please click here

17 October 2019

KENAPA PERLU RECRUIT DALAM TUPPERWARE BRANDS?

ini adalah masalah paling utama yang sering diajukan pada aya
terutamanya ahli baru yang masih berjinak-jinak dalam tupperware

ada yang silap konsep marketing plan dalam Tupperware.
tak apa...masih belum terlambat untuk belajar dan buat sama-sama kan.
 dalam marketing % berubah mengikut masa.

permulaaan bisnes 70% masa kita tumpukan pada menjual product.
dari menjual Tupperware, ajak customer menjadi ahli.
tanpa customer, bukan semudah jumpa orang tepi jalan terus nak jadi ahli kan..hihi

selepas kita mempunyai ramai customer...tumpuan beralih 50% menjual, 50% develop team.
maksudnya 50% menjual sambil dapatkan customer menjadi ahli.
50% lagi masa...untuk guide ahli yg sedia ada untuk menjadi senior consultant, director .

yang selalu dilakukan...menjual setiap hari. dapat ahli...diabaikan saja
esok menjual...bulan depan menjual...tahun depan menjual.
yang kita dapat adalah untung runcit dan overriding komisyen. 
Tapi yang telah kita rugi adalah….(LIHAT DI BAWAH)

macam yang kita tahu, untuk layak dapat komisyen perlu ada minimum 2 ahli di bawah kita.
Kalau tak de ahli? maksudnya kita tak layak dapat komisyen dr HQ tupperware brands
WALAUPUN KITA MENJUAL SEBANYAK 50,000 sebulan??
YE! masih tak layak sebab kita belum lagi menjadi senior consultant. Untuk menjadi senior consultant perlu ada minimum 2 orang

sebelum pergi lebih jauh...aya nak share macam mane struktur team aya berkembang, bermula dari 1st day join ahli sehingga 2 tahun selepasnya


kalau lihat pada trend, semakin ramai ahli dan customer yang kita dapat recruit, semakin banyak sale yang akan kita dapat. Of course komisyen pon semakin lah bertambah. 

Apa maksud recruit??
Recruit adalah mendaftar customer sebagai ahli bawah kita.
Recruit wajib qualified.

QUalified tu apa pulak?
Qualified bermaksud Daftar beserta buat pembelian RM150 dalam 1 resit  semasa hari pendaftaran atau selewat-lewatnya 30/31hb bulan yg sama kita daftar kan ahli tersebut.

 KENAPA PERLU QUALIFIED?
hanya ahli yang qualified sahaja dikira untuk bilangan ahli secara berpasukan.
walaubagaimanapun, Ahli baru tidak terkesan dengan perkataan Qualified ini. 
Tetapi leader/ketua tersebut akan kehilangan 1 ahli sekiranya tidak qualified




Contoh 1: 
Ana ingin mendapat komisyen dari HQ. 
ana mendaftar 2 org ahli di bawah ana iaitu A dan B. A daftar dan beli brg bernilai RM150 .
B hanya daftar sahaja tapi tiada pembelian. 
Ahli di bwh ana yang dikira ada 1 shj iaitu A. walaupun ana mempunyai 2 ahli.
bermkna ana belum layak mendapat komisyen sebab masih mempunyai 1 ahli. ahli ke2 td tidak dikira sebagai ahli sbb tiada pembelian minimum.

situasi A: (cara salah)
Ali dapat order dr customer rm5000.
Ali beli semua brg tu atas nama Ali semua nya. Sebab Ali xde ahli downline di bawahnya
komisyen =0

situasi B:  (cara betul)

Ali dapt order rm5000
Ali beli brg ikut peringkat:
Ali=rm500,
 A=rm2250,
 B= rm2250

komisyen= (rm2250+rm2250) x 3% x 75%

situasi C:   (cara salah)

Ali dapt order rm5000
Ali= rm0
A=rm2500,
B=rm2500

komisyen= 0  (sebab dlm bulan tu Ali x buat personal sale rm500)

utk mendapat lebih komisyen SEKARANG KITA FOKUS UNTUK JADI DIRECTOR!!




ini adalah komisyen aya terima bulan ke2 selepas jd ahli. sebelah nya adalah carta yang boleh dirujuk

A dan B adalah overring gen 1. Walaupun bekerja keras tapi hasil komisyen kurang memberangsangkan. Masih baru kan... bisnes mesti start skit2. Tupperware bukan bisnes skim cepat kaya. Jadi secara logiknya dapat 3 angka atau 2 angka pon dah kira bagus!






Selepas tu aya cuba target untuk menjadi director. Syaratnya perlu ada total 15 ahli di bawah aya (termasuk gen 1+2+3: rujuk carta sebelah kanan). Setelah complete dengan sempurna terus akan dapat New Director Bonus sebanyak rm207.05. 



Komisyen semakin bertambah bile kita naik pangkat. Ini adalah komisyen aya bulan ke 6 jadi ahli. masa ni dah naik ke 3star director. tapi ada tambahan consistency bonus -1sd (1star director) sebanyak rm500 selama 6bulan berturut-turut

macam mane nak jadi 1 star director??
apabila kita mempunyai pasukan. kenalpasti diantara ramai ahli yg anda dapat siapakah yg mempunyai potensi utk menjadi director seperti anda. 
contoh di atas adalah ani (bulat merah)
sebab ani ada 4 org ahli (gen 2- ada 2org, gen 3 ada 2org). jadi ani adalah ahli yang paling dekat dan mudah untuk menjadi director berbanding yang lain. ajar Ani supaya beliau duplicate apa yang telah anda buat. Sekiranya anda guide Ani menjadi director, ani juga sebenarnya telah bantu anda menjadi 1star director. 
Win- win situasi kan? kita bantu orang, orang akan bantu kita.
 inilah kebaikan kerja secara berpasukan. 

Selepas Ani menjadi director, anda tidak boleh terus bangga diri dan berhenti merecruit. Ani dan anda adalah director. sale juga telah berpecah kepada 2 bahagian. Ani buat ani dapat, anda buat anda dapat. Jadi teruskan recruit. gunakan konsep francais KFC, lagi banyak cawangan yg KFC buka, lebih laris dan keuntungan lebih banyak berbanding buka di 1 negara sahaja.


sebagai contoh. saya berada di cheras. saya baru mula belajar tupperware.
Fokus utk dapatkan ahli dan recruit di kawasan yang berdekatan sekiranya boleh. tetapi dalam zaman serba moden, melalui internet kemungkinan recruit akan berada di luar kawasan berdekatan dgn saya. Itu bukan 1 masalah. lebih banyak kita kenal kawan, lebih cepat bisnes kita berkembang

Kita ambil contoh di atas. saya berada di cheras. Ani berada di Cheras dan telah menjadi director.
Saya perlu recruit ahli yang lain dari kajang, chaw kit, ampang, dan lain-lain. supaya sale saya tidak bergantung kepada ani saja. 

utk menjadi leader yang baik, perlu independent dan usaha sndr tanpa mengharap downline yg sedia ada. pilihan seterusnya saya recruit ahli di kajang, chaw kit dan ampang secara online dan party tupperware. kemudian saya duplicate mereka menjadi director. Ahli di kajang semakin berkembang ke alor setar (kampungnya), ampang juga mempunyai team sendiri di perak dan bintulu. bermula dengan ahli 15orang telah berkembang menjadi sebuah organisasi melebihi 50org (cheras -15org, kajang-15org, chaw kits- 15org, ampang 15org) kerana gen 1 semuanya telah menjadi director.

keempat-empat mereka jugak ingin memjadi 1 star director. jadi mereka jugak perlu usaha seperti saya utk menjadi 1star director



jadual di atas biasanya aya buat utk ahli-ahli yg merancang untuk menjadi sekurang-kurangnya 1star director. apa yang kita target perlu disediakan plan dan strategy. Kita lebih jelas untuk mencapai apa yang kita hajati. sekiranya tiada perancangan. ibarat kita melalukannya dgn suka-suka dan tiada objektive serta matlamat. Sia-sia sahaja kan???hehehe





situasi yang sering berlaku pada aya:
customer A bekerja di sebuah sekolah. di sekolah ada seorang yang menjual tupperware tetapi tidak pernah mengajak A menjadi Ahli. Satu hari A berminat untuk lakukan bisnes, puas di cari...rasanya tupperware adalah bisnes yang paling sesuai di hatinya. Jadi A berminat untuk menjadi ahli dgn Aya. sejak dari itu. A tidak lagi membeli dgn rakan sekolahnya. Kini A menjadi pesaingan kuat di sekolah bersama seorang penjual asal di sekolah. 

Sebab itu kita perlu recruit customer menjadi ahli sekiranya die selalu membeli tupperware. 
mungkin hari ini di membeli , esok dan mggu depan jugak di masih membeli tupperware. Tiba-tiba bulan depan dia tidak lagi membeli dgn kita sbb die telah join ahli bersama seller yg lain. Jadi kita telah hilang regular customer dan mgkn jugak ahli yang berptensi menjadi director dalam organisasi anda. 

Sekian saja utk sharing kali ini. insyaAllah sharing berikutnya aya akan share bagaimana nak recruit ahli atau convert customer menjadi ahli. Apakah tips dan cara utk memujuk customer menjadi ahli.
Tunggu ye....




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK