please click here

22 October 2019

FAEDAH BUAT AHLI DAN ANAK-ANAK ROHAYA TUPPERWARE: TRAINING NANO WATER FILTER PART 2

SOON..

INSYAALLAH NEXT EVENT PART 2 



nantikan kemunculan kami 2 November ini
Khas julung kali nya kami akan sharing secara step by step.
Aya aturkan training ini khas buat ahli-ahli yg tidak berkesempatan join part 1 yang lepas.
InsyaAllah kita akan menerima kehadiran ahli-ahli dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan,
Perak, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur

Tempat hanya terhad utk 40 orang yang terawal sahaja

SPECIAL TRAINING NANO WATER FILTER PART 2
TARIKH: 2 NOV 2019
TEMPAT : PUSAT BELIA ANTARABANGSA, CHERAS
MASA : 9PAGI - 1TGHR
Agenda:
9pagi - 1 tengahari (tiket RM20)
💦 Water Filter Training
💦 Biz Opportunity
💦 Success Sharing
💦 Strategy for Success
💦Recognition/ special challenge (23- 29 oct)
-Makanan tengahari disediakan-
1.00-2.00ptg:
MAKAN/SOLAT (masing-masing)

2.00-4.30PTG
 intensif coaching by grouping
 (tidak diwajibkan/sekiranya berminat shj- terbuka kepada peserta training sesi pagi)
peserta akan dibahagikan kepada beberapa group kecil dan akan di coaching oleh speaker training
peserta yg jauh dan plan utk menginap boleh buat tempahan di IYC juga, ada bilik hotel dibahagian atas atau kawasan yang berhampiran.

.
.

flash back
Tupperware Training part 1 preparation


3DAYS BEFORE TRANING...



alhamdulillah seramai 25 orang telah sahkan kehadiran training part 1

30% done. Ada lagi 3hari tapi rasa teruja dan sangat tak sabar nak jumpa anak2 buah rohaya tupperware. Kita belajar sama-sama, develope sama- sama. Janji kami memang tak kan tinggal anda dlm terkapai-kapai tanpa ilmu
Kali ni kita buat di central iaitu di cheras bagi peluang semua jauh dan dekat utk join. Yang pasti melanglah keluar dari training nti harap dada padat ilmu menjual nano water filter. Berbisnes dengan ilmu. Dgn tiket rm15, masa separuh hari boleh jana sale yang meroket dan komisyen yang mantap💪
Jangan lupa ada challenge special utk yg berjaya gerakkan diri menghadiri training. Bukan senang nak luang masa time2 cuti pegi belajar ilmu bisnes kan. Sambutan sangat menggalakkan kali ni 1/4 peserta dari kaum suami. WOWW!!!



NOW IN ACTION



Training Water Filter berkampung seperti adik beradik nak cari ilmu bisnes


Super wow kali ni dapat sambutan pd lebih 5org kaum suami utk training kali ni. 
Ilmu tanpa sepadan, sapa nak belajar kami sgt alu-alukan kehadiran kalian.
Atas kejayaan kami menjual nano filter dari tupperware bulan Ogos yg pecah rekod sepanjang 4tahun bisnes kami ...kami rasa terpanggil utk sama2 share tips yg betul utk demo water filter, strategy naikkan sale 4-5angka, strongkan team secara berkesan.


Terharu dan terima kasih pada suami en Raja Salahuddin yg kongsi teknik yg betul utk menjual nano water filter
rupenye dgn aya pon die x share, dok termenung sorang2 ada isi rupenye.

Dalam masa yg sama dpt sedut aura dan motivasi dari kak leny masayu dan en zaiman, stokis tupperware rawang, 

tak lupa buat car achiever cikgu fazli yg buktikan 2 kereta tupperware honda percuma dlm genggaman. Walaupun aya dah bertahun dlu tupperware tp still rasa ilmu tu masih x ckup. Makin bersama org berjaya rasa nak lebih berjaya sama seperti mereka.

ni antara kata-kata sakti dari beliau yg dh byk menerima anugerah dlm Tupperware brand



sebagai penutup semestinya ada recognition utk ahli-ahli rohaya Tupperware team yang telah Berjaya mencapai break rekod dalam setiap kategori

 tahniah team norizan.
Kak izan adalah top director secara keseluruhan bagi bulan September dengan sale RM30,000 ke atas


tahniah buat kak rosida. Sale terbaik kategori DIQ dan telah complete test  nya lebih awal dari masa yang telah ditetapkan

Tahniah team director Hafidzah dan adiebah.

Tahniah team Min, Ema dan Ina. walaupun masih tersangat baru dalam dunia tupperware. tapi mereka antara paling menonjol semasa tranning. teruskan momentum ye

tahniah antara yg dapat lucky draw dan on time draw semasa hari training.



Alhamdulillah, kami hanya meneruskan legasi penyampaian ilmu fardhu kifayah
tak sangka untuk kami jugak ada kejutan dari VVIP jemputan. 
Sungguh terharu. walaupun berhari-hari letih memikirkan atur cara majlis dan persiapan, terurai sudah semuanya bila kami juga dihargai oleh leader yang hebat luar biasa

Terima kasih dan tahniah buat semua yg hadir terutamanya anak-anak murid aya dari nilai, batangkali, ampang, selayang, bangi, dan lain2. Jauh dan cuti sanggup spend sedikit masa. Ilmu bukan dipertandingkan tapi utk dicari dan diamalkan.
Tahniah buat yg diraikan 1-20 sept urk kategori :
Director- norizan (sale 16,000 dan ahli baru 13org)
DIQ- roshida (sale rm6500)
Consultant- muhd nor hakim (3ahli baru)
Setiap usaha anda akan kami hargai

HASIL TRAINING PART 1
  • Director Norizan Berjaya FAST Track 3star Director melalui jualan Nano Water filter sebanyak 4 set secara berkumpulan
  • Director Adibah Berjaya tingkatkan sale bulanan Sept dengan jualan 2 set nano water filter
  • Director Marsitah Berjaya menjadi 1star Director Melalui jualan 4 nano water filter
  • DIQ Farhana Berjaya selesaikan Sale DIQ melalui jualan nano Water filter sebanyak 2 set secara berkumpulan
  • DIQ Rosalinda berjaya mencapai RM18,000 jualan dalam bulan Sept dan selesaikan DIQ dalam masa kurang 30hari shj
best kan? datang dan manfaat kan masa separuh hari sahaja… boleh jana income berganda-ganda.
kalau nak bandingkan dengan seminar dan coaching yang lain, gerenti ratusan dan ribuan modal perlu kita keluarkan untuk dapatkan ilmu.
Kami hanya mengenakan yuran yang sangat minimum hanya utk anda hadir dan byrn tersebut akan diganti dengan sesuatu yang boleh anda manfaat selepas tamat training










17 October 2019

KENAPA PERLU RECRUIT DALAM TUPPERWARE BRANDS?

ini adalah masalah paling utama yang sering diajukan pada aya
terutamanya ahli baru yang masih berjinak-jinak dalam tupperware

ada yang silap konsep marketing plan dalam Tupperware.
tak apa...masih belum terlambat untuk belajar dan buat sama-sama kan.
 dalam marketing % berubah mengikut masa.

permulaaan bisnes 70% masa kita tumpukan pada menjual product.
dari menjual Tupperware, ajak customer menjadi ahli.
tanpa customer, bukan semudah jumpa orang tepi jalan terus nak jadi ahli kan..hihi

selepas kita mempunyai ramai customer...tumpuan beralih 50% menjual, 50% develop team.
maksudnya 50% menjual sambil dapatkan customer menjadi ahli.
50% lagi masa...untuk guide ahli yg sedia ada untuk menjadi senior consultant, director .

yang selalu dilakukan...menjual setiap hari. dapat ahli...diabaikan saja
esok menjual...bulan depan menjual...tahun depan menjual.
yang kita dapat adalah untung runcit dan overriding komisyen. 
Tapi yang telah kita rugi adalah….(LIHAT DI BAWAH)

macam yang kita tahu, untuk layak dapat komisyen perlu ada minimum 2 ahli di bawah kita.
Kalau tak de ahli? maksudnya kita tak layak dapat komisyen dr HQ tupperware brands
WALAUPUN KITA MENJUAL SEBANYAK 50,000 sebulan??
YE! masih tak layak sebab kita belum lagi menjadi senior consultant. Untuk menjadi senior consultant perlu ada minimum 2 orang

sebelum pergi lebih jauh...aya nak share macam mane struktur team aya berkembang, bermula dari 1st day join ahli sehingga 2 tahun selepasnya


kalau lihat pada trend, semakin ramai ahli dan customer yang kita dapat recruit, semakin banyak sale yang akan kita dapat. Of course komisyen pon semakin lah bertambah. 

Apa maksud recruit??
Recruit adalah mendaftar customer sebagai ahli bawah kita.
Recruit wajib qualified.

QUalified tu apa pulak?
Qualified bermaksud Daftar beserta buat pembelian RM150 dalam 1 resit  semasa hari pendaftaran atau selewat-lewatnya 30/31hb bulan yg sama kita daftar kan ahli tersebut.

 KENAPA PERLU QUALIFIED?
hanya ahli yang qualified sahaja dikira untuk bilangan ahli secara berpasukan.
walaubagaimanapun, Ahli baru tidak terkesan dengan perkataan Qualified ini. 
Tetapi leader/ketua tersebut akan kehilangan 1 ahli sekiranya tidak qualified




Contoh 1: 
Ana ingin mendapat komisyen dari HQ. 
ana mendaftar 2 org ahli di bawah ana iaitu A dan B. A daftar dan beli brg bernilai RM150 .
B hanya daftar sahaja tapi tiada pembelian. 
Ahli di bwh ana yang dikira ada 1 shj iaitu A. walaupun ana mempunyai 2 ahli.
bermkna ana belum layak mendapat komisyen sebab masih mempunyai 1 ahli. ahli ke2 td tidak dikira sebagai ahli sbb tiada pembelian minimum.

situasi A: (cara salah)
Ali dapat order dr customer rm5000.
Ali beli semua brg tu atas nama Ali semua nya. Sebab Ali xde ahli downline di bawahnya
komisyen =0

situasi B:  (cara betul)

Ali dapt order rm5000
Ali beli brg ikut peringkat:
Ali=rm500,
 A=rm2250,
 B= rm2250

komisyen= (rm2250+rm2250) x 3% x 75%

situasi C:   (cara salah)

Ali dapt order rm5000
Ali= rm0
A=rm2500,
B=rm2500

komisyen= 0  (sebab dlm bulan tu Ali x buat personal sale rm500)

utk mendapat lebih komisyen SEKARANG KITA FOKUS UNTUK JADI DIRECTOR!!




ini adalah komisyen aya terima bulan ke2 selepas jd ahli. sebelah nya adalah carta yang boleh dirujuk

A dan B adalah overring gen 1. Walaupun bekerja keras tapi hasil komisyen kurang memberangsangkan. Masih baru kan... bisnes mesti start skit2. Tupperware bukan bisnes skim cepat kaya. Jadi secara logiknya dapat 3 angka atau 2 angka pon dah kira bagus!






Selepas tu aya cuba target untuk menjadi director. Syaratnya perlu ada total 15 ahli di bawah aya (termasuk gen 1+2+3: rujuk carta sebelah kanan). Setelah complete dengan sempurna terus akan dapat New Director Bonus sebanyak rm207.05. 



Komisyen semakin bertambah bile kita naik pangkat. Ini adalah komisyen aya bulan ke 6 jadi ahli. masa ni dah naik ke 3star director. tapi ada tambahan consistency bonus -1sd (1star director) sebanyak rm500 selama 6bulan berturut-turut

macam mane nak jadi 1 star director??
apabila kita mempunyai pasukan. kenalpasti diantara ramai ahli yg anda dapat siapakah yg mempunyai potensi utk menjadi director seperti anda. 
contoh di atas adalah ani (bulat merah)
sebab ani ada 4 org ahli (gen 2- ada 2org, gen 3 ada 2org). jadi ani adalah ahli yang paling dekat dan mudah untuk menjadi director berbanding yang lain. ajar Ani supaya beliau duplicate apa yang telah anda buat. Sekiranya anda guide Ani menjadi director, ani juga sebenarnya telah bantu anda menjadi 1star director. 
Win- win situasi kan? kita bantu orang, orang akan bantu kita.
 inilah kebaikan kerja secara berpasukan. 

Selepas Ani menjadi director, anda tidak boleh terus bangga diri dan berhenti merecruit. Ani dan anda adalah director. sale juga telah berpecah kepada 2 bahagian. Ani buat ani dapat, anda buat anda dapat. Jadi teruskan recruit. gunakan konsep francais KFC, lagi banyak cawangan yg KFC buka, lebih laris dan keuntungan lebih banyak berbanding buka di 1 negara sahaja.


sebagai contoh. saya berada di cheras. saya baru mula belajar tupperware.
Fokus utk dapatkan ahli dan recruit di kawasan yang berdekatan sekiranya boleh. tetapi dalam zaman serba moden, melalui internet kemungkinan recruit akan berada di luar kawasan berdekatan dgn saya. Itu bukan 1 masalah. lebih banyak kita kenal kawan, lebih cepat bisnes kita berkembang

Kita ambil contoh di atas. saya berada di cheras. Ani berada di Cheras dan telah menjadi director.
Saya perlu recruit ahli yang lain dari kajang, chaw kit, ampang, dan lain-lain. supaya sale saya tidak bergantung kepada ani saja. 

utk menjadi leader yang baik, perlu independent dan usaha sndr tanpa mengharap downline yg sedia ada. pilihan seterusnya saya recruit ahli di kajang, chaw kit dan ampang secara online dan party tupperware. kemudian saya duplicate mereka menjadi director. Ahli di kajang semakin berkembang ke alor setar (kampungnya), ampang juga mempunyai team sendiri di perak dan bintulu. bermula dengan ahli 15orang telah berkembang menjadi sebuah organisasi melebihi 50org (cheras -15org, kajang-15org, chaw kits- 15org, ampang 15org) kerana gen 1 semuanya telah menjadi director.

keempat-empat mereka jugak ingin memjadi 1 star director. jadi mereka jugak perlu usaha seperti saya utk menjadi 1star director



jadual di atas biasanya aya buat utk ahli-ahli yg merancang untuk menjadi sekurang-kurangnya 1star director. apa yang kita target perlu disediakan plan dan strategy. Kita lebih jelas untuk mencapai apa yang kita hajati. sekiranya tiada perancangan. ibarat kita melalukannya dgn suka-suka dan tiada objektive serta matlamat. Sia-sia sahaja kan???hehehe





situasi yang sering berlaku pada aya:
customer A bekerja di sebuah sekolah. di sekolah ada seorang yang menjual tupperware tetapi tidak pernah mengajak A menjadi Ahli. Satu hari A berminat untuk lakukan bisnes, puas di cari...rasanya tupperware adalah bisnes yang paling sesuai di hatinya. Jadi A berminat untuk menjadi ahli dgn Aya. sejak dari itu. A tidak lagi membeli dgn rakan sekolahnya. Kini A menjadi pesaingan kuat di sekolah bersama seorang penjual asal di sekolah. 

Sebab itu kita perlu recruit customer menjadi ahli sekiranya die selalu membeli tupperware. 
mungkin hari ini di membeli , esok dan mggu depan jugak di masih membeli tupperware. Tiba-tiba bulan depan dia tidak lagi membeli dgn kita sbb die telah join ahli bersama seller yg lain. Jadi kita telah hilang regular customer dan mgkn jugak ahli yang berptensi menjadi director dalam organisasi anda. 

Sekian saja utk sharing kali ini. insyaAllah sharing berikutnya aya akan share bagaimana nak recruit ahli atau convert customer menjadi ahli. Apakah tips dan cara utk memujuk customer menjadi ahli.
Tunggu ye....




8 October 2019

NAK BISNES TANPA MODAL. UNTUNG BERTERUSAN ATAU RUGI BERPANJANGAN?

 Sebelum ni aya penah share kan dalam group bisnes tentang MODAL

sebenarnya sedar tak sedar kita semua dah keluarkan modal untuk menjadi ahli tupperware
sebab nak daftar ahli kan iaitu bayaran pendaftaram RM73.50

dengan bayaran rm73.50 kita akan dapat semua ni btul x??

Dari barangan yang kita dapat sebenarnya kita dah boleh pun tukarkan pada keuntungan
modal rm73.50

jual:
kits beg-rm15
Freezermate- rm15 sebiji x 2pcs
One touch biru 1.25L-rm21 
Freegift SMS-rm15

jadi semua barang terjual adalah RM81 - modal ahli rm73.50
UNTUNG=RM7.50

tapi relakah anda menjual barang ahli yg anda dapat secara percuma tu?

rata-rata mesti sayang nak jual kan? 
kalau simpan pulak memang x dapat untung. mane yang lebih berbaloi??

Berbeza pulak ahli yang join melalui pakej treasure box.
Modal RM300.90. tapi cuba kita jual semua barang yang kita dapat tu

keseluruhan barang di atas bernilai RM513 tapi kita hanya bayar RM300.90
sangat-sangat la untung. Beli dapat Free ahli lagi tu

CARA KE 2
Anda tidak perlu modal kan semua barang tupperware
Hanya perlu spot sahaja HOT ITEM 
KENAPA KENE SPOT HOT ITEM???
1. kebarangkalian barang tersebut boleh habis di jual dalam masa terdekat adalah tinggi. 
Terutama kepada ahli aya yang baru sahaja join ahli dan berminat utk berjinak dalam bisnes tupperware.
2. Tak perlu bersaingan dengan seller lain. 
banyak yang berlaku, anda iklankan dahulu..tiba-tiba mendapat sambutan dari banyak customer. 
Pergi ke stokis pulak, sudah habis stok. Ini yg menyebabkan ramai ahli yang patah hati dan merajuk.
bila dah ada customer, barang pulak tiada...hehe
3. Yakin nak iklan, ada customer tunggu pos sahaja. 
cara ni menambahkan keyakinan customer utk sering repeat order. klu order memanjang barang asyik tiada, customer pon dah serik nak beli dgn kita. MUNGKIN!
4. Demand tinggi, harga pon melambung!
sekiranya permintaan tinggi, stock pula kurang. kita ada peluang untuk naikkan harga.
sebab persaingan pon kurang. Ada 10customer, hanya 2 dari 5 orang mempunyai set tupperware yg jadi kegilaan. jadi A dan B boleh naikkan harga. sebagai contoh:

set Plate dan bowl purple ini adalah stock no 1 yang paling laris untuk katalog october.
Samada anda boleh simpan stock ini sehingga bulan depan kemudian jual dengan harga yang lebih tinggi. atau anda jual sekarang dengan harga rm45 utk 4pcs pinggan dan rm45 utk 4pcs mangkuk beserta bowl. 

modal kesemua brg di atas (plate dan bowl hanya RM56.23)
 tapi anda jual set pinggan rm45 dan set bowl rm45=rm90
keuntungan adalah RM90-rm56.23=rm34 

dalam masa kurang 1minggu dapat jualan keuntungan 1 set rm34. 
kalau kita modalkan utk 10set berapa keuntungan yang kita dapat??
RM34 untung darab 10set bersamaan RM340

boleh kalah tak dengan simpan EMAS untuk satu minggu kemudian jual??
hihihi. ini la strategi dalam bisnes tupperware. Yang  bijak mengambil peluang dan pandai membaca analisis kehendak customer mereka akan lebih untung!

kalau anda masih menunggu customer baru untuk dapatkan modal , masa ni juga anda dah rugi.
sbb stock telah habis. tetapi kerana kita bermodalkan kerana nak dapat untung. anda tidak rugi!


CARA KE 3
Modal kan melalui PWP
apa tu PWP???
PWP adalah anda beli barang tertentu kemudian layak membeli barang lain dengan harga murah

sebagai contoh:
Exclusive purchase - sandwich keeper adalah PWP (purchase with purchase)
bermakna anda perlu beli emoji eco bottle dahulu. baru anda layak beli sandwich keeper dgn harga murah. 
katakan customer A membeli emoji eco bottle shj. tetapi tak mahu snadwich keeper. 
Aya akan beli sandwich keeper dgn harga murah (modal) kemudian mencari customer lain utk jualkan pada harga katalog.

Modal sandwich keeperrm39.90-25%=rm29.93
kemudian jual pd B dgn harga rm39
nah!! sekarang aya sudah untung rm10



CARA KE 4
untung Melalui Set Level bulanan

Ini sangat-sangat menguntungkan dan ramai yang fokus dan target utk dapatkan pembelian set level.


ini adalah set levell exclusive bg bulan october 2019
modal set level hanya =rm86.43
level 1=rm20
level 2=rm29
hostess= rm49.90-25%=rm37.43

yang mane set level ni biasanya di jual paling murah rm150.
ada yang jual sehingga rm200

jadi untung anda
harga jual anda(minimum rm150)- rm86.43= banyak x????

kalau kita layak beli set level...tapi x mahu keluarkan modal rm86.43 mmg rugi.
kita takut nk keluarkan modal sedikit...sedang kan kita tahu harga pasaran adalah 2 kali ganda.
Set level hanya boleh di beli dalam 1 resit, dgn syarat pembelian tertentu. tapi klu dah terlepas tiba2 esok nak beli semula WAJIB  buat pembelian minimum semula


CARA KE 5
pwp melalui minimum pembelian
minimum pembelian rm280 (ikut harga katalog/sblm less 25%) anda layak beli dgn harga rm16.90-25% bg setiap chill fresh pourer. tetapi anda boleh menjual dgn harga rm25 dan ke atas, mmg berbaloi


CARA KE 6
Sekiranya kita beli barang dgn sale tertentu sudah tentu leader/upline memberi hadiah penghargaan dari challenge mingguan. Nak untung target setiap kali ke stokis untuk kumpulkan order sehingga layak set level. Confirm dah untung dari jualan set level + hadiah challenge + jualan pwp + jimat kos minyak dan masa ulang alik ke stokis. Kurangkan masalah stok sekiranya kita lebih bersedia lebih awal!


Sekarang masih runsing tentang modal???
bermodal la secara berpatutan.. Buat analisis dahulu sebelum membeli
Pastikan barang yg kita nak modalkan boleh membawa keuntungan.asingkan komisyen dari hq dan keuntungan runcit dari customer dlm acc bank yg berlainan. aya pasti anda akan dapat pulangan yg berganda!!!


Lakukan secara bijak!!
jadilah ahli bisnes tupperware yg kreatif!!
pasti anda cemerlang




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK