please click here

3 October 2022

JUBILEE TUPPERWARE MALAYSIA 57 PADA SEPT 2022

 

ALHAMDULILLAH KENANGAN PALING TERINDAH
2kali naik ke pentas Jubilee 2022 bersama 5 org cahaya mata

Utk ahli baru yang tak penah ke Jubilee. 
Jubilee ni adalah event tahunan dalam tupperware brands.
setahun hanya sekali je. meaning kalau anda tak dapat hadir tahun ni. anda kene tunggu tahun depan. 
dan tahun depan yg belum tentu anda boleh hadir kan..jadi klu betul-betul nak dapat semangat dan ilmu. sila usaha jugak hadir. 2022 ni adalah kali ke5 kak aya hadir jubilee

1st jubilee (2016)- sunway piramid convention center
2nd jubilee (2017) - KLCC convention center (50hari selepas besalin anak ke3)
3rd jubilee (2018)- Setia City Mall Shah alam
4th Jubilee (2019) - setia City Mall shah alam (48 hari selepas bersalin anak ke4)
2020, 2021- tiada Jubilee sebab covid
5th Jubilee (2022) - setia city mall shah alam (69 hari selepas bersalin anak ke5)

kalau nak join jubilee ni kita wajib ada tiket. tiket utk tahun 2022 adalah RM290. 
perghhhh mahal! tapi kak aya biasanya akan start buat kutu utk team kami seawal tahun lagi. klu sebulan rm50, tak la terasa sakit sgt kan. 

tapi 2022 kali ke2 kak aya dapat 2 tiket free utk kak aya dan suami.
total RM580 tu sponsor by tupperware.
 kenapa kenapa byr tiket?? 
meh tgk bawah lagi. nanti korang fikir sendiri berbaloi ke tak?


1st picture amik sebelum start jubilee. 2 hari tau
nampak tak ada telinga rabbit. sponsor oleh leader kami. 
tudung pon ada nama...tu kak aya la sponsor utk team kak aya yg dah byr kutu sejak awal tahun lagi. best kan...



1st day: gambar kak aya dan cikgu raja baru turun pentas sebab rank up sebagai Executive Director 
(cuba korang tgk kasut kak aya tu...nak naik pentas pon ada cabaran tau. terpaksa pinjam sport show leader kak aya gara-gara kasut asal tercabut tapak dipijak orang. bukan senang nak senang kan.hahha)




bahagian dalam dewan, gamat betul lebih 2800 peserta dari serata negeri. yg sabah sarawak pon terbang nak join skali. korang tau tak? rata-rata yang join ni semua bawak balik semangat. semangat nak dpt kereta tupperware, kak aya dulu-dulu pon 1st time join dengar orang hebat tupperware dpt kereta..dari situ bermula kak aya tanam niat nak buat bisnes ni betul-betul sampai dapat sapu semua hadiah free yang HQ bagi.
Trip melacong, hadiah, recognition atas pentas red carpet, percutian bersama keluarga di Bukit merah, kereta semuaaaaaaa percuma!  alang-alang orang nak bagi FRee kan, tak kisah la. kenapa kita nak jual mahal dan malas nak berusaha.


    1st day : breakfast time
kami makan di red carpettttt. ni yg best kalau event tupperware. lepas mkn, sila bwk balik bekas tupperware skali dengan sudu tau. 1 org 1 dapat.. kalau beli tiket sekali dengan suami. suami pon dapat set bekal untuk 4 kali makan selama 2 hari tu. ni kelebihan no1 kalau anda beli tiket yg "konon" mahal tadi

kat tiket dah ada kupon. kupon ni bagi je kat petugas khas, dan kita boleh claim set bekal kita
meh zoom skit kualiti makanan. memang padu. puas hati!

Kelebihan No2 join jubilee ni.
semua org yang beli tiket berpeluang untuk dapat tiket cabutan bertuah. antara hadiahnya:
Bekas beras Tupperware (ricesmart), Nano Nature Filter tupperware,
Handphone, Handbeg, Laptop, Peti Sejuk, barangan TUpperware, dan banyak sangat. setiap slot memang ada selingan cabutan bertuah ni



Join event susah ada anak?
ehhhh jangan tak tau. kak aya ni MEMANG TAK PENAH TINGGAL ANAK.
kalau korang tgk kak aya mengangkut anak sejak ada 2 org sampai skarang 5 org anak tak penah ditinggalkan. kami xde bibik. kami jugak x mampu nak gajikan bibik.
yang paling penting.... bisnes lebih bermakna bila sentiasa bersama anak-anak. 
mereka bukan alasan untuk kak aya berjaya. tapi menguat semangat!

suami kak aya amik gambar dari surau di tingkat 2. kak aya dan anak-anak happy je dok kat situ. 
kami memang standby ada di shah alam 1 hari lebih awal. Jumaat petang check in hotel. so semua akan dok hotel dlu. by time tengahari makanan dapat dari event, suami akan bawak diorg ke convention center kejap. kebetulan kak aya dan cikgu raja naik stage. jadi fahana zai tlg kak aya jaga anak2 di luar dewan, tak susah pon kan?

habis naik pentas, siap 4orang ni makan, sementara baby kak aya menyusukan dulu. sebab semua anak-anak memang breastfeeding sampai 2tahun. kat hotel memang dah ada susu yg dah siap pum pon.
memang bukan senang nak jaga ramai-ramai. kejap nak ke tandas, kejap nak basuh tangan, kejap bergaduh.. tgk la siap hampar carpet lgi kami. hihi. pendek kata siapa yg keluar dewan memang akan nampak la family kecil ni. bagi kak aya, tak perlu nak malu. nak merungut atau rasa lecehh???
lagi la TIDAKKK. 
ni kan anak kita. bisnes pon kerana mereka. rezeki pon Allah bagi melalui kak aya kerana anak-anak. kenapa selalu nak rasa penat, leceh, rimas.
kalau kita dah mind set happy dan suka buat...kita akan rasa enjoy je kan

bukan kak aya sorang je. ayu pon dah ikut jejak kak aya. 
dari selama, perak. datang bawak anak dan suami. memang kuat semanagt beliau 

habis lunch anak-anak balik hotel. petang jap lagi diorg datang balik amik umi dia. hihi
ni hadiah doorgift day 1. amacam? exclusive kan?


nak jadi cerita.. habis day 1 pegi setia city mall nak cari kasut baru untuk esok. 
tiba-tiba ada seorang gadis cantik bawa 2 orang anak tegur kak aya. ni kak aya kan. saya (kak aya tak igt nama). sy selalu baca blog akak. best sgt dan bagi inspirasi pd saya. eh rasa mcm artis lak. kak aya x kenal tapi tanye beliau dari mana.. terkejut bila dia bagi tau dari sabah..seorang suri rumah, baru shj jd director tapi bawak suami dan anak untuk join jubilee. besar pengorbanan tu. sebelum berpisah sempat lagi kak aya bgtau. " usaha je dik. Allah tau. ada anak..klu niat kita nak tlg suami cari duit..insyaAllah Allah dengar dan urusan nak berjaya tu jalan lurus dan mudah je" senyum die.


DAY 2


tahniah AED NORHAFIDZAH DAN SUAMI
1st ahli kak aya yang berjaya naik ke pentas jubilee atas kenaikan pangkat die. sebenarnya kalau kita nak betul-betul berjaya. lahirkan lah ramai orang-orang yang berjaya dgn ilmu yang kita anda. baru lah REAL SUCCESS!
 fidzah ni bukan calang-calang. bekerja sebagai executive. ada 2 orang anak...ada bisnes tupperware
best kan

di wall pon ada gambar fidzah
best dalam tupperware ni, setiap kejayaan kita diraikan oleh semua orang
kalau naik pangkat di jubilee. 
kita akan dapat Trofi. dapat sijil.
kalau jadi top 10 atau top 5 
akan dapat barang emas utk isteri dan jam utk suami
yang best bila tiket jubilee ni di sponsor RM580. siapa yg tak nak kan


utk hari kedua. banyak product yang belum promosi akan lauching di jubilee. jadi anda adalah orang-orang yang awal tau product bakal keluar seterusnya. dan dapat beli dgn harga murah.
khas untuk yang hadir je, sebab bayar tiket akan dapat borang item launching siap harga offer. 

best di bahagian luar dewan anda boleh bergambar / belek/ tanya staff HQ untuk product yang baru ni. contoh macam kak aya. product keluar di katalog nanti senang la nak iklan dan yakinkan customer. sebab kita dah ada gambar ni utk bantuan iklan
muthoharoh amik aura untuk semangat dapat kereta percuma dari tupperware. aminn
semoga menjadi kenyataan

hari ke2 akan ada recognition untuk leader yang dah berjaya dpt kereta tuoperware percuma.
banyak perkongsian ,pengalamanm tips yg mereka share.
ada yg aya dengar sharing diorang sampai mengalir air mata pon.
bukan senang nak dapat sesuatu yang tak semua orang boleh dapat

kali ni aya sorang naik pentas untuk recognition kereta percuma dari tupperware brands.
tanpa kehadiran suami agak sedih. tapi tak pela ...anak-anak dan suami tunggu di luar pintu dewan



ringkasan makanan yg kami dpt 2 hari.
tupperware dan sudu boleh bawa baoik tau. ada geng kami yg jual sebagai prelove.
bgus jugak idea ni
ni doorgift hari kedua. termasuk doorgift utk siapa2 yg hadir dinner.





tgk tu...2 trailer utk doorgift day 2 utk semua peserta.

sementara tunggu ayah check out hotel day 2


- day 2 -
kali ni aya sorang je naik pentas. suami tak sempat naik pentas sama-sama.
tersalah timing nak lari dok belakang stage. nama pulak dah kene panggil. tak pe la. tahun depan kita fight naik pentas sama-sama lagi ye cik suami ku~


                                                                   
                                               











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK