please click here

26 May 2015

Colour Sorting: Hairband dan bekas cupcake

"kalau kakak nak main mainan lain, kena kemas dulu. baru ummi ajar mainan baru"
ni arahan yang biasa sumaiyah dengar kalau nak buat sesuatu yang baru.

yang bestnya sumaiyah dan sofiyah akan cepat-cepat kemas. dengan kaki yang belum begitu tasa lagi ngokngek ngokngek sofiyah jalan capai satu-satu main untuk simpan.

bukan nak dera anak-anak,apatah lagi menunjukkan kemalasan aku.tapi selalu aku praktik supaya anak-anak aku disiplin dan buat ikut arahan.setakat ni Alhamdulillah sangat.tak de la dua beradik ni buat perangai kalau suruh menyimpan.
lagi-lagi kalau dengar nak pergi tesco.lagi cepat diorang simpan mainan.siap tanye.. mane lagi nak simpan ummi?sume kakak simpan dah ha...
bagus-bagus! you are good girl darling!



mula-mula aku ajak diorang main woodern block. buat tangga..susun buat bangunan.tapi.mungkin sebab warna dia tak.menarik langsung dan hambar..siap baring lagi sambil baling-baling kayu tu.
then aku pon try cari game lain yang lebih seronok.
kali ni kita main sorting warna pulak k..

1st step aku akan masukkan 1hairband mewakili warna bekas cup cake tu. then sumaiyah akan follow hairband seterusnya ikut warna sedia ada dalam bekas tu.
sebenarnya mangkuk tu agak kecik kalau nak dibandingkan jumlah hairband yang ada. xpe la kak..kita jangan.membazir.
guna je apa yang ada..hehe



separuh hairband aku bagi kat sofiyah dengan sebekas cup cake.adik amik satu je tau sebab adik kecik lagi. tak beh banyak-banyak.nanti hilang bekas ummi.kedekut  betul ummi.
aku pulak perhati ke dari jauh.takut silap hari bulan sofiyah buh dalam mulut pulak kang..jangan ingat gulaa-gula pulak dik..disebabkan hairband ni kecil saiznya dari yang biasa..bagus untuk grasp skill dan focus mata anak-anak

kalau korang nam tau hairband ni murah je.aku beli 1plastik ada lebih 50jibik hairband.harga tak sampai rm3kalau tak silap aku lah.hehe =¶


mula-mula slow je sumaiyah buat. bila lama tu laju je.siap sbelah tangan lagi. makin lama..jadi makin laju..sebab takut sofiyah ambik die punya hairband banyak-banyak. bagus gak tu. as your exercise.kalau tak de pressure selalunya.manusia akan leka and buat kije slow2 kan



so ini lah hasilnya.orange and blue ada banyak sampai terpaksa buat 2bekas tambahan untuk 2warna ni..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK