please click here

21 July 2020

AHLI TUPPERWARE MACAM MANE NAK LAYAK DAPAT KOMISYEN??

declaimer: semua bahan dalam blog ini adalah terpelihara. sebarang copy atau sumber perkongsian oleh pihak tidak dibenarkan dan boleh didakwa

TAHNIAH KEPADA AHLI KAK ROHAYA YANG BERJAYA JOIN AHLI TUPPERWARE!!

next step ramai ahli yang dah mula teruja utk dapatkan peluang dari tupperware iaitu KOMISYEN bulanan dr HQ setiap bulan

utk ahli yang dah jadi ahli. banyak istilah yang mereka kurang faham dan kak aya cuba bantu utk jelaskan supaya peluang anda sebagai ahli tupperware tidak disia-siakan

istilah yang tidak betul: POINT TUPPERWARE
ramai ahli kak aya yg silap faham selepas jadi ahli, mereka beli tupperware dan akan terima point.
sebennarnya tiada point dlm tupperware utk anda gunakan utk dapatkan barang percuma atau tukar kan point kepada cash/brg lain.
Pembelian anda dalam setahun atas no keahlian sendiri adalah utk kekalkan status ahli supaya tidak luput atau expired shj. tetapi untuk dapat kan komisyen ada beberapa syarat yg perlu dipatuhi sebelum anda layak dapat komisyen


contoh Ahli yang layak menerima komisyen
Lihat 2 situasi di atas. 

sekiranya ahli berminat utk dapatkan komisyen WAJIB mempunyai 2 orang ahli di bawah anda.
samada 2 ahli tersebut adalah direct anda (situasi A) atau 2orang dalam 1 pasukan (situasi B)
kedua-dua situasi di atas secara langsung dah jadikan diri kita naik ke 1 pangkat iaitu 
SENIOR CONSULTANT. 


jadi utk layak dapat komisyen wajib menjadi senior consultant terlebih dahulu.

syarat yang seterusnya anda wajib membuat pembelian sebanyak RM500 atas nombor ahli diri sndr.
RM500 adalah utk bulan tersebut shj dan dikira nilai harga di katalog (sebelum tolak less 25%)

utk contoh mudah..boleh rujuk di bawah:

situasi A: (cara salah)

saya dapat order dr customer rm5000.
saya beli semua brg tu atas nama saya semua nya. Sebab saya xde ahli downline di bawah saya
komisyen =0


situasi B:  (cara betul)
saya dapt order rm5000
saya beli brg ikut peringkat:
saya=rm500,
Aminah=rm2250,
Sue= rm2250
komisyen= (rm2250+rm2250) x 3% x 75%


situasi C:   (cara salah)
saya dapt order rm5000
saya= rm0
sue=rm2500,
Aminah=rm2500
komisyen= 0  (sebab dlm bulan tu Ali x buat personal sale rm500)

utk bulan seterusnya... komisyen masih dapat dgn syarat saya ulangi sale RM500 utk bulan tersebut.
ahli masih sama, samada nak tambah atau tidak, ahli tetap kekal 2 orang dari bulan yg sebelumnya.


anda dah jadi ketua...bagaimana pulak nak bantu aminah untuk dapatkan peluang komisyen dari tupperware brands jugak???
jom lihat situasi aminah (hijau) di bawah



aminah jugak perlu mempunyai 2 org ahli di bawahnya. sama mcm anda awal2 mulakan bisnes di atas td. jadi perkara yg sama yg perlu anda guide pada aminah. sekiranya amminah mempunyai 2 org ahli (biru) secara automatik aminah layak dapat komisyen jugak..BEST KAN!!!

dalam situasi ni, sebenarnya ahli pasukan anda sudah berkembang. secara tak lansung sebenarnya anda sudah semakin cerah utk menjadi director

BAGAIMANA NAK CEK KOMISYEN??

sekiranya anda dah ada 2org ahli, dah ada personal sale rm500.
jom lihat di twbiznet dgn click link di bwh

http://www.twbiznet.com.my/eStoreFront/welcome.esf
boleh log in dr 9 pg hingga 11.59 mlm setiap hari
log in kali pertama
username: (no ahli)
password: (no ahli)

utk semakan komisyen sila click> commision

paparan dan detail jumlah komisyen automatik dikira oleh system dan tak pernah silap..hehe
biasanya kak aya tak kira komisyen. hanya nak tahu jumlah tu datang dari mane sahaja akan click secara detail. 
overiding gen 1 adalah ahli yg betul2 daftar di bawah anda. contohnya situasi A adalah aminah dan sue
begitu jugak gen 2. situasi A adalah leha dan suzi sehingga la gen 3
utk dapatkan komisyen dr pembelian ahli bermula gen 4 hingga 100 dan infiniti...anda WAJIB menjadi director.
utk menjadi director sangat MUDAH. semua jumlah ahli dan sale adalah dikira secara berpasukan.

nak tau mcm mane?? kak aya akan update di posting seterusnya

anda bermnat menjadi ahli tupperware?
nak dapat komisyen 4 hingga 5,6 angka. TIDAK MUSTAHIL!!!
daftar keahlian anda dgn kak rohaya tupperware skrg. sila click nak jadi ahli dan buat bisnes tupperware






12 July 2020

4 PAKEJ MENARIK SEBAGAI AHLI TUPPERWARE

TAHNIAH KERANA ANDA BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI TUPPERWARE!!
secara basic ada 4 tawaran pakej ahli yang ditawarkan kepada customer yang berminat utk menjadi ahli. 
Setiap pakej mempunyai item dan harga yg exclusive. tawaran ini adalah terhad untuk customer yang berminat utk mendaftar sahaja. Rohaya Tupperware yang dah lama menjadi ahli sudah tak layak dapatkan harga di bawah kerana saya dah lama menjadi ahli ...hihi

anda berminat daftar sebagai ahli tupperware terus click link di bawah ye

saya nak daftar ahli tupperware


PAKEJ 1

pakej ahli yang paling basic. 
tawaran pendaftaran adalah RM73.50 shj
ahli yang daftar basic akan menerima hadiah ahli baru seperti di atas


PAKEJ 2
Pakej ke2 andalah Turbo Plus Pack set.
Pakej ini bernilai RM250 sahaja. Tanpa perlu bayaran pendaftaran ahli RM73.50
pakej ni lebih menguntungkan terutamanya yang berminat menggunakan turbo chopper.
harga setiap item boleh rujuk jadual di bawah
Harga keseluruhan RM440.20 tetapi anda hanya perlu bayar RM250 saja. 
nah!! anda telah jimat RM190.20. 



PAKEJ 3
Pakej Ke3 adalah Treasure Box.
Yang ini lebih istimewa berbanding pakej 1 dan 2 td
→free ahli (xperlu byr yuran daftar rm73.50) dan dapat hadiah percuma pakej basic*
:gift:free kits beg
:gif☘welcome new member gift (melalui sms selepas daftar
:gift:free katalog baru
☘set supersaver bernilai rm500 lebih hanya perlu *byr rm300.90*, free keahlian tupperware gift
dari segi perbandingan harga. Jauh lebih murah!!
Harga sebenar yang perlu di bayar RM513.80
tetapi customer yang berminat utk daftar sebagai ahli tupperware layak membayar dgn harga RM300.90 shj. jadi anda jimat RM212.90. 
untuk anda yang minat utk mulakan perniagaan set ini adalah disarankan. sebab anda boleh beli tupperware dgn harga yang sangat murah, dan jual kembali dgn keuntungan yang lebih  berganda.
Untuk penggunaan diri sndri jugak adalah bagus. Set ini lengkap dgn semua jenis tupperware di rumah. Botol air, sabun pencuci, set freezermate yang sesuai utk kegunaan dlm peti sejuk. Botol air di dalam peti. One touch utk tupperware kedap udara bg menyimpan: gula, milo, susu dan lain2. Modular mate starter set: untuk makanan kering pada suhu bilik. snowflake sebagai bekal atau menyimpan makanan yang kedap udara


PAKEJ 4
Pakej ke4 adalah Nano Nature Water Filter dari tupperware Brands
pakej ini hanya RM1981 utk customer yang berminat mendapatkannya.
Nano dapat percuma pendaftaran keahlian dan juga Treasure box.
jadi anda tidak perlu lagi membayar RM300.90 ataupun RM73.50
Ada banyak kelebihan dgn nano nature water filter

setakat ini Nano Nature water filter adalah pilihan utama customer kami di serata Malaysia
customer di Muar

 customer di Muar
Customer di Muar

customer di Perlis

Customer DI Bangi

customer Di Kelantan

customer secara dalam talian di Perak




8 July 2020

ANDA AHLI TUPPERWARE BARU....APA YG WAJIB ANDA TAHU? PERKARA ASAS SEBAGAI AHLI BARU

Setiap hari memang ramai customer aya menjadi Ahli tupperware. 
Ramai yg  minat mulakan bisnes sendiri, tak kurang jugak nak tau apa kelebihan menjadi ahli tupperware brands.

Hari ni aya nak share perkara yang PALING BASIC wajib anda tahu.
Walaupun anda tak sabar untuk mulakan business tupperware anda sendiri. semuanya bermula dari ilmu asas di bawah.
Review secara teliti perkara penting di bawah.

Sangat berguna utk anda yang baru sahaja mendaftar. 
atau anda yang mahu pelajari bagaimana nak mulakan perkongsian pada ahli team anda akan datang



 STEP 1
sebaik sahaja detail anda di daftarkan dalam system tupperware. ahli akan menerima SMS. tandanya anda telah pon berjaya menjadi ahli tupperware yang sah. apa perlu buat setelah mendapat SMS tersebut? sila ikut setiap arahan dan turutan SMS.

ini adalah cara utk dptkan hadiah anda
semak email kedua anda dan simpan utk menunjukkan kod dan tarikh tebusan di stokis yg dah anda pilih seperti di bawah.

STEP 2:
pastikan anda telah mengetahui no ahli anda utk dapatkan discount 25% utk pembelian brg tupperware di stokis atau studio terdekat. sekiranya tak ingat no ahli??? boleh jugak gunakan no ic anda sebagai rujukan. semasa pembelian stokis akan mengeluarkan resit/invoice atas nama anda. 


STEP 3:
pastikan anda telah mengetahui katalog terbaharu dan terkini. 
setiap bulan Tupperware Brands akan mengeluarkan katalog yg berbeza. kemungkinan semenanjung dan sabah&sarawak mempunyai promosi yg berbeza. utk lebih detail dan lanjut boleh click laman web rasmi tupperware Brands Malaysia seperti di bawah
https://www.i.tupperwarebrands.com.my/whatsnew
atau
https://tupperware.ipapercms.dk/Tupperware/Malaysia/


STEP 4:
pastikan anda faham harga katalog dan harga ahli

contoh katalog di atas adalah promosi utk1-31  julai 2020
kotak 1:
 harga sebenar small goody box carolier adalah  RM89.50
 harga offer utk 1-31 Julai adalah RM69.90 (biru atau pink)
tetapi harga ahli anda mempunyai potongan tambah sebanyak 25% lagi.
 harga ahli =RM69.90-25%= RM52.40

kotak 2:
harga  sebenar utk 2 set (biru dan pink) adalah= RM179.20
harga offer utk 1-31 Julai=  RM139.80
harga ahli 1-31 Julai=RM139.80-25%=RM104.80

sekiranya anda buat pembelian di kod kotak 2, anda layak beli exclusive purchase dgn harga RM16.90 Nett (syarat rujuk kotak biru no.4, every purcase of A2760)
maksud NETT adalah harga tetap. tiada potongan 25% utk harga ahli

harga offer (tulisan pink) adalah tawaran utk katalog bulan tersebut sahaja. sekiraya anda beli di bulan yg lain, harga ahli anda mengkut harga sebenar (harga kecil di atas harga pink) di atas dan tolak dgn 25% itupun sekiranya stokis masih mempunyai lebihan stok.




STEP 5: REGULAR ITEM.
selain barangan yang promosi. terdapat jugak product yang boleh dibeli sepanjang tahun. cara mengetahuinya, harga di katalog tiada warna pink. product tersebut boleh dibeli bila-bila masa sahaja walaupun tidak dipaparkan di dalam katalog.
Bagaimana nak tahu product-product regular item yang lain?
anda boleh buka kits beg pendaftaran ahli yang telah anda terima. di dalamnya mengandungi 2buku di atas. buku ini mengandungi semua regular item. cara penggunaan dan kelebihannya



STEP 6: SET EXCLUSIVE LEVEL
set exclusive ini adalah sangat murah. 
Setiap keluaran katalog sila semak muka surat paling terakhir. di paparkan Level 1, Level 2 dan hostess
Harga? harga utk level 1 dan level 2 di setiap keluaran adalah tidak berubah RM20 sahaja walaupun design dan warna berubah. tetapi harga Set HOstess mengikut tawaran di katalog pada bulan tersebut.

sebagai contoh, tawaran set level pada bulan Jun 2020
*Level 1 (bowl no.2) : RM20 sahaja*
✍Cara beli rm520 dlm 1resit layak beli:
🏷 level 1 dgn harga rm20 je

*Hostess Special (bowl no.1=2biji)*
RM54.80-25% (harga ahli)
✍cara: beli brg rm730 dlm *1resit* layak beli :
🏷level 1=rm20
🏷hostess = rm54.80-25%(2biji)=rm41.10

*Level 2 (bowl no3 dan 4) : RM29 sahaja*
✍cara: beli rm950 dlm 1resit layak beli:
🏷level 1 =rm20,
🏷hostess = rm41.10 (ahli)
🏷 level 2 =rm29

Kesimpulannya
klu kita beli brg (ikut harga katalog katalog *kecuali brg nett )
total rm950 layak bli level1, hostess, level 2 dgn harga rm20+rm41.10+ rm29
=Rm90.10

Harga modal fullset level=rm90.10
boleh jual rm150, rm160, rm180 dan ke atas

kita jual rm150 paling murah..ada yg jual smp rm250...so untung kan


STEP 7: Semak pembelian, ahli baru, komisyen
sebagai ahli tupperware yang sah, anda layak log in ke portal rasmi tupperware brands. di sini anda boleh semak pembelian yg anda telah beli sendiri di stokis
http://www.twbiznet.com.my/




STEP 8: CARA DAPATKAN KOMISYEN
ingatkan bahawa tupperware brands tidak memperkenalkan nilai point atas setiap pembelian, tetapi ahli di tawarkan komisyen bulanan kepada anda yang layak. sila lihat syarat untuk mendapatkan komisyen
Contoh 1: 
Ana ingin mendapat komisyen dari HQ. 
ana mendaftar 2 org ahli di bawah ana iaitu A dan B. A daftar dan beli brg bernilai RM150 .
B hanya daftar sahaja tapi tiada pembelian. 
Ahli di bwh ana yang dikira ada 1 shj iaitu A. walaupun ana mempunyai 2 ahli.
bermkna ana belum layak mendapat komisyen sebab masih mempunyai 1 ahli. ahli ke2 td tidak dikira sebagai ahli sbb tiada pembelian minimum.

situasi A: (cara salah)
Ali dapat order dr customer rm5000.
Ali beli semua brg tu atas nama Ali semua nya. Sebab Ali xde ahli downline di bawahnya
komisyen =0

situasi B:  (cara betul)

Ali dapt order rm5000
Ali beli brg ikut peringkat:
Ali=rm500,
 A=rm2250,
 B= rm2250

komisyen= (rm2250+rm2250) x 3% x 75%

situasi C:   (cara salah)

Ali dapt order rm5000
Ali= rm0
A=rm2500,
B=rm2500

komisyen= 0  (sebab dlm bulan tu Ali x buat personal sale rm500)

utk mendapat lebih komisyen SEKARANG KITA FOKUS UNTUK JADI DIRECTOR!!

penjelasan lebih lanjut sila click TIPS KOMISYEN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK