please click here

3 May 2015

Labour Day: Shopping at Mr DIY

Come on everybody..co..co..come on everybody..
Lalala~
Ececeh Gembiranya bila Mr Hubby balik. Bukan senang nak jumpa our Mr Hubby lagi-lagi sejak dia dah start kelas master ni. tak macam dulu dah. Kalau dulu tiap-tiap minggu Mr hubby balik jumpa kiteorang.
Sekarang ni alhamdulillah masih boleh maintain 2 minggu sekali. Lepas ni tak tahu la sebulan berapa kali leh jumpa Mr Hubby.
Bila Hubby dah praktik balik setiap 2 minggu ni, Sumaiyah dah pandai dah cari ayah dia. Kesian lak aku dengar bila dia kata "Umi, mana ayah ni. Lamanya ayah pegi sekolah. Kenapa tak balik lagi?"
Huhu..
Kalau sebelum ni anak aku tak pernah tanya kot soklan tu. Melainkan kalau aku yang start dulu tanya ayah pegi mana. But lately, sumaiyah dah pandai tanya. Instinct kot kan? Budak-budak yang hampir 3 tahun pon dah boleh rasa kalau ayah dia tinggal lama. Tu baru ayah. Kalau aku pergi?
 Ya Allah, engkau panjangkanlah umur ku agar aku boleh berbakti pada keluarga dan anak-anak ku. Beri lah kesihatan yang baik kepada aku dan seluruh keluargaku supaya kami dapat menyumbangkan ilmu dan tenaga kami kepada agamamu.. Aminnn

WOkey! nak cerita apa kiteorang buat  sepanjang cuti hari pekerja ni.
Mr Hubby sampai kat kampung pagi hari jumaat. Ingatkan nak bagi la dia rehat-rehat bercengkarama di bawah bulan purnama dulu. Yelah, sebelum ni Mr Hubby asyik complain je aku selalu tak bagi dia rehat. ehem..ehem.. kali ni aku nak try jadi isteri yang baik. BUtttt... Mr Hubby lak kata "takpe la. bila lagi nak main dengan anak-anak."
Wahh.. Ni satu improvement ni. Tapi tak de la aku cakap depan hubby kan. Nanti kan dia kata aku perli dia lak. Aku kan tengah motivate nak jadi isteri yang baik dan solehah gitu. InsyaAllah...

Then..aku and Mr Hubby rancang nak pergi shopping kat Mr DIY petang ni after zohor. Tujuan nya 1 je, nak cari kuali untuk rumah baru. Mana kuali lama? Dah kena curi. Jeng..jeng..jeng.
Curi sebab Hubby letak kat luar rumah baru kiteorang dalam plastik hitam. Komfem-komfem la kena curi kan... Free-free je kenapa bebel sebakul dengan aku..ahakss..sian hubby.  tapi dia diam je sebab memang salah dia. 



Sebelum pergi tu, Mr Hubby ajak pergi cuci kereta kat car wash yang sangat dekat dengan rumah mak mertuaku. car wash ni baru je buka, kebetulan ada promosi  RM3.00 je per entry.
Yang bestnya, Mr hubby siap puji lagi. (susah tu Mr Hubby nak puji kedai-kedai nih) sebelum masuk kat tempat automatik ni, ada manual washing from staf-staf kat tempat car wash tu. Ni 1st time kot aku basuh kat car wash auto ni. sebelum ni basuh kat rumah je. Jimat! Jimat! hehe =]
Ni pon saje je nak try sebab ada promo. kalau saje-saje nak pergi memang tak la kot. Lagi pon kereta kiteorang memang dah tahap kotor giler gaban. So pergi la salon kereta MYVI ni kejap.
yang TAK BESH ni kat sini semua mat-mat bangla dok buat kejra. tak tau la bangla ke nepal ke turkey ke.. yang pasti orang asing la. erm, kat kampung pon dah ada orang asing? ish..ish..ish tak patut, tak patut.


Lepas dah manual wash tu, secara automatik kereta MYVI aku ni kena sembur dengan rempah ratus, snowing..mowing kat situ..hubby just free gear je. Memang staf kat situ ajar la apa yang perlu buat. Mujur la Hubby dah biasa. Aku je yang terloncat-loncat dalam kereta dengan sumaiyah sebab jakun lagi kan.
Sofiyah memang peluk rapat gila sebab kereta dah jadi macam motorboat kejap. Dah la kena sembur-sembur. seb bek tak tertidur my 2nd little princess ni.


Tu dia...  ada rainbow la kat depan cermin. Syok Sumaiyah dok dalam kereta. Macam tengah tengok cerita ultraman dok tergelak-gelak. Dari entrance sampai siap tak sampai 15 minit kot. Quality pon not bad la. But we have to pay RM5 more if u want to vacum carpet. Takperlu kot. sebab yang ni memang My Hubby akan buat setiap kali balik. So rate yang aku boleh bagi untuk car wash ni, 4/5 stars. Kenapa tak 5stars? sebab ada mat bangla. hehe =]

Sampai kat DIY dah asar. So solat-solat asar dulu baru rilek sikit nak shopping. Baru la setan-setan tu takut sikit nak goda kiteorang dari beli benda merapu kat Mr DIY tu nanti. 
lupa nak bagitau, Mr DIY ni dekat area Kota Bharu. tak berapa jauh dengan pasaraya Billion dan Klinik TMC yang selalu aku pergi untuk buat 3D scan masa pregnant dulu.

So bila sampai, kiteorang naik tingkat atas sekali. Sebenarnya aku tak puas hati lagi  beli alat-alat untuk homeschooling Sumaiyah seminggu lepas. Kebetulan Hubby pon tak pernah pegi Mr DIY Kota Bharu ni. 
Macam orang mengantuk disorongkan bantal. Orang dah bagi green light kita tekan minyak je la. hehe.
Saje nak bawak dia explore sikit. kali ni Mr Hubby banyak dok usha barang-barang stationery. aku macam biasa akan bawa 1st and 2nd princess pergi kat tempat mainan dan homeschoolingtots. Memang besh giler.. Sofiyah siap jalan tak hingat dunia lagi ke sana sini. amik mana barang yang agak-agak dia sampai buh dalam raga Mr DIY tu. Bak kata ayah dia, adik ni memang suka shopping macam umi lah. SUmaiyah dok belek apa-apa je yang ada kaitan dengan ultraman. Suka hati la kakak, asal uollss enjoy hari ni. Tapi umi akan filter balik barang dalam bakul ni kat kaunter macam sokmo-sokmo.


Lepas sejam dok area stationary baru la kiteorang sampai kat tempat motif sebenar Mr DIY ni. hoho..
tu la nama nya window shopping. Yeke? bukan window shopping tu tengok je ke? hantam ja la labuuu..
At least aku rilek dan boleh lepaskan tension 2 minggu bekerja and jaga anak-anak sorang diri kat sini. 
Part ni memang anak-anak aku dah nampak keboringan diorang dah. 
Tengok sofiyah tu! memang tak der der dia nak heran aku kat mana. bahaya anak aku sorang ni. Mana yang boleh capai semua dia nak amik.
Tu dalam bakul tu kerja dia la tu. haha..Sian kat abang Mr DIY nak kena susun plak pasni.


Haha..dah jadi hantu jepun dah ni. Sikit lagi dik ayah nak belek kuali tu. Mana satu nak beli pon tak tau. Hubby dok hitung-hitung tahap kecepatan kekaratan dengan saiz kuali tu. Aku memang tak reti kot bab ni. 
Yang aku leh komen murah ke mahal je. Hubby memang dia boleh je nak spend 1jam dok sini kalau aku duduk bersahaja. Masalahnya dua beradik ni akan tunjuk belang diorang tak lama lagi.hoho..cepat-cepat. ni ok..murah..yang tu besar sangat abang. yang ni cepat karat kot.. tu je la yang aku leh berleter kat laki aku. tapi dia rilek je..

At last, ni barang-barang yang kami beli


tu tak muat nak masuk dengan 2 bijik kuali. So terpaksa pegang. So far tak mahal sangat barang-barang kat Mr DIY ni. kiteorang beli 32 items semuanya dengan harga RM178.++ 
Penat giler kot jalan dari 5pm smp 7.10pm.
Yang penting berbaloi, puas hati dan boleh enjoy with our family.
tak guna kerja struggle giler biawak, sampai tak boleh nak enjoy.
Sendiri beringat la. jangan sampai duit menguasai kita tapi kita kuasai duit dengan niat dan akal.
tata~






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK