Alhamdulillah sedap, MURAH, dan kenyang
Yang tu sahaja yang leh aku gambar kan. dan bezanya berbanding restoren lain, kedai ni sangat-sangat cantik dan selesa terutamanya bagi yang ada anak-anak yang makan pelbagai ragam ni. Al-kisah kami singgah di Giant Nilai nak beli perkakas dan keperluan yang masih belum cukup untuk rumah baru kami. Sebelum bershopping-shoppingan tu, kene la isi perut dulu. Puas cari punya cari rupanya tak de food court di Giant Nilai. Yang ada restaurant dan kedai-kedai makan berderet dalam kawasan Giant tu. Kalau korang pegi Giant Nilai tu, kat pintu gerbang di lagi dah boleh perasan kot signboard Restaurant Al-Jamal.
Mula-mula agak seragam gak kami laki bini nak masuk kedai tu. Dalam hati orang kaya je kot masuk restaurant macam ni. Tapi tak leh lawan kata-kata dalam perut ni yang berkeroncong dari tadi. Last-last bila belek punya belek punya ini kedai. Wowww! murah gak. Jom 'teraiii'
Menu yang kami order Nasi Beriyani Ayam, Kebab je. Sebab tak pernah masuk kan lagi. So terai-terai la dulu. Tengok ni my 1st princess and 2nd princess ni makan siap tak payah di suap-suap. Pakat nak makan sendiri blako haaa.
Sofiyah Sumaiyah
Kalau kita pegi restaurant ni dalam perut yang tak berapa kelaparan boleh je kot kongsi dua orang. Tapi sebab kami makan berempat. Jadi kene order 'se' lagi. Hehe. Padan la buat kerja kuat sebelah siang, malam kena la makan banyak sikit ye dak? Harga?? Hanya RM12 sahaja. Kebab tu pula siap dengan kentang goreng dan sos yang sangat delicious. Daripada budak yang sangat susah nak makan, boleh habis untuk dia sorang je. Harga untuk kebab ni RM5. tapi yang aku nak cerita, sangat berbaloi. Bukan setakat harga, yang penting kebab ni sangat berkhasiat untuk sumaiyah makan. Sofiyah seperti biasa ikut perangai ayah. Suke makan nasikk!
Tengah-tengah best makan kami disapa oleh tuan punya kedai ni. Gelagat nya macam sorang student. siap dengan laptop dia ke hulu hilir dalam restaurant tu. Kebetulan mr hubby pon boleh cakap bahasa arab Rupenya mereka ni (tuan dan pekerja kedai) ni dari Yaman. Punye la excited pekerja-pekerja kedai ni dok interview mr hubby dalam kedai tu. Rasa macam artis pulak kiteorang.
Overall nya, kedai ni sangat selesa dari segi service. Sangat cepat, BERSIH dan layanan sangat terbaik. nak cerita lagi, masa dah clean and clear makanan dalam pinggan tu, diorang siap bawak tiramisu untuk kiteorang. Ke sebab diorang ingat kiteorang ni lapar ek? hehe =P Aku siap tanya mr hubby. Tiramisu ni kene bayar ke? Hubby kata tak, dia suruh kita test! Oh my god! baiknya, rezeki kami anak beranak.
Tengok gambar bawah ni my 1st little princess dok tengah test tiramisu dengan ayah dia.
Itu yang ke-4 best kan. Yang ke-4 best adalah, sebesar dan cantik restaurant ni. NO GST! yes..NO GST! so total adalah RM29. Tu harga untuk 2pinggan nasi beriyani + kebab ayam tu tadi. Air memang kiteorang jarang order even kat mana-mana kedai pon. Bukan sebab tak de duit okey. Tapi lebih suka bawa air kosong sendiri dari rumah. By the way, i give u 9.5/10. Thanks a lot Allah. Alhamdulillah..argkkkkkk
No comments:
Post a Comment