please click here

10 May 2015

Letak Jawatan Kerajaan

Alhamdulillah,
Selepas genap 2 tahun 5 bulan akhirnya aku bulatkan nekad aku untuk hantar notis perletakkan jawatan kerajaan. Sayang? Rugi? menyesal? soalan ni dah berpuluh-puluh kali aku terima sejak 2-3 hari selepas aku hantaran notis perletakkan jawatan sebagai Jurutera Mekanikal (J41)  yang bermula 7 Mei 2015 hingga 6 Jun 2015. bye..bye pejabat infra


Sebenarnya ni bukan keputusan yang tiba-tiba aku buat. tapi aku ambil masa 1 tahun lebih untuk buat keputusan ni. Kenapa? sebab ni semua masa depan dan penentu hidup aku. Sambil-sambil buat keputusan, aku tulis buruk baik aku berhenti kerja kerajaan dalam keadaan hidup PJJ.
Solat istikharah, ni yang paling penting kot. Aku minta Allah tunjukkan jalan yang terbaik melalui gerak hati dan apa-apa juga petunjuk yang boleh Dia tunjukkan pada aku.
(mode sedih selalu kalau nak tulis pasal ni)

Even hari ni pon aku masih dok tanya-tanya member,  tanya pendapat diorang seolah-olah macam tak confident pulak kan. Orang tua kata selalunya keputusan/rezeki/pilihan jawapan yang pertama tu lagi baik dari selepas tu...hehe..tu kata orang tua-tua la. tak tau la pulak kesahihan dia.

Kenapa aku berhenti kerja kerajaan.
Saja aku listkan kenapa aku perlu berhenti kerja kerajaan sekarang. Supaya aku tak lupa matlamat aku after be a housewife kat rumah. Selalunya manusia akan lupa matlamat diorang dalam buat keputusan. Masa tu mula la nak salahkan dan cari salah orang lain. So aku list lah satu-satu. Esok kalau gaduh dengan Mr Hubby, nak complain letih ke penat ke (selalu aku la yang buat hal dulu). bila baca semua ni. boleh neutralkan balik perasaan dan emosi aku.

1. TAK NAK PJJ LAGI
ni  matlamat utama. Syurga isteri di bawah kaki suami. sekarang ni aku rasa aku hanya kejar duit je. Tapi tanggungjawab aku sebagai isteri tu mungkin  dah banyak aku abaikan. Kalau tanggungjawab sebagai umi tu of course lah aku dah buat 100% (yakin je ek..). Banyak sebenarnya masalah and dugaan bila dok jauh ni. Perasaan kita sebagai isteri jadi celaru, nak buat keputusan susah. Family management of course totally out. Itu pendapat aku lah. Maybe wife bekerja yang lain tak fikir macam mana aku fikir and can manage it very well. TAPI BUKAN AKU. 

2. Jaga hubungan suami isteri
ehem..ehem.. korang paham je la. Kalau suami isteri dah jauh memang banyak la nak bergaduh. tu memang aku tak nafikan. Sebab apa? kite susah nak communicate dengan baik menggunakan alat komukasi canggih sekarang ni. Bagus macam mana pun teknologi, kalau bab hubungan suami isteri. memang perlukan belaian, sentuhan, kata-kata semangat supaya dapat bina happiness family. Bagi aku yang dok PJJ ni, memang a big trouble. Mana tak nya, time Mr Hubby balik je kiteorang tak de privacy nak sembang-sembang melainkan kalau keluar dari rumah. Sebab aku kan dok rumah mertua. For sure la kalau tak de mertua pon, adik-adik ipar aku akan ada. Tapi kalau ikut islam pon tak menggalakkan kita sebagai suami isteri duduk sekali dengan mertua. 

3. Anak-anak
Ni faktor terbesar. aku nak jaga anak aku sendiri. bukan tak nak bagi mertua atau siapa-siapa jaga. tapi aku lebih puas hati kalau aku yang jaga sendiri. kan aku ni mr perfect 10. hehe =]
Sebenarnya sejak sumaiyah pernah admit ward dulu aku dah nak berhenti. tapi hold dulu atas banyak sebab. Orang kata hantar anak ke taska lagi cerdik. yeke? takpe la. tu diorang yang kata. tapi naluri aku sebagai ibu, aku adalah orang yang terbaik untuk jaga anak aku.  apapun aku tak nafikan pendapat orang lain sebab korang tak usik duit aku pon nak hantar anak korang kat taska kan?hehe
Apa yang penting, aku tak rela nak swasta kan anak aku. Kebersihan makanan? kebersihan tempat tinggal? belajar? kesihatan? kasih sayang? masa dengan anak? ni semua yang aku perlu fikirkan kalau aku betul-betul nak hantar anak aku kat tempat berbayar. kecuali lah sekarang ni. Mak mertua aku yang jaga. sebab tu aku tak gelabah sangat nak buat keputusan untuk berhenti kerja dalam keadaan rushing. TQ Mak!

4. Silaturrahim dengan mertua.
Kalau dok ramai-ramai ni for sure la ada yang terkecil hati kan? buat tu tak kena.. buat ni tak kena. aku pon tak nafikan aku pon macam tu. bukannya baik sangat. Takpe la korang, aku rela mengalah asalkan silaturrahim aku dengan family aku adalah macam sebelum aku dok di Kelantan ni. aku kawin dengan Mr Hubby pun bukan untuk dapatkan Mr Hubby je, tapi kena kawin dengan seluruh family dia. Kalau aku masih di sini, sampai bila-bila pun aku akan susahkan mertua aku untuk jaga anak aku. Padahal aku faham je diorang ada masa nak pergi jalan-jalan, pergi masjid, pergi ziarah adik beradik. nak buat macam mana, aku yang tersepit sebab aku tak mampu nak jaga anak aku time aku pergi kerja. Bila balik kerja, letih pula nak masak. bukan tak nak..tapi penat nak layan kerenah anak-anak lagi. So benda ni akan jadi 'budamseropda' bak kata orang korea, bahasa melayu=serba salah. Lepas tu mula la aku akan berfikiran negative dan entah apa-apa.

5. Suami nak belajar.
Asal weekend je nak kena ulang alik Nilai-Kota Bharu-Nilai, macam mana la suami aku nak fokus kat master dia. Padahal dulu aku yang beriye nak buat master. Takpe la Mr Hubby, walaupon isterimu tak boleh buat master, jadi tulang belakang paling kuat untuk Mr Hubby buat master pon takpe. At least rasa juga nikmat buat master tu. Mudah-mudah Mr Hubby boleh belajar sampai PHD and boleh jadi Prof Dr Raja Mohd Salahuddin Bin Raja Mamat. tu pon dah cukup membanggakan aku dah. leh jadi isteri Prof. huhu..berangan la ko ni Rohaya! Tapi ikhlas la, kali ni aku nak bagi peluang kat suami betul-betul fokus kat master dia. banyak dah dia korban kan untuk aku sekeluarga cuma aku je tak tahu. Ni mungkin pengorbanan paling besar dan terakhir aku boleh bagi kat Mr Hubby supaya dia berjaya.

6. keselamatan 
Kalau ingat ni, memang aku rasa nak berhenti 24jam je. mana taknya, tiap ahad malam isnin Mr Hubby naik bas. Siap pakai baju kemeja sekolah lagi tue.. Sampai pagi isnin je terus gosok gigi kat terminat TBS and ke sekolah. Alhamdullilah sangat-sangat setakat ni Allah masih melindungi Mr Hubby. bas rosak tepi jalan tengah-tengah malam tu dah biasa dah bagi Mr Hubby. Keselamatan anak pula, bila dok PJJ ni aku terpaksa redha dan tawakal bulat-bulat pada Allah. nasib baik la mertua aku yang jaga anak-anak. walaupun masa kat office macam-macam je aku fikir pasal anak aku kat rumah. kan dah kata tadi, aku ni memang tak boleh tak nak anak depan mata. sapa tak sayang anak oiii..

7. Boleh dekat dengan family di Johor
Yang ni memang tak de langsung dalam list matlamat aku berhenti kerja. Cuma rezeki  aku dan boleh jadi faktor sampingan. hehe..nak juga tersenarai dalam list ekk.. =]
Kalau dok nilai maknanya dah dekat dengan family aku di Johor. Sebelum ni memang selalu je masam muka dengan Mr Hubby nak balik jumpa family kat johor. Lagi-lagi time cuti sekolah dan raya.
Susah oiii... Kena tunggu suami balik ke Kelantan dari Nilai. Pastu turun ke Jb lak. Nak tunggu sampai Jb lak berhari-hari. Faham-faham je la. tak kan Mr Hubby baru balik Kelantan terus nak suruh di drive ke JB pulak kan? Kurang-kurang nak juga bagi dia rehat 1 malam.

Walau apapun orang kata, they can say anything. Tapi aku lebih tahu apa yang terbaik untuk family aku.
Kalau niat kita betul-betul kerana Allah, insyaAllah ada rezeki lain untuk aku dan anak-anak. 
Aku buat semua ni sebab aku nak jaga anak aku dan suami aku. This is the most important!
Keputusan ni aku dah fikir dalam pelbagai aspek, bukan berhenti sebab suka-suka. Walaupun aku belajar tinggi tak bermakna kalau aku gagal menjaga dan mendidik anak-anak.

"YaAllah berilah nikmat rezeki mu yang melimpah ruah. Berilah kesihatan yang baik buat kami semua. Kurniakan lah kami anak-anak yang sihat dan cerdik supaya dapat berbakti kepada agama Islam."
Amin...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK