Twinkle..twinkle..little star..~~~
Lagu ni sangat my 1st princess minat. Even kalau tengah nangis pon boleh ikut sama-sama nyanyi sambil tangan buka dan tutup. Sangat mudah untuk pujuk budak tecik sorang ni. Mari kite cerita lagi aktiviti yang seronok untuk dilakukan di rumah bersama anak-anak. Sambil-sambil lipat baju boleh jugak ajar anak menyepit baju. Mana la tau kan satu hari nanti boleh cepat tolong kita sidai kan baju. Nak oiii...umi dan sakit pinggang dah nak mengangkat bakul baju dari wash machine ke depan. Pastu kene jemur lagi pulak tu. Bongkok sidai..bongkok sidai..Jadi bagi selamatkan pinggang saya yang dah lama sakit, saya praktik kan pada my 1st princess ni. Cara nya??
Sambil-sambil ajar macam mana nak menyepit, saya saje belikan penyepit yang bernombor. Jadi sambil menyepit die boleh kenal nombor-nombor tu kan. Siap berwarna warni lagi. Memang la si anak kecil gembira.
Rasanya seawal umur 3tahun kita dah boleh ajar anak kita tentang kerja rumah. Menyapu, mengemas, menyimpan. Dan alhamdulillah sumaiyah memang faham semua tu. Kalau kita tengah sidai baju, dia akan datang dan tanya "umi wat apa tu? sodai baju ke?" Iye kak, umi sidai baju ni. Sidai tau, bukan sodai. Even kalau tengah sapu pon kalau boleh die nak buat sama. Tapi ajar yang basic sudah la. Takkan umur 3tahun ni kita nak harapkan dia sapu celah-celah almari, bawah karpet bagai kan... Ouchhhh takut makin bersepah jadinya.
untuk permulaan, mak-mak jemah boleh la ajar anak sodai baju menggunakan baju-baju barbie dolls yang ada, sodai kain lap tangan ke..mean yang kecik-kecik la. Sesuai dengan saiz anak anda. Kalau macam ni kan best. At least kita beri motivasi dan semangat pada anak-anak supaya dia pon dihargai dan bermakna untuk tolong kita.
Jangan pulak bila kita buat kerja rumah, kita halau pulak anak-anak dok tgk tv. Ajar mereka. Lama-lama skill untuk buat kerja rumah tu boleh diserap pada anak-anak.
Macam biasa. dengan menggunakan penyepit jugak, saya akan buat aktiviti lain. Kali ni buat matematik pulak. Tapi ni agak susah bagi kanak-kanak macam sumaiyah. Cume bila saya yang kira sendiri dan bagi jawapannya, sumaiyah akan sepitkan penyepit tu pada kad nombor yang betul. Untuk level ni, saya bukan nak tekanan supaya 1st princess ni pandai matematik dengan cepat. Cukup sekadar die mengenal nombor sahaja dan pandai menyepit penyepit baju tu. =)
Sekali round menyepit baju..due kali round sepit baju..sumaiyah pon dah boring. Bile boring saya nak ajar mengenal warna pon dah tak mahu..takpe..takpe...Umi bagi chance untuk tengok ultraman...Itu je la rancangan kegemaran dia..
No comments:
Post a Comment