SELAMAT HARI IBU..
SELAMAT HARI IBU..
SELAMAT HARI IBU KEPADA PN NAIMAH..
SELAMAT HARI IBU..
10 MEI 2015, aku tau hari ibu ni pon daripada whatsapp kakak aku pagi tadi. dok dengan tunggu lampu hijau nyala, sempat lagi aku bukak data internet dalam kereta. toing..toing..
sapa pulak dah hantar whatsapp kat aku pagi-pagi ni.. whatsapp personal pulak tu.
"hepi mother's day..." kakak aku tulis
aku tanya " hari ni ke hari ibu?"
"ya" dengan skemanya kakak aku balas.
Baru tahu hari ni hari ibu. sejak aku dok PJJ ni memang jarang la kot aku tengok tv. kalau tengok pon sambil dok suap anak. Tu memang tak terfokus kot. Just bukak tv nak bising-bising layan anak-anak makan nasik.
SELAMAT HARI JADI..
SELAMAT HARI JADI..
SELAMAT HARI JADI SUMAIYAH..
SELAMAT HARI JADI..
Sumaiyah dah jadi ibu ke?
Baru perasan rupanya 10 Mei tu hari ibu dan birthday sumaiyah jugak.
Tahun lepas?tahun tahun lepas? tahun tahun tahun lepas?
Memang aku tak perasan pon hari ibu tu sama dengan birthday sumaiyah. ataupun aku yang terlupa and dah perasan. Maklumla, aku kan ada penyakit short term memory sikit =]
Sebelum ni aku tak pernah tunjuk macam mana canteekk nye mama aku turun temurun kat kiteorang adik bradik kan.. meh teka mana satu mama aku? huhu
dari kanan: afiqah, mama, syakirah, maziah
ni ha 4orang dara pingitan. silap-silap orang kata 4 beradik kembar. Setakat ni kalau aku berjalan dengan mama and kakak aku, semua orang kata kami adik-beradik. Alhamdulillah, Allah bagi mama aku rezeki awet muda. sama la macam aku jugak. sempena hari ibu ni aku nak ucap "happy mother's day for my beloved mom". bila aku dah jadi umi baru aku tahu bertapa susahnya nak besarkan anak-anak. Doa aku kat mak aku, semoga diberi kesihatan yang baik, sihat dan gembira selalu supaya diberi masa dan kesempatan untuk beribadah di bumi Allah"
ni ha.. mak aku lak whatsapp personal kat aku..terharu lak..
nak bace?
"selamat hari jadi sumaiyah semoga panjang umur diberkati Allah mirah reseki dan sihat selalu.
Begitu juga umi dia selamat hari ibu hari ni"
(aku dah nangis dah ni..sob..sob..sob)
jom korang.. sama-sama kita wish kat mak, mommy, ibu, mama, umi kita
dengan ucapan
1 comment:
Selamat hari ibu ROhaya!
Post a Comment