please click here

21 April 2015

TUAH NO PLAT KERETA



Assalammualaikum dan happy gud morning semua..

Tengah-tengah bawak kete tadi, tibe-tibe terfikir kenapa kereta ni sangat bermakna untuk aku? Penah sekali tu, bile bincang masa depan dengan hubby, hubby kata esok-esok bila dah ramai anak.. (RAMAI ANAK??? tapi bukan sekarang kot..hehe) hubby nak tukar kereta dia kepada estima. Tapi MYVI ni dikekalkan sebagai aset kami yang boleh digunakan untuk pergi beli ikan,ayam, daging dekat pasar borong..Oh my god! Tahap pasar borong je dia kata? In addition hubby kata lagi, nanti nak hantar anak pergi sekolah mudah la pakai kereta MYVI ni..hehe..Alhamdulillah..

Berbalik kepada tuah kereta ni, saya nak cerita dulu sejarah kelahiran kereta MYVI milik pertamaku. Mula dibeli masa saya kerja di Pasir Gudang lagi pada Januari 2011. Mulanya nak beli sebelum tu lagi, tapi hubby a.k.a pakwe saya masa tu, dia kata tunggu dulu better honey buy on 1st month la sebab nanti nak jual orang akan tanya beli tahun berapa. Padahal Disember and Januari tak jauh beza kot. Hanya 1 bulan tapi yang membezakannya adalah tahun. Baiklah, saya pon ikut cakap hubby. And that time, saya pon gatai-gatai dok pikir no plat apa nak bagi kat kereta kesayangan. Hubby pon kebetulan baru beli kereta dia, no plat JM? 1691. So die suggest pilihlah 1691 jugak. Nanti bila parking dalam umah nampak comey. Hehe.. Then sekali lagi saya ikut kata hubby.. Dan akhirnya..
.
.
.

Kereta kesayangan parking di tepi pejabatku

Lepas berhenti kerja di Pasir Gudang, saya beralih kerja ke Negeri Sembilan. Lepas tu, ke tanah tumpah darah kelahiran suami ku sehingga saat ini dan sedang berkira-kira untuk berpencen beberapa hari saja lagi. InsyaAllah gambar kat atas tu akan jadikan kenangan suatu hari nanti. 
Ok, sebab apa kereta ni bertuah dari segi no platnya? Mula-mula dulu rasa sekadar 1691 je bertuah sebab sama dengan no plat kereta hubby. Tapi bila dah bekerja kat UM? ni ..semua staf saya panggil JMR instead of Puan.. ada jugak yang panggil puan rohaya especially staf lelaki la kan.. tak kan nak panggil JMR kot. Ingat saya ni anak ke? hehe.. tapi yang biasa panggil JMR ni ada la my bff ( NIk Nur Arifah dan Kak hus) and lain-lain staf perempuan. Terutama bila diorang sangat tidak puas hati dengan saya dan gegeraman disebabkan sakatan ketika waktu berehat.  Nak tau JMR tu short form for?  
Tengok kat bawah ni..



JMR= Jurutera Mekanikal Rohaya

YEYYYY! tapi nak kata tuah tu tak la kan. Sebab dalam agama islam pon tak de istilah tuah. Semuanya kerana kehendak Allah. Dan agaknya ini adalah kebetulan. Masa kerja kat Pasir Gudang dulu tak pernah terfikir pon JMR ni Jurutera Mekanikal Rohaya. Mungkin sebab masa tu jadi Junior Executive dalam unit Quality Assurance je kan. So tak kan la nak jadi JER kot..hehe..

Apapon alhamdulillah.. semoga MYVI JMR 1691 ni akan sentiasa sihat dan boleh beri perkhidmatan yang maksimum untuk family R&R ni. setakat ni alhamdulillah,  tiada accident yang mengerikan. Kalau ada hok tecik-tecik tu pun disebabkan orang lain. 1st skali sebab budak sekolah naik motor langgar belakang lampu sebelah kiri disebabkan oleh kecuaian dia. Tapi kalau tengok sekali imbas, tak nampak pon kesan yang amat ketara. Itu saja la accident yang saya penah alami...
Ok lah, nak buat kerja ni.. Maassalammah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK