please click here

10 May 2015

Perangai Isteri Yang Suami Perlu Tahu

Korang tau dak kenapa isteri selalu nampak lebih tua dari suami walaupun umur isteri selalunya lebih muda dari suami?

Ramai yang kata, terutama wanita yang full housewife ni kena jaga kecantikan di rumah.
sebab?
1. takut suami cari lain.
2. isteri perlu bergantung duit dekat suami
3. Kena bersaing dengan perempuan yang bekerjaya.

Aku penah bace sebuah buku tulisan dari seorang prof terkemuka di Malaysia, kebanyakan penceraian berlaku dikalangan wanita yang bekerjaya berbanding suri rumah.
So???
Bukan salahkan isteri yang mengandung dan full housewife kalau suami kita sendiri tak pandai nak jaga hati isteri. dah la isteri penat melayan anak, jaga makan dan pakai suami. Suami pula kena la ada sikap timbang rasa. Tapi apa yang aku nak bagitahu kat sini sebenarnya, semua suami kena kenali hati dan perangai isteri supaya suami bijak mainkan peranan dalam keluarga.

Dan kebanyakan respon yang aku terima, banyak perangai BAIK isteri yang suami masih tak tahu dan tak boleh ikut.
Baik sangat ke? MESTI LAH BAIK!  kalau tak macam mana boleh bersabar menjaga anak di rumah kan?
ok ni aku list kan perangai isteri yang perlu suami tahu

1. Singki mesti sentiasa clear
Biasanya perempuan yang berdisiplin akan sentiasa clear kan singki di dapur. Pantang je nampak sekeping pinggan dalam singki confirm basuh. Padahal boleh je tunggu penuh singki tu baru basuh kot?
Sebab.. perempuan akan rasa lebih bahagia nak memasak bila tengok segala peralatan dapur dalam keadaan kemas dan bersih. Baru ada semangat kan? nak basuh ayam, sayur, ikan..tak perlu nak berlemas perut dengan pinggan kotor. Waktu memasak pon boleh minimize kan dari 2jam kepada 1jam lebih.
Kalau aku, biasanya perkakas dapur yang guna untuk masak aku akan basuh before makan. Sambil-sambil tunggu lauk masak, tunggu air menggelegak tu..time tu aku guna untuk basuh segala benda yang ada dalam singki. So senang kan? lepas makan just perlu basuh pinggan yang kita makan je. Tapi kaum adam ni pula,
minum air kopi secawan pon main letak je dalam singki. dah la isteri yang buatkan air. apa salahnya kalau suami tolong basuh. Betul tak?

2. Elak baju kotor campak merata
Yang ni biasa aku tengok. Uollss tau dak. aku penah pergi 2 buah banglo. Which is 1 banglo ni aku pergi time hari raya ke-3. Hari raya kot, tapi bila masuk rumah, nak pijak lantai pon tak sampai hati. Biasa nya orang ada rumah banglo di kaya kan? mesti la ada rasa sifat sayang nak jaga harta bendakan. Ni penuh dengan kuih raya bertabur atas lantai. But situation no.2 rumah banglo mewah, tapi bila masuk, siap ada boxer atas meja makan. Tu belum lagi ke ruang tamu, penuh dengan baju bertabur-tabur. aku pon tak tau mana satu bersih, mana yang kotor. Padahal yang dok rumah banglo tu siap ada Phd and master kot. So suami kena take your responsibility la bab baju ni ye. At least tolong manage baju kotor sendiri masukkan dalam bakul pon isteri rasa lega dah. Betul dak? 

3. Simpan balik barang ditempat asal dan sepatutnya.
Haha.. sebelum tulis ni nak ketawa dulu boleh dak? ni memang biasa jadi kat Mr Hubby. and aku pon sampai ke saat ni setelah 4tahun kawin pun tak tau macam mana nak create 1 rule untuk My hubby ni. 
Biasanya yang dia akan tanya "b, nampak tak kunci abg", "b, jam abg kat mana ek, ada simpan ke?" and so on. So sekarang bila dah ada rumah baru ni, aku dah tagging semua drawer yang ada. So mudah. Semudah ABC. so lepas ni bila Mr Hubby tanya kat mana name tag abg? senang je aku nak jawab, " cari kat dalam drawer tagging personal item", SO kalau tak de tu memang aku tak tau la kat mana sebenarnya hilang name tag dia. Bukan apa banyak kebaikan bila kita dah disiplin kat diri kita. Bila ambilm simpan barang tu balik di tempat yang biasa kita letak. Reason nye?
a. jimat masa dari cari barang yang hilang
b. Jimat duit: selalu kalau tak jumpa kita akan beli yang baru kan?
c. tak memeningkan kepala nak cari barang yang hilang

4. Selalu puji dan tolong isteri
Yang ni aku rasa jarang yang praktik kan. tapi thumbs up for Mr Hubby. kalau dia balik kerja dan puji aku tu.. memang aku akan terkesan la. Terkesan macam mana? emosi akan jadi stabil, penat akan jadi tak penah =]
Bukannya susah pon nak puji isteri kan? sehari buat benda yang sama
Masak- kemas-basuh baju-sidai baju-jaga anak- iron baju- sapu sampah- layan anak - basuh pinggan
semuaaaa tu memerlukan tenaga isteri. apala salahnya bagi kata-kata pujian. takperlu pon kena keluarkan peluh berkilo-kilo. lagi satu, bila free tu tolooong la isteri, isteri ni kan di cipta dari tulang rusuk suami. So suami lagi kuat. Jangan bagi alasan letih, tak de masa, penat. Isteri pon rasa benda yang sama, tapi kalau kita fikir semua yang kita buat ni untuk kepentingan bersama, kita akan buat dengan ikhlas.

So ni je la motivasi yang aku sempat nak kongsi kan hari ni. Moga hari ni lebih baik dari semalam. Ada pepatah mengatakan " kalau kamu ingin bahagia dalam hidup, bahagia kan lah hati perempuan-perempuan yang banyak berjasa padamu seperti isteri dan ibu mu, kamu akan bahagia"
sebab nya jatuh bangunnya seorang suami bergantung kepada isteri.
Jadi mari kita contohi sifat nabi muhammad dalam membantu kerja rumah isteri
Wassalam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK