please click here

28 April 2015

Macam Mana Nak atasi Anak-anak Susah Tidur Awal?

Leganya kalau anak-anak boleh tidur seawal jam 11.00 malam.
Bagi aku kalau Sumaiyah boleh tidur awal pukul 10 malam tu memang lega sangat. Bak kata aku kat Mr Hubby, ummi leh buat kenduri sebab kakak tidur awal semalam sebab terlalu BERSYUKUR. =P

Kadang-kadang aku selalu sakat laki aku dengan telatah Sumaiyah ni. Mungkin masa aku dok mengandung kat SUmaiyah dulu laki aku suka sangat tidur lewat. Tu yang menurun sampai ke anak tu.
Sampai 6 bulan pertama lepas bersalinkan Sumaiyah, anak la jadi penaman ayah dia tengok cerita atau bola sampai 1-2pagi. Sampai tengah pagi? bukan tengah malam dah OKEYY..

Tapi lain dengan Sofiyah ni, sejak dari lepas pantang 30 hari tu, dia memang dah ada fix time dia untuk tidur. 
Walau macam mana siang dia tidur berjam-jam, bila jam pendek tunjuk pukul 9, jam panjang tunjuk pukul 6 confirm dia akan tunjuk muka menguap dia dan tarik-tarik baju nak nenen. 
Al-kisah mengandung kat Sofiyah dulu kan aku dok PJJ sampai SAAT INI. jadi tak de sapa-sapa yang ajak dia berjaga sampai tengah pagi KECUALI SUMAIYAH.

Kalau mula-mula sebelum bersalin kat Sofiyah, my little 1st princess ni akan tidur dengan kadar kelewatan sehingga 2pagi pun ada. Ni bukan weekend k.. ni weekdays. Dah la esok nak kerja. Letih dok mengandung lagi. Dengan anak yang tak  nak tidur lagi. Nasib baik la makcik dia yang kebetulan tengah tunggu SPM tu memang suka berjaga malam tu temankan. Kalau tak memang hilang kesabaran mak kau ni sumaiyah. hehehe.

Sejak aku cuti bersalin kat Sofiyah hari tu, aku ajar Sumaiyah supaya supaya dia ada rutin tetap untuk bangun dan tidur. No excuse-excuse. bile Mr Hubby letih, dia akan lepak terlentang atas totoo sampai tak sedar anak dia dok mana. So nak tak nak, aku kena cari cara macam mana nak bagi Sumaiyah ni the good routine to sleep very well.

1. Tetapkan masa konsisten untuk tidur
Yang ni undang-undang pertama yang wajib ikut. Mandatori. No delay, no sound and no light.
Walaupun kadang-kadang Mr Hubby kata "b nak tidur, tidur la. Biar abg jaga" Huhu..bunyinya macam melegakan kan? tapi bila sedar, tv tengok si ayah, anak dok memanjat kat tangga. Adeii
So aku tetapkan masa yang paling sesuai 9.30 kena tidur sambil guling-guling. And after 15minutes, lampu dan TV akan dipadamkan. Golap la kau semuaaaa.. Mr Hubby nak tgk tv? Boleh!!
tapi pastikan anak tidur dulu. Pastu kunci la alarm tu untuk bangun pukul 11mlm ke 1 pagi ke..xpe.
Even kalau cuti pun aku tak bagi. Bukan nak jadi seorang ibu yang kejam dan zalim. Tapi sebab nak disiplinkan Sumaiyah. Kadang-kadang dok fikir gak, esok-esok kalau Sumaiyah dok asrama, kawan-kawan dah pergi kelasm dia dok tidur dalam dorm! NO!!NO!! NO!!..
Ummi buat ni semua untuk awak sayang! sebab tu aku rela korbankan segala entertainment aku untuk tengok tv. Sampai bila member office tanya pasal drama pon aku sepatah haram tak tahu hujung pangkal.


2. Sucikan badan  
Yang ni memang aku perasan sangat kat dua-dua anak aku. Selagi tak tukar pampers, selagi tu tak kan tidur.
Walaupun aku tengok mata dah terkebil-kebil, mulut dok menguap tapi tak nak tidur. WHY?
belek punya belek...tak tukar pampers lagi rupanya. Memang selalu setiap kali balik kerja, aku akan mandi kan anak-anak pukul 6.30petang. Kalau tak ohoh hari tu, aku akan tukar 9.20mlm lebih kurang macam tu.
Kalau ohoh tu pula, aku akan check balik, pampers tu dah kena syusyu(kencing) atau tak. Kalau tak, so legalah. Kalau dah syusyu even sekali atau sikit aku memang akan tukar. Walaupun perasaan malas tu sangat membuak-buak. Tapi bila dok fikir, tak sanggup kot biar anak kita tidur dengan keadaan tak selesa dan gatai kat punggung dia. Kalau kita macam mana? Tak suka jugak kan? CUma diorang ni tak reti je nak bagitau nak suruh tukar. Tapi sejak dah nak masuk 3 tahun ni, sumaiyah akan kejut aku kalau aku terlelap dok nenen Sofiyah untuk tukar pampers dia. 
Satu lagi, kalau rasa cuaca hari tu agak panas dan bahang, aku akan lap sikit-sikit badan diorang sambil-sambil dok tukar pampers. Kadang peluh sebab panas tu buat budak-budak tak selesa untuk tidur.

3. Bangun pada waktu yang paling baik
dari pukul 9.30 malam tu nak boleh ke tidur akan mengambil masa 1jam atau lebih bergantung pada keadaan dan suasana. Kalau aku balik ke rumah kami di nilai akan mengambil masa kurang 30minit. Sebab apa? Sunyi dan gelap. Bila dah tutup lampu, aku tak kan benarkan Mr Hubby layan apa-apa yang Sumaiyah cakap kecuali bila dia nak susu. Kalau Sumaiyah dok bebel pon dia akan bebel dan nyanyi lagu twinkle..twinkle. Ada gak masa yang dia saja nak cari gaduh dia sengaja tendang kami laki bini supaya layan dia. Tapi alhamdulillah bila tak layan, automatik dia akan tidur dengan sendiri. So bila tidur awal kena la bangun awal. Biasanya hari tak bekerja aku akan kejut paling lewat 7.15pagi. Sempatkan sediakan sarapan dan kemas siap-siap sebelum budak comey dua orang tu bangun. 
Biasanya Sofiyah akan bangun lebih kurang pukul 7pagi tanpa dikejut.
Tapi Sumaiyah ni kena kejut baru dia bangun. Kalau tak bangun? aku angkat dia letak depan tv sambil buka cerita Ultraman. Confirm dia akan celik mata and minta susu.


4. Kesan tidur pada waktu siang
Lepas bangun, makan dan mandi. aku akan ambil masa 8.30pagi hingga 11.00pagi untuk aktiviti homeschooling.  Memang la agak lama kan. Tapi ada selingan dengan makan dan bermain. Yang aku perasan kalau 2-3hari aku routine kan aktiviti macam ni, secara sendiri kanak-kanak akan dapat ikut rentak sendiri. Lepas penat bermain antara 10.30pagi ke 11.00pagi, diorang akan minta susu kali ke2. Kalau sofiyah tu cari nenen la. Kalau Sumaiyah pula, minta susu pastu terus masuk buai. 
Tengah-tengah dok buai Sumaiyah, aku dok fikir, penat juga mak aku jaga anak ramai-ramai ni SETIAP hari.
Paling lama pun aku amik cuti 7 hari. Tu pun rasa azab dah. Hehe.. ke aku tak biasa buat?
Berbalik pada tidur siang tadi..
dari pukul 11.00 pagi sampai 1.00pm, diorang berdua tidur. Time ni lega la sikit. Boleh la aku kemas, basuh pinggan yang anak-anak guna tadi, basuh botol sambil-sambil jadi WAHM.
kalau rasa letih sangat aku pon terlelap jugak kejap. Nak kumpul energy untuk budak-budak cerdik lepas ni. Kang diorang dah full energy, aku letih jadi nak marah je la kerjanya kan?hehe..mcam tak biasa je korang pon kan..
so nak tunggu jam 1pm tu aku sempat la solat zohor kejap. Tu pon kalau SOfiyah tak bangun lagi. Dok perhati-perhati SUmaiyah ni memang jenis susah nak tidur, susah nak bangun. Confirm menurun perangai si ayah..=P
Lepas zohor aku pon kejut dia bangun sehingga dia bangun, nak bagitau korang... sumaiyah ni memang pandai buai sendiri guna kaki dan punggung dia. Kalau kita kejut, dia tak nak bangun, dia akan hanyu buai tu sendiri. Nanti kalau aku sempat, aku amik video ni ekk.. 
SO average budak-budak ni tidur siang 1jam45minit sehingga 2jam 15minit. Kalau tidur siang awal, kemungkinan nak tersedar sebelum zohor tu tinggi la. Tapi ok je. Asalkan jangan terlalu lama. Kalau tak, jadi burung hantu pula malam nanti.

5. Pastikan tidur dalam keadaan KENYANG
Ni tak leh dikompromi oleh Mr Hubby. Tiap kali anak nak tidur, Mr Hubby selalu tanye aku, anak kenyang dah ke? Padahal mata aku dah sangat mengantuk nak suap diorang makan. For sure, lepas mandi pukul6.30pm tu memang aku akan suap la. Tapi korang tak lapar ke lepas tu?
For back up, aku akan test anak aku dengan umpan roti ke oat ke..
kalau diorang bagi respon, kenala spend sikit nak suap sampai diorang kenyang. Kalau awal lagi dah geleng kepala. Aku je la jawabnya yang habiskan 
=P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK