please click here

12 May 2015

Arkitek Junior


Morning Glory guysss!

Yeah! Aku berjaya jana developement skill anak aku supaya berfikiran seperti seorang arkitek a.k.a 
Ar Raja Nur Sumaiyah Binti Raja Mohd Salahuddin.

tengok tu, supaya tengah menunjukkan skill macam mana nak bubuh bumbung dan decide kat mana sepatutnya letak pagar.



Sebagai ibubapa kita boleh aplikasikan apa juga permainan yang boleh jana pemikiran dan perkembangan anak-anak kita. Mungkin kita nampak mudah asalkan ada benda anak-anak boleh bermain, mungkin juga ibu bapa rasa semua tu boleh develope at school. tapi apa peranan kita sebagai ibubapa di rumah? So aku just nak share apa aktiviti yang boleh meransang perkembangan minda anak aku sorang ni. tak salah kita nak beli barang mainan untuk anak-anak, tapi kalau boleh biar mainan tu boleh membawa manfaat dan mendatangkan hasil yang baik untuk IQ dan EQ anak-anak.

mainan ni saja aku beli supaya dia tau macam mana susahnya tokku dia buat rumah, berpeluh-peluh dan kena gunakan idea yang terbaik supaya rumah tu tak runtuh? yeke? hehehe..
tak de la sampai tahap tu kan. ..baru umur genap 3tahun kot bulan ni...haishhhh

House building ni aku beli kat Mr Diy dengan harga RM11.90. murah kan? kalau nak banding dengan barbie, frozen, mainan tembak-tembak..rasanya jauh lebih murah kot. So berbaloi-baloi lah. 
untuk jadikan bangunan yang comel berwarna-warni ni, Sumaiyah perlu fikir macam mana nak buat lantai, dinding rumah, bumbung, pokok hingga ke pagar taman permainan. Huhu..susah tu. 
At first memang agak kekok, sebab dia tak pandai nak grasp and push the block to the right hold.
Ni boleh melatih grasp skilsl anak-anak selain motor skills. Tapi bila dah banyak kali buat, sambil jeling tempat lain pon sumaiyah boleh masukkan dengan jayanya



Kedua, combination colours. Ada jugak rumah yang kena ada banyak warna, ada rumah yang kena ada 1 warna je bak kata sumaiyah. Rumah banyak warna tu tadika kakak, biru ni rumah kita. pandai la kau ni sumaiyah! pokok pulak tak boleh letak jauh-jauh sumaiyah kata. Alasan nya sebab bila pokok banyak, rumah jadi teduh. Ermm..BIJAK! aku pon tak terfikir. mula-mula aku suruh dia letak jauh sebab baru nampak rumah tu jadi macam taman kan? macam yang biasa kite tengok taman-taman zaman sekarang la..

Pagar tu of course la memang kena ada. Protection from mosquito musim-musim hujan panas ni. sebab kan dia ada jaring. Haiii... lain yang aku fikir, lain yang sumaiyah fikir. apa-apa je la kak...

Selain dari pelan lain berbentuk petak tu, boleh juga diubah kepada bentuk memanjang atau bersegi-segi mengikut kehendak korang la.

Aku tak sempat nak amik gambar sumaiyah buat rumah panjang sebab telah dimusnahkan dengan secepat oleh YBHG Raja Nur Sofiyah. =P

Next time kalau diorang main lagi permainan ni, aku update gambar-gambar rumah yang sumaiyah bikin ok!
Tata..nak pergi sapedekk jap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK