please click here

14 November 2022

BETUL KE DALAM TUPPERWARE LEADER DAN ANAK BUAH SUKE BERGADUH??

 kalau baca tajuknya mesti terkejut BEROK kan?
tapi bagi orang yg biasa buat bisnes..apatah lagi bisnes "MLM" ni salah faham tu perkara biasa
kenapa perkara biasa?

? sbb MLM
? sebab masing-masing kejar untung
? sebab masing-masing tak percaya

bila kita orang baru....memang selalu salah faham. sebab belum ada ilmu.
leader...dia akan senyap dan lihat situasi bakal berlaku. bila ahli baru tu dah lalui setiap cabar. di situ leader dan anak buah semakin kurang bergaduh..makin kurang salah faham...akhirnya menjadi seperti adik beradik yang sangat akrab


ini yang aya nak kongsikan kisah aya waktu dlu. 
jarang sekali aya kongsikan tentang leader.
dalam hati kita yg patut menonjolkan diri kepada anak buah. malu kalau nampak kita kurang kebolehan dimata mereka berbanding leader-leader yang aya ada.

tapi kali ni aya nak buka mata dan hati ahli-ahli tupperware 
terutamanya yang baru berjinak dengan tupperware. atau director yang masih belum nampak hala tuju.

leader aya adalah Puan Leny Masayu dan En Zaiman. 
salah faham di awal penglibatan aya dlm bisnes biasanya berkait dgn hadiah.
awalnya niat bisnes utk dapat duit...
tapi boleh hilang fokus utk dapat hadiah. kahkahakah
kenapa kene hadir baru dapat hadiah?
kenapa x cukup syarat ini, x dapat hadiah?
kenapa hadiah ini x sepatutnya?
kenapa minggu ni xde hadiah?
x boleh wakilkan orang ke utk amik hadiah?
hadiah...hadiah...hadiah
semuanya sebab hadiah.

yess! sebab yang baru buat bisnes. dalam kepala hanyalah hadiah.
isu ni berubah bila pasukan aya semakin besar. start 3star director dan seterusnya..
aya lebih tumpu dan fokus pada pasukan aya..
siapa yang aya perlu bagi hadiah.
hadiah aya dr kak leny masayu?? kadang-kadang tak sempat nak fikir..x sempat nak tanye..
tak sempat nak claim pon. 

kat sni silih faham dah bertukar utk minta idea. selalu pm kak ayu dan en man tengah malam tak kira bwak  tanye pendapat dan apa yg perlu aya improvekan utk lebih ke hadapan dlm tupperware

dan...
di awal bisnes tupperware. kami selalu REJECT LEADER.
leader nak datang rumah?? alaaaa saya sibuk la en man
leader call?? buat-buat tak jawab call.. lepas beberapa jam baru pm di wahtsapp leader
leader ajak jumpa?? alamakkk lagi malas nak keluar rumah, dah tau dah apa yg leader nak sembang!
leader msg.?? adusss apa lagi yang die nak bgtau. semua sy dah tau la!

tapi bila dah dewasa...sebenarnya kenapa leader sanggup mencari kita?
sanggup spend masa call dan bincang berjam-jam..
sanggup jumpa dan belanja di kedai makan???
SAH!! sebab leader nampak kita yang lebih berpotensi berbanding orang lain. 
kalau org lain lebih berpotensi...xperlu nak jmp aya..
mereka ada pilihan... sepatutnya kita lebih bersyukur sebab mereka nak bg jalan dan kongsi peluang

selepas faham dan lalui bertahun dalam tupperware,
pantang kak ayu dan en zaiman msg untuk jmp...yg sibuk pon kami cuba selit masa.
kalau boleh x sihat pon cakap sihat dan ajak cepat2 datang rumah.
rumah sepah pon x malu lagi..janji mereka sudi datang dan curah kan ilmu.
 

ni sebahagian perjumpaan kami berdekatan area Nilai. cuba tgkk warna tudung tu. berbeza kan?
ni sebahagian shj. ada byk kali perjumpaan lain yg lupa nak amik gambar...byk kali.
mmg banyak kali leader akan call dan sanggup turun kalau kita betul2 ada potensi.
jadi jangan la reject leader. klu reject?? anda sebenarnya dah tutup peluang anda SENDIRI yang leader bawa utk rezeki anda. skrg baru aya faham!

bayangkan...anda sebagai leader. walaupun baru atau hanya director.
nak jmp ahli..ahli reject..apa yg anda akan rasa?
dah tentu anda feed up dan KIV org tersebut sebab sering bagi alasan kan.
macam tu jugak manusia lain.kita semua sama. 


klu anda REJECT LEADER ANDA..
tak mustahil ANDA JUGAK AKAN JADI LEADER...
dan pasukan anda jugak REJECT ANDA...


BERNIAGA MENYEBABKAN ANAK-ANAK TERABAI?
ye...biasa sentimen ni yang masyarakat kaitkan, kerana mengejar kehidupan yang lebih baik. 
sehingga anak-anak terabai. ada yang sanggup duduk di rumah...  hanya fokus membesarkan anak-anak di depan mata. katanya nak tumpu supaya anak berjaya. tiada selain itu

PARENTING YANG BAGUS DAN CONTOH YANG BAIK

ini adalah gambar pertama aya dlm tupperware dan pertama kali jumpa leader aya ..kak ayu
orangnya sangat lemah lembut, 
kalau sharing sgt humbler dan santai bersahaja.

tapi disebalik background secara personal dan keluarga aya sgt terinspirasi sejak dulu lagi
bukan usahawan biasa-biasa tapi bekas pensyarah
bukan orangnya kecil biasa...tetapi berjaya lahirkan anak-anak yang hebat

mempunyai 4 orang anak...yg dapat sambung belajar ke
sekolah menengah agama perempuan Labu
Sekolah Tunku Kursiah
Satu-satu pelajar Straight A UPSR di Sek Keb Rawang
ini hanya sgt sedikit yg aya tahu.. kejayaan lain x kan semuanya perlu dicerita dan dihebohkan?

terbaharu...anak kak ayu berjaya sambung pelajaran dlm jurusan Business di Jordan
kak ayu antara leader tupperware terbaik diperingkat international.
dan terbaik jugak sebagai role model melahirkan anak-anak yang berjaya.
jadi tanggapan fokus pada bisnes menyebabkan anak-anak terabai. SALAH SAMA SEKALI!
malah ramai lagi usahawan dalam tupperware yang berjaya dalam bisnes. anak mereka jugak sangat cemerlang dalam pelajaran.

maksudnya???
kita kejar keduanya. bisnes pon bagus. keluarga pon cemerlang!
dah ramai yg buktikan. atau kita sering memberi alasan?


sekarang... anda jgak bakal leader.
memang fitrahnya ahli atau director yang baru selalu bergaduh.
bergaduh kerana salah faham dan belum memahami.

tapi bila kita dah semakin lama..semakin banyak cabaran dan pengalaman bisnes tupperware yang kita lalui..semakin banyak salah faham tu berganti dgn serasi dan perkongsian.

sebagai orang baru...mungkin anda akan rasa kurang selesa dan REJECT semuanya tidak patut..
percayalah orang yang lama lebih tahu apa yang terbaik utk pasukan mereka.
mereka bukan diam apabila kita luahkan perasaan tidak puas hati. tapi mereka pendam sampai kita sendiri lalui dan faham

sehingga kan nak msg datang rumah..masih ada rejection. 
rupenye mereka nak datang rumah nak bagi hadiah...
hurmmmm banyak sungguh negatif dlm kepala kita sebagai orang baru ni kan?



akhir kata...nk berjaya rapat dan baik lah dgn leader.
sebab anda tak kan penah rugi!
klu kita baik dgn mak...mak akan syg kita.
begitulah dlm tupperware,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK