Jeng..jeng..jeng
Selalu aku cerita kisah My little princess Sumaiyah je kan. Kali ni nak cerita perkembangan otak si budak kecil Sofiyah pula. Hari tu baru je excited dok pasang play mat bentuk huruf dan nombor ni. Kononnya sambil baring sambil boleh ajar anak kan? tak de maknanya ummi oii.. Kamu asal boleh letak kepala atas play mat je terus krokkk..krok..krok.. bila bukak mata je tengok-tengok Sumaiyah dok bersepah dan cabut-cabut segala huruf yang ada. Mulanya asyik marah Sumaiyah je, Tapi tak pe la kan. Think positive and how to apply it. Alang-alang dia dah cabut tu, aku suruh dia letak semula kat tempat yang betul. Mula-mula salah jugak. Tapi bila dah lama, pusing-pusing akhirnya masuk juga huruf tu dalam tempat dia.
Rupanya si kecil Sofiyah pon pandai. Bezanya dia akan cabut huruf O dan Q sahaja. =]
Woow pandai budak ni. Huruf yang lain dia tak cabut. Kat atas play mat tu memang ada sepasang huruf yang sama. So Sofiyah akan cabut 4 huruf iaitu O,O,Q,Q.
Tahniah! adik dah kenal bentuk bulat.
Dari segi kognitifnya kanak-kanak yang berusia 12 bulan sehingga 18bulan akan menunjukkan minat kepada bentuk. kanak-kanak seusia ni akan cuba susun suai gambar yang mudah. Tinggal lagi kita sebagai ibubapa kena bijak cari aktiviti yang related dengan perkembangan kanak-kanak seawal usia macam ni.
Oklah, nanti ummi tak kan marah anak-anak ummi lagi cabut huruf-huruf kat play mat lagi. tapi yang pasti bila mr hubby balik, dia akan jadi mangsa untuk kemas! haha. Ok la tu kan? Sebenarnya bila aku perhati elok-elok. Sofiyah ni dia boleh cam huruf tu menggunakan warna pada huruf tu. Aku try sekali uji dia, bila dia nak cabut huruf O aku tutup dengan tangan aku, jadi dia tak boleh buka. Then dia akan paling ke tempat lain dan cari bentuk lain seakan-akan bentuk O. And yes!! SHE DID! dia jumpa dan huruf Q sambil sengeh-sengeh nampak kan gigi tupai dia kat aku kononnya dia lagi bijak dari ummi dia. Takpe-takpe. Adik dah cerdik sekarang.
Bagus jugak beli play mat ni. Boleh kenal bentuk, huruf dan warna. Ala-ala 3 in 1 + decrease accident at home. Maklumla kanak-kanak besar Sofiyah ni selalu sangat jatuh kat lantai. Kadang-kadang risau dengan kepala dia. Takut ada kecederaan yang kita tak tau kan. Aku bukan la seorang doktor. Cume kalau boleh elak, apa saje ummi kau ni sanggup budak dik...hehe
Start dari hari tu aku pon ubah tempat play mat tu kat tempat ruang bacaan rumah kami.
Jangan terkejut tengok ruang bacaan ni. Ni adalah hasil sentuhan dalam masa seminggu dan masih under renovation. Disebabkan aku masih di pantai timur ni jadi masa tak banyak untuk decorate dan buat susun atur yang baik. Bila sekali sekala balik itu je yang aku mampu buat. Jadi tunggu entry aku akan datang pasal decoration rumah baru nanti.
No comments:
Post a Comment