please click here

17 May 2015

Upih Pinang Dari Atok

Tokku!!! nak main upih pinang


Jeng..jeng...jeng
Jangan terkezut, bapak mertua aku pun join budak-budak  main petang-petang.
Ni la gelagak anak-anak aku tiap petang. Memang tak der nye nak duk diam-diam dalam rumah. Of course tiap kali aku balik diorang akan pastikan umi diorang ni akan letih tengok anak main daripada dalam kereta.
And for sure juga, aku letih nak basuh tangan dan kaki 2 orang puteri kesayangan ni dengan berus. Habis celah-celah kuku kena sumbat dengan pasir dan tanah.
Takpe-takpe, selagi korang boleh main, main la puas-puas.
Esok  dah besar korang tak kan merasa dah benda macam gini.

Bagi korang yang tak pernah tengok dan tak pernah tahu permainan tradisional ni, ni lah permainan upih pinang. Dulu masa aku kecil pun aku sempat jugak la main kat kampung aku di kedah. kalau nak suruh aku main sekarang ni memang tak lah kan! =]

Tengok sumaiyah bukan main suka lagi, siap ber'peace' lagi naik upih pinang  ni. Mula-mula bapak mertua ku a.k.a tokku yang jumpa upih pinang ni. Katanya sekarang ni susah dah nak jumpa, sebab tak ramai yang nak tanam pinang, ramai yang nak tanam kereta sambil ketawa. Memang pun, dalam tv pon jarang kot nak tunjuk mainan cam gini dah. tapi Alhamdulillah masih ada kesempatan untuk anak aku main walaupun dah ditenggelam zaman.

Sampai lenguh bapak mertuaku dok tarik upih +berat sumaiyah+berat khalid (sepupu). 


Setakat ni Sofiyah je lah yang tak berkesempatan nak naik upih pinang ni. Bukan tak sempat tapi takut. 
Bukan setakat takut je, tapi aku tak de rasa confident nak bagi Sofiyah naik. Jalan pun ngokngekngokngek lagi. ada hati nak naik upih ye dik. Tak yah la kite naik kereta JMR je. 

Sebenarnya upih ni sangat kukuh. Sebab tu tak koyak bila ditarik-tarik. orang yang berat 50kg pun boleh duduk. Teringin la kau tu Rohaya kan? =P
Antara yang boleh digunakan daripada upih pinang ni, kita boleh juga buat gayung. I like!
Sebab die sangat cantik dan nampak klasik. Aku dah minta dah kat Mr Hubby buatkan last weekend. Dia kata I'll do anything for U. Cewwaaahhh.. aku plak balas " i'll waiting for U' 
Tapi dari segi pengamatan aku dan belas ikhsan aku kat Mr Hubby. 2020 pon belum tentu aku dapat.Kahkahkah. and my hubby always smile je bila aku cakap macam tu. Buekkkkk..saje je nak bagi isterimu ini tertunggu-tunggu.

Taraaaaaa.. 
.
.
.
.
.


Mr Hubby kena buli dengan anak-anak
Walaupun baru sampai ke kampung, yang penat pun jadi gembira
=)


Kepada korang yang tengah cari acarasukan untuk  sukaneka sekolah dan sukan hari keluarga, mari lah kita sama-sama memartabakan permainan upin pinang nih.
Go permainan tradisional!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK