Alhamdulillah..
Syukur yang tidak terhingga pada rabbul izzati. Rahmat dan nikmat yang terbesar dari Allah dapat jejakkan kaki di bumi winter sonata. Bukan niat berjalan-jalan, tapi belajar di negara orang. Siap dapat schoolarship pulak tu. Sampai sekarang pon aku rasa tak percaya. Nak kata pandai, ramai lagi kot orang lain yang lagi pandai dari aku. Tapi ni semua rezeki Allah yang datang pada aku. Hanya 7A dan 2B spm, aku terus terbang ke korea pada tahun 2004 and graduate February 2010. Aku syukur bangat dong!
Life of Study
Aku memang dari sek. menengah lagi nak belajar dalam engineering. Dah la memang sangat cintakan subject math and add math. So pulun la konon-konon boleh pergi belajar kat jepun. Dulu kalau bukak newspaper bulan puasa, selalu dok usha salam perantauan budak-budak dari jepun, pastu mula la nak berangan sorang-sorang.
So Alhamdulillah lepas je SPM tahun 2003, dapat result SPM Mac 2014. Aku dapat tawaran untuk language preparation for 3month kat INTEC, Shah Alam. 3bulan je mak kau! dengan ilmu 3 bulan tu, boleh baca, mengeja and speaking basic korea sikit-sikit tu aku jejak kan kaki ku kat korea on July 2014.
Sampai kat korea kiteorang bukan terus belajar engineering. Tapi kena pergi buat language study kat Seoul Universiti for another 1year and half. Huh.. memang bapak bosan. Belajar bahasa korea and chinese character. tu je dok belek selama setahun lebih tu. dah la perjalanan dari rumah ke universiti lebih dari 1 jam. siap leh tido dalam bas.
Then, 2006 baru la aku belajar engineering. My focus is Mechanical. Konon suka la nak baiki aircond la kereta la.. Kononnye lah masa tu! But now..hampeh! heheh =]
Bila dah amik mechanical engineering so kena buat diploma dulu dekat Dongyang Technical College. Ni memang flow yang kiteorang perlu ikut sebagai penerima schooler JPA time tu. Tq JPA sebab bagi aku biasiswa ek! I loving it! kahkahkah =P
lepas 2 tahun tu kiteorang diberi peluang untuk pilih universiti yang kiteorang nak mengikut bidang masing-masing. Masa aku dulu ada 3 je universiti yang diiktiraf oleh MQA. Akhirnya aku pilih Hanyang University.
Kenapa tak pilih yang lain? sebab Hanyang University ni macam ala-ala universiti berteknologi dan sangat tradisional. Kalau kat Malaysia ni macam UTM la. Yes..sangat sejibik kot!
Cabaran
Banyak kot cabaran. Bila dok negeri orang memang tak la sama dengan life kat negara sendiri. Cara hidup, agama, belajar, makanan, perayaan. Totally different
nak cerita pasal makanan dulu lah. Buleh kata 99% student yang study kat sana pernah termakan khinzir. Ni bukan nak aib kan ekk.. tapi just share. sapa-sapa yang nak travel ke korea ni better korang bawak la makanan-makanan yang secukupnya dari malaysia. Maklumla, korea ni lebih banyak makan khinzir berbanding ayam, lembu and etc. So bila nak order pizza ke, selalu kiteorang kata "ajumma, dweiji chom pe he juseyyo" maksudnya "makcik, tolong jangan masukkan khinzir yerr'
tapi kadang ada gak yang terletak dalam makanan kiteorang. Bila dah makan separuh tu baru perasan..Adeii..gelap dah hati nak belajar. tapi biasanya memang penah la termakan tanpa sengaja. Kecuali student yang memang masak 24jam kat rumah. Rajin la sangat kau! hehe
Pasal belajar, ni pon cabaran gak ni. Sangat mencabar.
Dulu orang suh belajar bahasa korea ko boring la..masuk U baru kau tahu Rohaya!
biasa pon memang aku tidur for 10minutes start and end. So kalau kelas tu 40minit, aku akan budak mata 20minit je. Sangat Pemalas. sebab aku tak faham. Lecture korea ni cakap dengan blackboard. dah la laju. Walaupun aku antara student yang selalu datang awal and dok depan sekali.. aku lah yang akan tidur dulu dalam kelas. By the way, untuk atasi masalah tu, aku akan beli semua buku korea dan english bagi subject yang sama. korea untuk guna dalam kelas. English books tu aku guna kat asrama untuk review semula apa yang Prof ajar dalam kelas tadi. Bukan dalam kelas, tapi hanyang universiti ni sangat mendewa-dewa kan bahasa ibu pertiwi diorang. In fact, exam pon perlu dijawab dalam bahasa Korea 100%. kalau jawapan aku betul pun tapi dalam english you will get 0. huhu.
Tapi alhamdulillah la, aku dapat gred dengan 3.0 pointer above. Ni memang target budak msia. mesti mak aku yang selalu doa aku berjaya ni. Tq mama!
bab agama pula. memang orang korea ni sangat pelik tengok aku yang pakai tudung. Lagi-lagi tengah musim panas. penah je aku kena tarik tudung dengan ajumma dalam train. Siap marah lagi kat aku suruh bukak tudung.
Katanya tuhan tak nampak awak, kan awak kat negara lain?
mak awak tak tahu pon?
Panas ni, cabut tudung!
tu aktiviti yang memang biasssaaaaa sangat aku terima
Dan bulan puasa amat mencabar untuk ke masjid. I have to spend almost 2hours nak sampai masjid. tapi yang bestnya aku tak perlu masak pada bulan puasa, sebab kat sana ada jamuan untuk berbuka. Jemaah pon almost foreigner. Even imam pon foreigner. Korean muslim buleh dikira dengan jari, atau pun memang tak ada langsung.
Masyokkk
Benda yang masyok ialah aku buleh buat duit masa aku kat korea. Lepas setahun kat sana, aku dah berjinak-jinak buat bisnes brooch. aku beli and pos kat makcik aku. Makcik aku pulak jual brooch tu kat sekolah. Termasuk lah My Hubby pon jadi tukang jual brooch kat sekolah gak walaupun malu katanya.
Erm..lupa nak cerita, aku kenal Mr hubby 5 bulan lepas aku sampai kat korea. So hampir 6 tahun baru la kami taweennn!
Brooch saje ke? tak ahhh... masa aku study diploma pon ada jugak bisnes lain. Aku jual international calling card. yang ni memang best la. sebab setiap keping card phone tu aku akan dapat untung hampir Rm12. Imagine la..kalau member asyik bergayut dengan pakwe..sikit-sikit homesick teringat mak..ofkos la diorang akan beli kad kat aku. dan aku la untung...Sedangkan aku call mak aku and Mr hubby@boyprend aku guna skype atau google talk je. Jimat-jimat!
Benda yang ke3 best pulak...aku leh travel negara lain. sepanjang aku belajar kat korea, aku sempat la travel ke jepun dan mesir. Memang best! Sambil belajar, nikmati negara orang. bak kata pepatah " jauh perjalanan, luas pengalaman" Aku ni memang suka tiru prinsip ayah aku.. selagi ada peluang, jalan la, jangan dok saje, RUGI!
Gambar kat atas ni kebanyakkannya gambar aku dengan my senior. sebab aku ni baik dengan senior dari batch sendiri kot. hahaha =P
Erm.. sampai senior aku kata, ni batch 4 bukan batch 5 (aku la batch 5 tu) dan batch 4 dah bertambah dari 70 ke 71 orang. sebab aku selalu ikut diorang pi jalan-jalan even aktiviti batch pon aku selalu je join. Tak malu!
Melawat kawan-kawan di Korea Universiti pada 2009.
Aku kat mana?
Atas sebelah kanan sekali..yg paling cun dan ayu tu aku lah!
Ni student Malaysia yang belajar di hanyang Universiti. Ada 5 perempuan..jiji was lost that time.. tak tau pergi mane. Lelaki lebih kurang 15 orang gitu la kot. aku pon dah lupa..hehe
Tengok tu bertapa gumbira nya aku join senior-senior berpicnic musim luruh. Tapi semanyang memang kami tak tinggal. =] Thumbs up!
Apa yang syoknya lagi?
Schoolarship. Yesss.. Ni is the most important. Cuma kami akan rasa sangat miskin dari bulan 12 hingga 2. sebabnya elaun untuk 3bulan ni akan masuk pada bulan Mac. So kebuluran la. Pengalaman member-member ada yang sampai siap minta mak bapak diorang topup kan untuk belanja makan. nak bagitau makbapak korang kaya la tu kan? Tapi so far aku tak pernah minta pon makbapak aku apa-apa elaun. semuanya aku bajet-bajet sendiri. Nak berdikari la konon. Tapi penah sekali bila dok sembang-sembang guna skype, ayah aku bank in RM1000. ayah aku kan baik. takut aku kebulur dok korea. Tapi aku tak usik pon and aku guna time mak ayah aku melawat aku kat korea pada 2005.
Tapi memang syok la bila dapat schoolar ni. Boleh beli macam-macam. Gajet, travel, dating, makan. Yang penting kene pandai berjimat. Asyik berjiiiimmmmaaat je kau rohaya!
Memang la. aku tak suka nak pinjam and susah kan sapa-sapa. Even sekolah dulu pon aku boleh simpan RM40 sebulan dari duit belanja sekolah, siap kene puji dengan ayah aku lagi.
Seingat aku schoolar kiteorang ada 485,000won sebulan. lebih kurang RM1200-RM1400 la. Tapi memang aku sempat je guna half, and half lagi aku simpan.
Antara gajet yang pernah aku beli masa kat korea dulu:
1. walkman (mula-mula sampai tak de intertainment)
2. Laptop-2bijik
3. Desktop
4. Kamera DSLR Olympus
5. Kamera digital -2biijik
So? ramai student dok kata tak cukup.. betul ke tak cukup. bagi aku ok je life kat sana.
yang jadi tak cukup tu sebab diorang suke berfoya-foya and makan yang memang bermewah-mewah.
Tu yang aku perhatikan lah. tapi aku tak salah kan diorang pon. Bukan korang usik schoolar aku pon huhu =P
Kesimpulannya, aku sangat bersyukur sebab diberi kesempatan dan peluang belajar di tempat orang.
Sambil tuntut ilmu, banyak benda aku boleh belajar.
Belajar cara hidup orang korea yang sangat berdisiplin.
Annyong haseyyo...
Kalau nak cerita bab kehidupan orang korea..kena tulis kat entry lain pulak.
Kalau tak mesti korang boring nanti..
BYe...TQ JPA
No comments:
Post a Comment