please click here

5 June 2020

CELEBRATION ATAS KENAIKAN PANGKAT SELURUH AHLI ROHAYA TUPPERWARE JUN 2020

kalau bln lps kita mulakan dgn director baru hingga star director..

bulan ini...kita kongsi pengalaman, perasaan dan kisah2 kejayaan kawan2 kita yg telah berjaya mengharungi bisnes..

walaupon PKP..tapi  masih boleh buktikan anda dapat lakukan yg terbaik dlm bisnes tupperware. tiada alasan utk berjaya walaupun pelbagai cabaran dan rintangan merintangi sebelum berjaya

Tahniah buat seluruh team rohaya tupperware ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS BUAT DIRECTOR YG TELAH BERJAYA NAIK PANGKAT 1 JUN 2020
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

RANK UP 5 STAR DIRECTOR
1. NOR ATIKAH BINTI MD YUSOF

RANK UP 3STAR DIRECTOR
1. HAMIDAH BINTI ABDUL RAZAK

RANK UP 1STAR DIRECTOR
1. SITI NOR SHAHILA
2. SITI NUR SAKINAH
3. NOOR SHAZALEENA
4. NUR AMIRAH BINTI OTHMAN
5. NAIMAH BINTI SAAD
6. MUHAMMAD NOR HAKIM

NEW DIRECTOR RANK UP 
1. YUSNANI BINTI MOHAMAD
2. NUQMAN FARIS
3. HUSNAINI
4. ROSNAH
5. FADIAH
6. FARAH UMAIRAH
7. MOHAMAD FEKRI
8. HALIMATUS SAADIAH
9. NOR HAIZAN
10. RAJA NORLILAWATI
11. MUHAMMAD NOR HAZIM



Nama:NOR ATIKAH MD YUSOF( TIARA TUPPERWARE)
Umur:47
kediaman: BALAKONG
Pekerjaan:SURI RUMAH
Join ahli: Sept 2017
Director: Feb 2018
1Star Director sept 2018
3Star DIrector: Dec 2018
5Star DIrector: 1 Jun 2020

Pencapaian terbaik:
1 .Berpeluang bercuti sambil belajar anjuran HQ  star success gateaway secara percuma selama 2malam 3hari yg bernilai RM1500
2 . Jualan tertinggi sepanjang bisnes pada April 2020 sebanyak rm25,667.80
3. Berjaya mencapai star bonus Feb - Mei 2020 sebanyak RM1500

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2: 
- setiap usaha pasti ada hasil
- berusaha untuk dri sendiri kita buat kita dapat
- ingat jangan pandang rendah pada untung yg rm1
- tiada rm1 tiada 1 juta๐Ÿ˜€


 Nama: Hamidah Abdul Razak
Umur: 36
kediaman: Arau, Perlis
Pekerjaan: Guru
Join ahli: Jan 2018
Director: Feb 2018
1Star Director Mei 2019
3Star DIrector: 1 Jun 2020

Pencapaian terbaik:
1 .Berjaya menjual tupperware di sekolah dgn menerima tempahan hamper dan pelbagai permintaan dari persatuan guru peringkat daerah dan negeri

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2: 
-  walaupun sibuk dgn kerja hakiki dan anak2, masih boleh bahagikan masa dgn bisnes
- smart is Always creative in business 
- jangan beri banyak alasan utk berjaya



 alhamdulillah mereka berdua adalah star director yg telah berjaya naik pangkat dan berjaya mendapat bonus cash money sepanjang program berlangsung.
selain mereka berdua ada 3org star director lain yg telah berjaya..tahniah di ucapkan buat๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

tahniah 3star director yg telah  berjaya mendapat bonus RM1000 dari tupperware brands๐Ÿ‘




Nama: Siti Nor Shahila binti Ismail
Umur: 35 tahun
Daerah kediaman: Pagoh, Jhor
Pekerjaan: Suri Rumah + Bisnes Women of TUPPERWARE Brands
Join ahli: Feb/2019 (start bisnes)
Director : JUn 2019
1star director: 1 JUN 2020

Pencapaian terbaik:
1. Sepanjang bisnes dalam setahun lebih ni, x sangka berjaya dpt Top 10 K & above pd bulan April dan sales sampai 19k ++ (Mei) walaupun pada musim pkp
2. Berjaya membina team dropship yg sgt2x membantu utk develope team dsamping dpt bantu kwn2x dropshipper lain juga utk mencari pendapatan sampingan๐Ÿ˜Š

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2:
Kunci utama Kejayaan, wajib sentiasa berfikiran positif๐Ÿ˜Š Sentiasa bersyukur & berterima kasih. Jgn byk alasan, buat je yg sehabis mampu, Rzki tu milik Allah, yg penting kita usaha, InsyaAllah pasti kn berjaya๐Ÿ˜Š


Nama: Noor Shazaleena Roslee
Umur: 25 tahun
Kediaman: Segamat
Pekerjaan: Juruterapi Pergigian 
Join ahli: Mei 2019
Director: April 2020
1star Director: Jun 2020

Pencapaian terbaik:
1. Breakrecord BEST DIQ complete dalam masa 40/61 hari sahaja dgn sales 16K.
2. Berjaya jual set nano pada DEC 2019 & MEI 2020
3. Berjaya lahirkan DIQ FAST TRACK dgn 10K (Mei sahaja)
4. Rank up dalam tempoh PKP ๐Ÿคฉ

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2:
1. PKP bukan penghalang untuk kita berjual Tupperware. Terbukti, PKP banyak naikkan sales byk organisation & ramai yg berjaya rank up ๐Ÿ‘๐Ÿผ
2. Saya seorang Jururawat, dan saya mampu buktikan, saya mampu berjaya walaupun busy ditempat kerja hakiki.
3. Berjauhan dgn upline kak rohaya Segamat-Nilai, bukan penghalang untuk terima ilmu ye, semua online je sekarang ๐Ÿ˜
4. Persepsi orang ramai, bisnes Tupperware ini hanya untuk emak2. Masih bujang tak menjadi halangan bagi saya untuk berjaya ๐Ÿ’ช๐Ÿผ๐Ÿš€


Nama: Nur Sakinah Jamaludin
Asal: kuantan, pahang
Pekerjaan: pensyarah kanan, UMP
umur: 35 
Join ahli: 14 september 2018
Director: 1Mac2020
1Star Director: 1Jun 2020

Pencapaian terbaik:
1. jualan 6 nano water filter secara personal melalui program INFAK di pelbagai madrasah, surau dan masjid
2. telah merecruit seluruh ahli keluarga, kawan2 universiti dan guide bisnes tupperware

Kata motivasi:
1. tupperware adalah terapi minda dan mata utk dapatkan ketenangan sebelum mulakan pekerjaan
2. untungnya buat tupperware kerana dgn 1 usaha dapat mcm2 ganjaran melebihi jangkaan. 
3. buat dan fikir secara luar biasa...akan mendapat hasil yg magic berbanding orglain



Nama: Nur Amirah Othman
Umur: 29 tahun
Daerah kediaman: Bemban, Melaka
Pekerjaan: Surirumah
Join ahli: 7/2019
DIQ: april/mei 
Rank up: 1st dir

Pencapaian terbaik:
1. Jualan Nano Water Filter 2set sepanjang bisnes tupperware



Nama: Muhammad Nor Hakim (Hakim)
Umur: 25 tahun
Daerah kediaman: Nilai
Pekerjaan: Akauntan
Join ahli: sept 2019
Director: 1Mac 2020
Rank up :1 Jun 2020

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2:
๐Ÿ’ช๐ŸปSesuatu perubahan tidak akan berlaku kalau setakat berkata-kata di mulut sahaja, tindakan perlu dibuat. Jika ilmu sudah ada, modal sudah ada, dan plan pun dah ada, mulakanlah perniagaandengan yakin. Dalam melakukan perubahan itu pastilah akan datang pelbagai dugaan, tetapi terimalah ia sebagai cabaran untuk kita mara ke hadapan.
๐Ÿ’ช๐ŸปTak usah ambil peduli dengan kata-kata orang tentang kelemahan dan impian anda. Satu-satunya cara untuk mendiamkan mereka adalah dengan membuktikannya. Jadikan kata-kata pedas mereka sebagai pembakar semangat anda untuk membuktikan kepada mereka bahawa kita boleh mencipta sesuatu yang mereka fikir adalah mustahil. Percayalah, ia bukan seperti yang orang katakan, tetapi ia adalah tentang impian besar yang perlu kita sendiri buktikan.

๐Ÿ’ช๐Ÿป  Prinsip-
1. Lakukan hal-hal yang membuat Anda takut.
2. Terapkan pernyataan positif pada diri sendiri.
3. Renungkan kritik terhadap diri sendiri dan orang lain. 
4. Selalu belajar dan bertanya dari mentor


THE BEST REAL DIQ 2015-2020: 
TAHNIAH YUSNANI BINTI MOHAMAD YUSOF

 kak yus adalah breakrecord team rohaya tupperware sepanjang 2015-2020
dengan pencapaian sale melebihi RM24,000 dalam masa 2 bulan

secara peribadi, aya dan cg raja merakamkan tahniah atas kesungguhan, minat belajar, usaha yg sgt tinggi dr kak yus utk berjaya dlm tupperware brands. walaupun pelbagai cabaran dan rintangan, kesuntukan masa, kekurangan ilmu, cabaran PKP bukanlah halangan kepada beliau dan telah berjaya memecah rekod yg sebagai yg TERBAIK DIQ

 Nama: Yusnani binti Mohamad Yusof
Umur: 49 tahun
kediaman: Shah Alam
Pekerjaan: Jab. Akaun
Join ahli: Sept2019
Director: Jun 2020

Pencapaian terbaik:
1 challenge DIQ total sales team RM 24,953.80 Apr/Mei 20 Dan team 18org

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2:
Usaha tanpa Jemu
Tuntut n share ilmu
Mudahkan urusan org lain
Doa Dan tawakkal
Yakin pd rezeki Allah bagi
InshaAllah๐Ÿ’–

 Nama: RAJA NORLILAWATI RAJA MUDA
Umur: 39 THN
Kediaman: BANGI
Pekerjaan: KERANI
Join ahli: 12/2019
DIQ: MEI
Rank up: DIRECTOR

Pencapaian terbaik:
1. dapat capai hingga tahap sekarang ni

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2:
Jatuh bangun dalam bisnes itu asam garam untuk capai kejayaan. Jangan give up.. buang jauh kata2 negatif. Kadang2 kata negatif tu boleh jadikan pembakar semangat untuk lebih maju..insyaAllah, usaha yang berterusan jamin kejayaan.


Nama: Halimatus Saadiah (Emma)
Umur: 30
kediaman: Ampang
Pekerjaan: Database Executive
Join ahli: August / 2019
Director: 1 Jun 2020

Pencapaian terbaik:
1 Berjaya mencapai team Sale rm15,452 (lebih seperti dijangka)
2 Berjaya membuat team Dropship yang sangat padu dan membantu
3 Berjaya mendapat kan Customer dan buat jualan semasa musim PKP iaitu berjaya mengatasi kekangan stok (cari stok di merata stokis) - build good relationship dengan stokis lain. Walaupun jauh.

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2:
๐Ÿ’ช๐ŸปEmma telah buktikan pekerja swasta yg sibuk di tempat kerja jugak boleh berjaya.
๐Ÿ’ช๐Ÿป  Prinsip - apa yang anda mahukan
Terus la berusaha sekuat nya
Cuba sedaya upaya supaya berjaya dengan kreatif๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜
Walaupun mulanya suami langsung x sokong. Sekarang dia pula monitor sale bulanan saya.๐Ÿ˜‚



Nama: Fadiah ismail
Umur: 36
Daerah kediaman: bbst, sepang
Pekerjaan: engineer
Join ahli: 01/2020
DIrector: 1 jun 2020

Nama: Muhammad Nor Hazim (Hazim)
Umur: 24
Daerah kediaman: Nilai
Pekerjaan: Swasta
Join ahli: September / 2019
Director: 1 Jun 2020

Pencapaian terbaik:
1 Berjaya mencapai team Sale rm14,537
2 Berjaya menjual nano filter dlm tempoh 2 bulan DIQ.
3 Berjaya mendapat kan Customer dan buat jualan semasa musim PKP iaitu berjaya mengatasi kekangan stok (cari stok di merata stokis) - build good relationship dengan stokis lain. Walaupun jauh.

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2:
๐Ÿ’ช๐ŸปHazim telah buktikan lelaki juga boleh berjaya dalam bisness tupperware walaupun sibuk di tempat kerja dan mempunyai byk tanggungjawab.
๐Ÿ’ช๐Ÿป  Prinsip - Wajib buang 6M dalam diri apabila berbisnes* ❌ Malu ❌ Malas ❌ Marah ❌ Merajuk ❌ Menyusahkan ❌ Menyesal
Cuba sedaya upaya supaya berjaya dengan sokongan keluarga..๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป



Nama: Farah Umairah Mahmod
Umur: 27 tahun
Daerah kediaman: Segamat
Join ahli: Julai 2019;-
DIQ: Mei 2020
Director: Jun 2020

Pencapaian terbaik:
1. Fast track DIQ, sales 10K dalam masa sebulan 
2. Berjaya recruit seorang cust Nano Water Filter dlm DIQ & dlm tempoh PKP

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2:
1. PKP bukan menghalang untuk bisnes Tupperware stop. Percaya dengan diri sendiri, dan rezeki Allah bagi.



Nama: Husnaini Hussin
Umur: 29
kediaman: Taman melawati,kl
Pekerjaan: Suri rumah
Join ahli: April 2017
Director: 1 Jun 2020

Pencapaian terbaik:
1. Pernah menjadi Director pada tahun 2018
2. Slow down untuk menumpukan kepada career dan family
3. Terus membuat comeback pada bulan Mei 2020

Kata2 motivasi/prinsip kejayaan utk rakan2:
1. Tambahkan ilmu dengan orang yang lebih berpengalaman
2. Belum cuba belum tahu
3. Rapat dengan orang yang bersemangat sekiranya down untuk serap aura positif..



Nama: Nor Haizan binti Embong
Umur: 55
Daerah kediaman: Kuala Terengganu
Pekerjaan: Guru
Join ahli: 9/2019
Director: 1Jun 2020

Nama: Rosnah bt Damiri
Umur: 52 tahun
Daerah kediaman: Hutan Melintang
Pekerjaan: Surirumah
Join ahli: April 2020
Director: Jun 2020

Nama: Mohd Fekri Kassim Loh
Umur: 33
Daerah kediaman: Pulau Pinang
Pekerjaan: Executive Air Asia
Join ahli: Jun 2019
Director: 1Jun 2020

Pencapaian terbaik:
1 Recruit 12 consultant within 2 weeks



alhamdulillah begitu ramai yg telah berjaya pada bulan ni
tahniah diucapkan. Paling penting katalog raya tupperware sgt2 membantu dlm bisnes walaupun kita semua berada dlm cabaran PKP.
teruskan perjuangan dan usaha kalian.
jangan fikirkan masalah/cabaran/kesusahan dlm bisnes
tapi peruntukanlah masa kalian cara utk mengatasi semua cabaran sebelum merasai nikmat kejayaan๐Ÿ’



4 June 2020

CARA PENGHANTARAN (DELIVERY) BRG TUPPERWARE PADA CUSTOMER

sebelum ni dah beberapa kali kita bincangkan pengeposan paling MUDAH, MURAH, DAN CEPAT
 utk ahli-ahli yang baru join...boleh terus rujuk dalam blog utk dapatkan sedikit maklumat dan cara yang pernah kak aya gunakan sepanjang binses tupperware sejak Nov 2015. harap dapat memberi manfaat kepada seluruh TEAM ROHAYA TUPPERWARE yang sedia ada dan yang bakal menjadi ahli utk masa akan datang


Ada beberapa cara utk pos/delivery:
 1>> Pos biasa๐Ÿ‘‰ balut brg> bwk brg ke courier/poslaju/etc> bayar
2>> Buka account secara contract dgn courier.
Cth: abx, gdex, citylink. Wajib daftar SSM dan submit utk pendaftaran dgn courier. Xperlu byr setiap hari. Courier akan hantar bil hujung bulan dan rate ikit perkhidmatan yg dh kita guna dlm tempoh sebulan..kak aya penah try dlu. Agak murah klu pandai dpt quotation yg murah dr courier

3>>guna easyparcel. sila click link di bawah
https://easyparcel.com/
yg ni kak aya guna sejak 2015 dari downline Chinese, Sharon share sbb jimat masa dan murah.
packing saje brg. masukkan dlm maklumat penerima dlm system. byr mcm kaedah touch n go tu. print kan consignment (helaian tu dan tampal pada kotak)

courier akan call utk pick up di rumah/opis/mane2 yg kita request➡️ service amik di rumah adalah PERCUMA kos lebih murah. masukkan berat brg tu dlm system dan terus byr

4>>myparcelasia: https://app.myparcelasia.com
cara ni lagi murah. step sama saje macam easyparcel
boleh pilih mane courier yg kita nak. ada byk jenis courier: poslaju, nationwide, abx etc

cara 3 dan 4: kita WAJIB ada printer di rumah.
kalua tak dak printer...mmg tak leh nak tlg lah..hihi
tapi beli printer pon masih berbaloi...kos murah, jimat masa, jimat minyak...jimat segala2

hehe


soklan1:
sy xde penimbang mcm mane kak aya?
jawapan; 
akak beli penimbang digital tu je...murah boleh beli online
kalau brg 2kg..tp kita letak 1kg pon xpe..nti courier scan dan salah berat...duit akan terus di tolak dr system. jd tak perlu risau



soklan 2:
saya nak pos botol ...0.5kg je kak..brp sy charge kat customer ek??
jawapan2:
terpulang nak ikut rate yg kita byr kat easyparcel/myparcelasia.

klu nak bg rm6 pon xde masalah...tp klu kak aya...harga paling murah kak aya charge rm8 dan ke atas. berbaloi la nak cari kotak, beli salotep, tenaga dan peluh...masa packing brg..itu pon dikira service. just pendapat kak aya jer...boleh guna cara masing2 ye✌️

Bila dah siap packing ...print je consignment note tu..masukkan dlm plastik khas (boleh amik dr courier) dan tampal pd kotak..ptg nti Courier dtg amik..๐Ÿ˜ƒsiap



ini adalah kertas consignment
pos domestik (atas biru), poslaju (bawah oren)
utk penghantaraan ke sabah atau sarawak pulak biasanya kak aya gunakan khidmat poslaju (brg dalam plastik)/ pos domestik (brg dlm kotak). pos domestik tandakan pada pos secara udara...biasanya amik masa 4-14hari. utk penghantaraan domestik laut mgkn mengambil masa 3mggu dan ke atas. harga sgt2 murah

Klu s&s pos guna kotak ...lagi murah yg ni. Customer pon x kan nak byr lebih rm30 utk kos delivery kan..hihi. 

Cth:  ricesmart 4kg๐Ÿ‘‰ pos domestic rm29(lebih kurang). Masih murah berbanding poslaju/Nationwide atau lain2

di atas adalah rate charge utk setiap kiraan berat menggunakan pos domestik (consignment biru) ke semenanjung (kuning).. sabah dan srwk (hijau)

sekian shj utk perkongsian cara untuk menghantar barang tupperware anda kepada customer. semoga ilmu ini dapat beri  manfaat pada semua ahli TEAM ROHAYA TUPPERWARE.

sekiranya anda belum nedaftar sbg ahli dan berminat utk jalan kan bisnes tupperware. JOM pm kak aya yer: www.wasap.my/60165571691/nakjoinahli




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK