhu bilik : boleh bertahan sehingga 4jam
2. Cooler bag/ coller box : susu bertahan 12-24jam (bergantung kepada saiz cooler bag)
3. Peti ais bawah (yang ada 2 pintu) : bertahan 2 hingga 3 hari
4. Peti ais atas (yang 2 pintu-freezer) : bertahan 3 hingga 6 bulan bergantung kepada kekerapa dibuka dan          tahan kesejukan yang kita setting pada peti tersebut.
5. Peti ais 1 pintu: bertahan paling lama 2 minggu.
6. Deep freezer: boleh bertahan 6 bulan.

Panduan tambahan

  • Bagi ibu yang bekerja, susu yang dah diperah boleh disimpan di dalam cooler bag, pastikan ice pack mencukupi untuk memastikan susu tersebut berada dalam keadaan sejuk sebelum disimpan di dalam peti di rumah. Bagi office yang disediakan bilik pantry dan mempunyai kemudahan peti sejuk, boleh la gunakan sebaiknya. Apapun, untuk memastikan kualiti di tahap yang baik, simpan botol susu tersebut secara berasingan atau masukkan didalam plastik sebelum di simpan di dalam peti untuk mengelakkan bau dan kebersihan susu tersebut. Kadang-kadang ada peti sejuk di office yang kurang di cuci dan diselenggara menyebabkan kita was-was untuk simpan susu tersebut di dalam peti sejuk. Saya biasanya akan masukkan semua botol dan pum saya ke dalam satu bekas tupperware dan simpan dalam peti sejuk. Kaedah ini lebih selamat. 
  • Susu beku yang telah cair walaupun sedikit yang telah kita simpan boleh dibekukan semula sebaik sahaja sampai di rumah. Pastikan selepas kita keluarkan susu tersebut untuk perjalanan pulang, tidak menngambil masa yang terlalu lama. Saya biasanya consider paling lama pun 1 jam 30minit. Bila sampai di rumah cepat-cepat masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Kalau kita rasa susu yang diperah hari ini akan digunakan untuk keesokkannya memadai di simpan di bahagian bawah supaya memudahkan penjaga untuk menguruskan susu perahan. Kalau beku nanti susah pula nak cair kan dan panaskan. Tambah-tambah kalau anak kita dah menangis nak kan susu.
  • Sebaliknya jika susu tersebut akan digunakan untuk beberapa hari akan datang, simpan saja susu tersebut di dalam deep freezer atau bahagian beku supaya kekal lama. Ibu-ibu kena ingat, susu perlu disimpan mengikut sistem first in first out (FIFO) atau label mengikut tarikh. FIFO ini untuk memudahkan kita ambil susu yang mula-mula masuk. 
  •                                                  

Semoga susu perahan ibu dapat dimanfaatkan sebaiknya. Apapun, bagi ibu-ibu bersabar dan nekad untuk menyusukan anak walaupun sedang bekerja dapat melahirkan generasi yang cemerlang. Susu ibu adalah berkali ganda lebih baik daripada susu formula dan mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh anak-anak. Keep pumping dan sentiasa amalkan konsep asa penyusuan iaitu demand dan supply. Di sini saya nak kongsi kan kuantiti susu untuk sofiyah hasil pumping hari ini. Syukur, mensyukuri nikmat Allah. 

InsyaAllah dalam entri lain saya akan kongsikan panduan dan cara pemanasan susu ibu.



Nukilan dari seorang suri rumah (WAHM)
ROHAYA BINTI ABDUL RAZAK
-PANDUAN PENJAGAAN ANAK DAN HOMESCHOOLING-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK