please click here

Showing posts with label PENJAGAAN KANAK-KANAK. Show all posts
Showing posts with label PENJAGAAN KANAK-KANAK. Show all posts

26 October 2015

Jana Pendapatan dengan Dropship Bersama Tupperware

 Tahun 2015 saya kira tahun paling mencabar untuk rakyat malaysia. Masing-masing pakat cari side  income yang best untuk menampung kos kehidupan.
Saya cerita atas pengalaman suka duka sebagai agen dropship
Saya pernah menjadi agen dropship selama lebih dari 3tahun sepanjang bekerja sebagai jurutera.
Best memang best. Pengalaman sebagai agen dropship sambil kerja sambil buat duit dengan internet. Sebelum saya mengajak anda join jadi agen dropship bersama www.facebook.com/tupperwarerohaya
Jom kita review perkara yang penting supaya keahlian sebagai
agen dropship tersebut adalah tidak sia-sia.
1. Komisyen yang tinggi
Ini paling penting. sebab inilah tujuan utama kita nak jadi agen dropship kan?
saya berpengalaman menjadi agen dropship dengan komisyen RM4 bagi 1 item.
Itu satu permulaan yang baik bagi saya walaupun bagi sesetengah orang ia memenatkan dan tidak berbaloi! Dulu tidak kira berapa harga bagi item tersebut saya hanya layak mendapat komisyen sebanyak RM4 daripada item tersebut.
Penyelesaian: Saya dah rasai pengalaman tersebut dan saya amat hargai agen dropship di bawah saya.
Saya menawarkan komisyen yang tinggi bagi item tupperware di bawah Rohaya Tupperware.
Komisyen adalah dikira daripada peratusan harga yang anda jual. Komisyen dropship adalah 15% bagi setiap item daripada katalog bulanan yang dibekalkan. Kemungkinan juga komisyen anda akan dinaikan bergantung kepada performance anda. Jika anda mencapai achieve yang Rohaya Tupperware tetapkan anda akan terus diserap sebagai ahli sebagai tanda penghargaan. Best kan?
Jadi komisyen maksimum anda akan sama seperti ahli dan bukan sebagai agen dropship lagi.
2. Permintaan produk dropship
Tupperware memang dah lama bertapak di Malaysia. Sebut je Tupperware saya kira semua orang tahu. Tak kira tua, muda, even anak saya pun tau Tupperware. yang tippuware pon dia kata Tupperware.
Bekerja di kilang, di sekolah, di kedai, di opis even surirumah pon minat tupperware.
Jadi ini peluang anda untuk memenuhi permintaan terhadap keperluan tersebut. Jadi agen dropship Tupperware sangat menguntungkan. Tapi perlu ditekankan dropship tidak la sehebat ahli Tupperware sebab banyak kelebihan yang boleh diperolehi jika anda mendaftar sebagai ahli. Tapi kalau anda baru nak teroka pasaran dan
cuba berniaga, saya sangat menyokong anda. .
Penyelesaian: Boleh je terus msg atau whatsapp saya untuk mendaftar secara agen. Bila anda dah berpuas hati. terus je daftar sebagai ahli
3. Harga Produk
Jika anda bandingkan Tupperware dengan barangan jenama lain, tentu lebih murah kan?
bila murah, dah  tentu ramai orangnak dan mampu untuk beli. Jadi peluang anda untuk berniaga dah terbuka luas. Sebab itu tidak hairan jika anda ke segenap kampung, mereka pun mampu beli Tupperware. Siap boleh buat koleksi lagi kat dapur. Permulaan yang baik bagi seseorang yang ingin melakukan dropship. Pilih barangan yang orang ramai mampu milik. Jangan jual barangan yang mahal dan tak mampu orang beli. Nanti penat je yang anda dapat.
Penyelesaian: Tupperware adalah jenama yang telah lama kukuh. Kualiti yang baik dengan harga
yang jauh lebih murah berbanding perkakas lain. yakinkan customer anda, jaminan barangan Tupperware adalah sepanjang hayat. Sebarang kerosakan atau kecacatan boleh ditukar ganti (refer term and condition tupperware brand). jangankan orang bekerja, student universiti pon dah ramai jadi ahli tupperware.
4. Modal?
kalau dah nama pun dropship..memang tak yah modal pon kan?
Penyelesaian: just dapatkan katalog dari saya atau stokis berdekatan dan jual. Bila customer dah komfemkan order, boleh hubungi saya (Rohaya Tupperware) dan saya akan poskan untuk anda. Mudah saja. Komisyen anda ambil, hanya perlu bayar harga yang telah ditetapkan kepada saya. Sambil-sambil promote kat orang itu, boleh jugak iklan dan jual di facebook, instagram atau blog anda. Dropship untuk student universiti pon saya alu-alukan.
untuk orang yang pemalu nak berniaga tapi teringin nak berniaga online pon boleh mendaftar di Rohaya Tupperware. Alang-alang dah guna internet biarlah boleh mendatangkan
 manfaat dan faedah kan?
5. INI YANG PALING PENTING..
SUPPLIER YANG JUJUR
Ramai cutomer kene tipu disebabkan oleh peniaga yang tak jujur. Jadi perniagaan apa pun yang anda buat pastikan perniagaan tersebut adalah wujud dan sahih.
Penyelesaian: Jika anda ragu-ragu dengan Rohaya tupperware, boleh hubungi saya atau whatsapp
016-5571691 untuk perkenalan dan butiran lebih lanjut. Saya bukan nak pujuk anda untuk sertai dropship Rohaya Tupperware, tetapi ini langkah selamat untuk memulakan langkah sebagai ahli dropship.
Sebagai seorang yang baru menjadi suri rumah sepenuh masa. Saya amat menggalakkan full time housewife/ isteri/ wanita/ ibu tunggal atau orang yang ingin bekerja dari rumah untuk menjana pendapatan sampingan.
Akhir kata, perniagaan dropship Tupperware sangat menguntungkan dan mempunyai permintaan yang tinggi.
Untuk keterangan lanjut boleh ke
blog: rohayaabdulrazak.blogspot.com
Whatsapp: 016-5571691 (Rohaya)


19 August 2015

BINA MINDA KREATIF ANAK-ANAK

Ok kali ni nak just nak share aktiviti homeschooling sumaiyah dan sofiyah sepanjang 2 bulan saya ada kat rumah ni.
Memang kadang-kadang kita sebagai ibu ni rasa nak reeeeeeeeeehaaaattt je kan lepas buat kerja. Tapi bila ingat balik matlamat saya berhenti kerja sebagai jurutera di sebuah IPTA terus je penyakit malas tu transform...hehe.. nak jadi ibu dan suri rumah WAHM ni kena ada banyak motivasi dalam diri tau =)

Well, ada banyak permainan kat rumah ni. kalau uno steko tu  kalau amik buang amik buang kayu tunggu sampai bangunan jatuh boring jugak ye tak? tapi kadang-kadang kena jadi creative supaya anak tak boring..last-last ari tv. 1 toy tu mungkin boleh jadi 3 atau 4 aktiviti menarik. 

Play with LEGO

yang ni memang favourite.. since saya belikan lego yang siap ada roda dan 'orang-orang' memang sumaiyah lagi syiokkk main. tiap pagi main pon takpe. macam-macam dia boleh buat.

dari LEGo boleh buat ultraman. huhu..itu sudah semestinya. character animasi yang paling sumaiyah minat. lego jadi jambatan, lego roda jadi kapal terbang, pistol and so on..

Jangan tak tau lego pun boleh jadi pokok. siap 'orang-orang' dok atas pokok  lagi.


 Colourful of play dough
Ni hasil tangan sumaiyah. "ni masjid tau umi, tempat dia Allahuakhbar"
"Erm???" mula-mula dok pikir gak apa la dia buat..rupanya yang biru tu tiang masjid yang letak speaker. aduhaiii.. kreatif sungguh! tak terfikir umi sampai ke situ



WOODEN DOMINO
hahahah.. nak bagitau gak ni satu-satunya mainan yang saya beli dari KOrea. dulu sebelum ada anak sebok ajak  mr hubby main. tapi agak boring sebab mr hubby memang tak kan fokus main mainan ni lagi-lagi kalau dia tengah tengok tv... macam saje je terpaksa main nak ammik hati kita kan? so bila dah ada anak ni lagi best main. Kali ni sumaiyah buat bangunan untuk palestin dia kata. Nanti bila kena bom, dia akan jatuh.
Mana dia tau pun tak tau lah kan..hehe..
Last-last memang kena bom dengan si adik sofiyah!




               
Let susun secara menegak pulak.. ni mencabar skit. kalau sofiyah tepuk meja sikit je nescaya bangunan ni jadi tebaboommmm! tengok tu.. fokus sampai naik atas meja. kalau duduk nanti tangan tak sampai pulak nak susun.


THOMAS AND FRIENDS



Ni pulak permainan si kecil sofiyah. asal kena marah je dok dekat dengan TV mesti merajuk pergi amik kerusi kecik dia. konon-konon tak nak dok kat meja tv dah. nak dok kat atas kerusi. last-last jadi train thomas and friend. mula-mula boleh je main elok-elok.. lepas 10-15minit kerusi tu akan diterbalikkan jadi acara lari berpagar. adeiii.. nasihat saya.AWASI lah anak-anak setiap masa. memang kemalangan tidak berbau. setakat ni alhamdulillah semuanya undercontrol.



ok yang ni je sempat di kongsi. insyaAllah ada yang best lagi boleh kita sharing-sharing lagi. 
KOrang ada idea syok lagi tak nak main dengan anak-anak kat rumah.??



















19 June 2015

Usah Bebani Anak di Bulan Ramadhan..Didiklah Dengan Solat

Assalammualaikum all parent and kids
Hari ni selesai hari ke2 kita berpuasa dan aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat melakukan ibadah di bulan ramadhan yang sangat berkat dan mulia ni.
harapnya bulan ramadhan tahun ni lebih banyak amalan yang kita boleh buat berbanding tahun lepas.

Setakat ni Alhamdulillah syukur aku masih diberi nikmat kesempatan untuk kembali berpuasa bersama mr hubby dan anak-anak seperti dulu. kalau sebelum ni hanya dapat berbuka bersama setiap weekend tapi tahun ni setiap masa bersama..syukran ya Allah..

1-2 hari banyak sungguh status fb rakan-rakan aku yang siap muatnaik gambar anak-anak diorang yang berjaya berpuasa hingga magrib. tahniah-tahniah kerana berjaya mendidik anak-anak even baru berumur 5-6tahun.comel je kan?
siap umpan makanan sedap-sedap untuk berbuka lagi.
tak kurang jugak yang hadiahkan rm1 tiap hari berpuasa.

apapun usaha anda adalah yang terbaik untuk anak-anak.
tapi apa yang conpius kan aku..jarang antara kita cerita pasal anak yang kecil 4,5 or 6tahun boleh solat tanpa arahan. 
atau mungkin kita kurang sensitif bab solat daripada bab puasa. sedangkan dalam islam WAJIB ibubapa suruh anak solat ketika 7tahun manakala rotan kalau tak nak solat jugak diusia 10tahun.
so korang boleh fahamkan bertapa pentingnya solat berbanding lain-lain. jangan pula kita jadikan sebagai trend.
jadi..sepatutnya didikan dan pendedahan solat adalah lebih utama. bagi pendapat aku, kalau anak kita dah pandai jaga solat insyaAllah dia automatik mudah dididik untuk berpuasa.
jangan lak kita jadikan trend masa sekarang. tak mustahil orang tua pun hanya jaga puasa tapi tak solat sedangkan tiang agama adalah solat.

kesian aku tengok di fb..anak sampai lembik dik gara-gara nak penuhi perintah parent. kononnya bangga boleh cerita kat kawan-kawan di fb sebab anak belum tadika lagi dah boleh full puasa. sedangkan anak 4,5&6 tahun tu la waktu diorang nak membesar. 

teringat masa kecik-kecik dulu..ayah aku selalu je pancing kiteorang adik beradik berbuka tengahari-tengahari.siap buat cornflake dgn freshmilk sejuk lagi.
die kata " puasa separuh hari pun xpe..abah bagi rm1 jugak. tak wajib lagi puasa. aya kecik lagi" 
tapi sebab malu kat jiran-jiran aku tahan jugak dari berbuka.sampai badan pun dah jadi gitar. nak tunggu magrib sampai pucat lesi muka"
tapi kalau sekadar melatih anak-anak tu ok lagi. jangan la sampai kita memaksa diorang.kesiannn...
aku dulu darjah 4 baru puasa penuh. kalau darjah 1-3 tu separuh hari. paling banyak pun tak sampai 15 hari sebulan..
tapi bab solat Alhamdulillah 
beres... tak bangga eaa... tak baikk..hehe

kalau boleh beri lah pendedahan solat sejak awal-awal lagi.
rumah baru ni walaupun kecik..tapi aku sediakan bilik khas untuk solat. 
untuk apa?
supaya aku sebagai parent boleh latih anak-anak tentang solat. sofiyah walaupun baru 1tahun dah pandai ikut pergerakan solat.asal nampak sejadah je pandai dah angkat takbir..sujud..siap boleh angkat telunjuk jari lagi.

kat ruang tu jugak..tempat kiteorang berehat antara waktu magrib dan isyak. boleh mengaji. ajar alif ba taa.. syok..
tunggu pasang aircond kat bilik tu nanti mesti lagi syok.

sebenarnya aku tak perasan lagi time bace status member-member kat fb pasal anak-anak kecil ni berpuasa. tapi tiba-tiba je mr hubby cita..katanya kat tv pun banyak dah dok tayang budak-budak puasa. tapi jarang tunjuk budak-budak yang berjaya solat di awal usia. yang kesian nya kanak-kanak darjah satu yang kurus kedengking tu pun di paksa berpuasa. siannya. angkat beg dah la berat. berjalan masa tengah panas terik.. 
takpe la dik..
semua ni untuk kebaikan awak jugak..
hehe

10 June 2015

Didikan Melalui Tauladan

A very very good morning with new spirit..


this is my last day as jurutera mekanikal at UMK.

ok kita tinggal yang tu dulu. sebenar masih ada perasaan sedih and missing-missing kat semuaaaaa staf umk especially staf PPIP. waaaaaaaaaaaaaaa.. 2-3 hari ni asyik dok mimpi balik ke PPIP balik je.apakah petanda itu? 

nanti aku ceritakan pasal debaran hari-hari dan saat meninggalkan kerja dan tepat 7 Jun 2015 aku melapor diri di rumah En Hubby sebagai Work At Home Mom. En Hubby, how are you today? hehe

ENTRY ini nak cerita pasal Sumaiyah lagi...
Adeiii..Sumaiyah lagi!



Yes..ni hadiah untuk aku kot sejak balik sini sumaiyah secara automatik dah pandai ke bilik air untuk buang air sendiri. macam tau-tau je mak awak ni dah tak de gaji lepas ni kan?
so setakat hari ni berkeping-keping pampers dapat di jimatkan and i hope lepas ni tak perlu dah beli pampers saiz XL lagi kat tesco. congratzzz my dear..


Nak tau macam mana aku train Sumaiyah dalam masa hanya 2-3 hari.
semuanya pembelajaran melalui tauladan.

Al-kisahnya...
Perjalanan kami dari Kelantan ke Nilai as usual tak sah kalau tak melebihi 8jam. Kalau dulu selepas kawin and belum ada anak, aku and Mr hubby dah boleh bajet 8jam dah boleh sampai Kelantan-Nogori atau Nogori-Kelantan. tapi bila dah ada anak ni, boleh mencecah 10jam or more than that.huhu

Biasa lah, nak makan, sembahyang, mandi anak, tukar pampers anak, Mr Hubby nak tidur and so on benda yang diluar jangka (beraaakkk )

So last time aku singgah la kat masjid jamek di mukim dalam negeri Pahang. Orang nye masyaAllah sangat la ramai. Kebetulan pulak cuti sekolah. So memang boleh expect la toilet fully booking. 
Masjid Jamek ni memang kiteorang akan singgah sebab sangat luas, selesa dan sesuai untuk berehat. Kira tempat favourite persinggahan kiteorang la.

So aku tinggalkan Mr Hubby and sofiyah kat corridor masjid. Suruh diorang makan dulu, sementara aku bawak Sumaiyah mandi, tukar pampers dan terus solat.

Tapi nasib tak menyebelahi kiteorang this time. Mungkin sebab user yang terlalu ramai, kebersihan pon down la kan? Of course dah bukan jadi tandas masjid,..tahap tandas awam dah ni.

tempat shower room pon dah tak jadi shower room lagi dah. So aku bersabar je dalam barisan. Tengok muka Sumaiyah dah ala-ala loya nak muntah. Siap terkup muka dia kat seluar aku lagi. Kahkahkah. Baru dia tau macam mana aku basuh kencing and berak dia selama ni.hehhe

"ummi busuukkkk, kakak tak tahan dah ni"
" Ummi jom la keluar, busuk"
"ummii bau apa busuk sangat ni"

Nak tunggu turn bukan main lama. tapi ni la ayat yang keluar dari mulut Sumaiyah. After that, aku pon cakap kat Sumaiyah. Pasni kakak jangan kencing dalam pampers lagi tau. Nanti bau macam kat toilet masjid tu. Busuk kaan ?? sebab orang kencing dalam pampers macam tu la busuk dia. pasni kena kencing dalam bilik air. Actually tak de kaitan pon orang ramai kencing dalam pamppers, Tapi aku just nak release kan dia bau dan kebersihan.

So bila dah sampai rumah Nilai ni. Banyak kali kena tegaskan!
"Jangan kencing atas lantai rumah kita,  nanti rumah kita busuk. Tak comel dah rumah kita tau kakak"
Ulang.. ulang and ulang banyakkkk kali.
So far Sumaiyah dah pandai, Bila rasa nak shuuu je dia akan cepat-cepat gi toilet. 
Untuk lebih jaga kebersihan dan penjimatan aku suruh dia bukak baju dan seluar, Kalau tidak, kompom baju akan basah. 

Siang dah settle. Malam je aku kena fikir macam mana nak ajar tidur tanpa pampers. 
Bila jadi suri rumah ni seronok juga sebab boleh educate anak sendiri.


Ok.. nak pergi tolong Mr hubby buat lempeng untuk puteri-puteri kesayangan. Byeeee...



28 April 2015

Macam Mana Nak atasi Anak-anak Susah Tidur Awal?

Leganya kalau anak-anak boleh tidur seawal jam 11.00 malam.
Bagi aku kalau Sumaiyah boleh tidur awal pukul 10 malam tu memang lega sangat. Bak kata aku kat Mr Hubby, ummi leh buat kenduri sebab kakak tidur awal semalam sebab terlalu BERSYUKUR. =P

Kadang-kadang aku selalu sakat laki aku dengan telatah Sumaiyah ni. Mungkin masa aku dok mengandung kat SUmaiyah dulu laki aku suka sangat tidur lewat. Tu yang menurun sampai ke anak tu.
Sampai 6 bulan pertama lepas bersalinkan Sumaiyah, anak la jadi penaman ayah dia tengok cerita atau bola sampai 1-2pagi. Sampai tengah pagi? bukan tengah malam dah OKEYY..

Tapi lain dengan Sofiyah ni, sejak dari lepas pantang 30 hari tu, dia memang dah ada fix time dia untuk tidur. 
Walau macam mana siang dia tidur berjam-jam, bila jam pendek tunjuk pukul 9, jam panjang tunjuk pukul 6 confirm dia akan tunjuk muka menguap dia dan tarik-tarik baju nak nenen. 
Al-kisah mengandung kat Sofiyah dulu kan aku dok PJJ sampai SAAT INI. jadi tak de sapa-sapa yang ajak dia berjaga sampai tengah pagi KECUALI SUMAIYAH.

Kalau mula-mula sebelum bersalin kat Sofiyah, my little 1st princess ni akan tidur dengan kadar kelewatan sehingga 2pagi pun ada. Ni bukan weekend k.. ni weekdays. Dah la esok nak kerja. Letih dok mengandung lagi. Dengan anak yang tak  nak tidur lagi. Nasib baik la makcik dia yang kebetulan tengah tunggu SPM tu memang suka berjaga malam tu temankan. Kalau tak memang hilang kesabaran mak kau ni sumaiyah. hehehe.

Sejak aku cuti bersalin kat Sofiyah hari tu, aku ajar Sumaiyah supaya supaya dia ada rutin tetap untuk bangun dan tidur. No excuse-excuse. bile Mr Hubby letih, dia akan lepak terlentang atas totoo sampai tak sedar anak dia dok mana. So nak tak nak, aku kena cari cara macam mana nak bagi Sumaiyah ni the good routine to sleep very well.

1. Tetapkan masa konsisten untuk tidur
Yang ni undang-undang pertama yang wajib ikut. Mandatori. No delay, no sound and no light.
Walaupun kadang-kadang Mr Hubby kata "b nak tidur, tidur la. Biar abg jaga" Huhu..bunyinya macam melegakan kan? tapi bila sedar, tv tengok si ayah, anak dok memanjat kat tangga. Adeii
So aku tetapkan masa yang paling sesuai 9.30 kena tidur sambil guling-guling. And after 15minutes, lampu dan TV akan dipadamkan. Golap la kau semuaaaa.. Mr Hubby nak tgk tv? Boleh!!
tapi pastikan anak tidur dulu. Pastu kunci la alarm tu untuk bangun pukul 11mlm ke 1 pagi ke..xpe.
Even kalau cuti pun aku tak bagi. Bukan nak jadi seorang ibu yang kejam dan zalim. Tapi sebab nak disiplinkan Sumaiyah. Kadang-kadang dok fikir gak, esok-esok kalau Sumaiyah dok asrama, kawan-kawan dah pergi kelasm dia dok tidur dalam dorm! NO!!NO!! NO!!..
Ummi buat ni semua untuk awak sayang! sebab tu aku rela korbankan segala entertainment aku untuk tengok tv. Sampai bila member office tanya pasal drama pon aku sepatah haram tak tahu hujung pangkal.


2. Sucikan badan  
Yang ni memang aku perasan sangat kat dua-dua anak aku. Selagi tak tukar pampers, selagi tu tak kan tidur.
Walaupun aku tengok mata dah terkebil-kebil, mulut dok menguap tapi tak nak tidur. WHY?
belek punya belek...tak tukar pampers lagi rupanya. Memang selalu setiap kali balik kerja, aku akan mandi kan anak-anak pukul 6.30petang. Kalau tak ohoh hari tu, aku akan tukar 9.20mlm lebih kurang macam tu.
Kalau ohoh tu pula, aku akan check balik, pampers tu dah kena syusyu(kencing) atau tak. Kalau tak, so legalah. Kalau dah syusyu even sekali atau sikit aku memang akan tukar. Walaupun perasaan malas tu sangat membuak-buak. Tapi bila dok fikir, tak sanggup kot biar anak kita tidur dengan keadaan tak selesa dan gatai kat punggung dia. Kalau kita macam mana? Tak suka jugak kan? CUma diorang ni tak reti je nak bagitau nak suruh tukar. Tapi sejak dah nak masuk 3 tahun ni, sumaiyah akan kejut aku kalau aku terlelap dok nenen Sofiyah untuk tukar pampers dia. 
Satu lagi, kalau rasa cuaca hari tu agak panas dan bahang, aku akan lap sikit-sikit badan diorang sambil-sambil dok tukar pampers. Kadang peluh sebab panas tu buat budak-budak tak selesa untuk tidur.

3. Bangun pada waktu yang paling baik
dari pukul 9.30 malam tu nak boleh ke tidur akan mengambil masa 1jam atau lebih bergantung pada keadaan dan suasana. Kalau aku balik ke rumah kami di nilai akan mengambil masa kurang 30minit. Sebab apa? Sunyi dan gelap. Bila dah tutup lampu, aku tak kan benarkan Mr Hubby layan apa-apa yang Sumaiyah cakap kecuali bila dia nak susu. Kalau Sumaiyah dok bebel pon dia akan bebel dan nyanyi lagu twinkle..twinkle. Ada gak masa yang dia saja nak cari gaduh dia sengaja tendang kami laki bini supaya layan dia. Tapi alhamdulillah bila tak layan, automatik dia akan tidur dengan sendiri. So bila tidur awal kena la bangun awal. Biasanya hari tak bekerja aku akan kejut paling lewat 7.15pagi. Sempatkan sediakan sarapan dan kemas siap-siap sebelum budak comey dua orang tu bangun. 
Biasanya Sofiyah akan bangun lebih kurang pukul 7pagi tanpa dikejut.
Tapi Sumaiyah ni kena kejut baru dia bangun. Kalau tak bangun? aku angkat dia letak depan tv sambil buka cerita Ultraman. Confirm dia akan celik mata and minta susu.


4. Kesan tidur pada waktu siang
Lepas bangun, makan dan mandi. aku akan ambil masa 8.30pagi hingga 11.00pagi untuk aktiviti homeschooling.  Memang la agak lama kan. Tapi ada selingan dengan makan dan bermain. Yang aku perasan kalau 2-3hari aku routine kan aktiviti macam ni, secara sendiri kanak-kanak akan dapat ikut rentak sendiri. Lepas penat bermain antara 10.30pagi ke 11.00pagi, diorang akan minta susu kali ke2. Kalau sofiyah tu cari nenen la. Kalau Sumaiyah pula, minta susu pastu terus masuk buai. 
Tengah-tengah dok buai Sumaiyah, aku dok fikir, penat juga mak aku jaga anak ramai-ramai ni SETIAP hari.
Paling lama pun aku amik cuti 7 hari. Tu pun rasa azab dah. Hehe.. ke aku tak biasa buat?
Berbalik pada tidur siang tadi..
dari pukul 11.00 pagi sampai 1.00pm, diorang berdua tidur. Time ni lega la sikit. Boleh la aku kemas, basuh pinggan yang anak-anak guna tadi, basuh botol sambil-sambil jadi WAHM.
kalau rasa letih sangat aku pon terlelap jugak kejap. Nak kumpul energy untuk budak-budak cerdik lepas ni. Kang diorang dah full energy, aku letih jadi nak marah je la kerjanya kan?hehe..mcam tak biasa je korang pon kan..
so nak tunggu jam 1pm tu aku sempat la solat zohor kejap. Tu pon kalau SOfiyah tak bangun lagi. Dok perhati-perhati SUmaiyah ni memang jenis susah nak tidur, susah nak bangun. Confirm menurun perangai si ayah..=P
Lepas zohor aku pon kejut dia bangun sehingga dia bangun, nak bagitau korang... sumaiyah ni memang pandai buai sendiri guna kaki dan punggung dia. Kalau kita kejut, dia tak nak bangun, dia akan hanyu buai tu sendiri. Nanti kalau aku sempat, aku amik video ni ekk.. 
SO average budak-budak ni tidur siang 1jam45minit sehingga 2jam 15minit. Kalau tidur siang awal, kemungkinan nak tersedar sebelum zohor tu tinggi la. Tapi ok je. Asalkan jangan terlalu lama. Kalau tak, jadi burung hantu pula malam nanti.

5. Pastikan tidur dalam keadaan KENYANG
Ni tak leh dikompromi oleh Mr Hubby. Tiap kali anak nak tidur, Mr Hubby selalu tanye aku, anak kenyang dah ke? Padahal mata aku dah sangat mengantuk nak suap diorang makan. For sure, lepas mandi pukul6.30pm tu memang aku akan suap la. Tapi korang tak lapar ke lepas tu?
For back up, aku akan test anak aku dengan umpan roti ke oat ke..
kalau diorang bagi respon, kenala spend sikit nak suap sampai diorang kenyang. Kalau awal lagi dah geleng kepala. Aku je la jawabnya yang habiskan 
=P

27 April 2015

Tip Atasi Selera Makan Anak-anak


Bestnya tengok baby makan sendiri macam ni. OMG!!!
kalau anak aku pandai makan macam tanpa di suruh, rasanya boleh rilek banyak kot.
Aku leh siap buat open house kot tiap kali weekend sebab tak perlu susah-susah fikir anak makan ke tak, lapar ke tak? Sebab diorang pandai makan sendiri.

Tapi...
Kebiasaannya kanak-kanak lingkungan umur 6 bulan hingga 4 tahun akan mengalami selera makan yang rendah. tak fening ke korang nak fikir macam mana nak bagi diorang makan sampai keluar bunyi erkkk..
Paling-paling kalau bunyi erkk tu pon sebab susu je kan?

Macam mana pon mak ayah kena pantau pemakanan dan kesihatan anak-anak.
Kalau badan makan kurus keding?
Pegilah jumpa pakar nutrisi, nak tau samada memang anak kita ada penyakit atau disebabkan selera makan.
Tapi setakat yang aku jumpa, anak aku, anak sepupu, anak buah, sepupu, anak angkat dan golongan-golongan sewaktu dengan kalau kata budak-budak, korang akan biasa dengar mak bapak dia akan terpekik telolong sebab nak bagi diorang makan. Aku sendiri tak kurang 45minit akan spend masa untuk suap my 1st and 2nd princess. lepas 45minit baru aku dapat melantak apa yang aku masak hari tu.
Tapi untuk SOfiyah ni kurang la skit kot masalah selera makan sebab dari usia 6bulan dia akan bunyi ahh..ahh.ahh nak minta makanan bila dia nampak ada benda yang dia boleh makan.
Untuk makan nasi lepas celik mata after subuh tu  bukan masalah besar untuk SOfiyah. Sumaiyah???
jangan kata subuh, isyak pon belum tentu makan.

mak mertua aku kata dia cacing, yela kot kan? tapi ubat cacing yang wajib kanak-kanak makan masa umur 1 tahun dan 1tahun 6bulan tu dah complete. mungkin ada kot cacing-cacing degil keparat ni tak nak keluar dari perut Sumaiyah..nanti kalau cacing, kalau kau keluar aku kerat-kerat kau.

Untuk makcik-makcik kat luar tu, kalau anak tak makan mesti soalan ni selalu main-main dalam kepala korang kan..
1. mama dah masak sedap-sedap kenapa tak nak makan jugak?
2. Hari ni budak ni tak makan langsung, tak lapar ke dia?
3. Dia kenyang makan apa je hari ni?
4. Kenapa degil tak nak makan nasi, kalau bagi aiskrim ke, kopok ke..laju je kau ekk?

tu semua soalan-soalan yang sangat biasa aku dengar dari mulut  kakak, adik ipar, kawan-kawan, pakcik, makcik yang ada anak kecil ni kan.

Kadang-kadang ketidakseleraan makan budak-budak ni, buat kita hilang kewarasan, kesabaran, kerajinan untuk hadap anak-anak kita sampai kenyang. So ada beberapa tips yang aku boleh kongsi dengan korang semua untuk galakan budak-budak segolongan macam ni makan. At least la kan, bukannya tips yang aku bagi ni akan ubah 100% anak korang pelahap macam korang makan. Of course la selera korang lagi membuak-buak kan. hehe =]
Tapi at least boleh kenyang kan kanak-kanak yang umur 6 bulan hingga 4 tahun ni makan.

Jangan paksa kanak-kanak makan sampai menangis.
Aku tak gurau eaaaa.. INI BUKAN LAWAK. ada yang penah aku jumpa (dirahsiakan siapakah) dia siap paksa anak dia sampai menangis nak makan nasi. Mungkin dia ni tengah lapar kot, kena pula dengan suami yang buat dekkk je makan sorang-sorang. jadi konon nak lepas perasaan kat laki tak boleh, dia lepaskan kat anak dia. Siap sumbat-sumbat lagi sampai bertabur.
Walaupun tengah tension suap anak sampai berjam-jam please la jangan buat macam tu. Buatnya anak tu lekat nasi, pastu mati baru korang ada akai kan..baru nak nyesal. So fikir dulu sebelum buat.
Time nak makan tu, bagi dia rasa dulu. kalau ada sup, bagi hirup sup. Kalau 1st impression dia kata sedap, so dia akan makan untuk suapan seterusnya. Atau kalau ada sos ke, kicap ke, ayam ke, jagung ke.. bagi dia makan apa yang korang rasa paling sedap dalam pinggan tu untuk dia makan. Encourage dia dengan benda sedap, jangan terlalu fikir khasiat sangat OKEY. Kadang-kadang ada orang tu nak bagi anak sihat, terus suap sayur. memang tak la budak tu nak makan kan?

Makanan kegemaran
Untuk anak aku, aku siap tulis lagi makanan apa favourite yang konfem dia akan makan. Yang ni memang last option la kan. Tapi kita list kan. Agak-agak dalam 3-4 hari tu nampak dia ni makan nasi pon tak sampai 2 sudu setiap hari so sediakan lah makanan kegemaran ni. ni list makanan Sumaiyah.


So bila rasa nak pegi kedai atau supermarket tu memang senang aku amik..amik je apa yang dah terlist. tak de la dok terkulat-kulat depan peti supermarket tu nak beli apa kan? Tapi kena pandai la mix and match kan apa yang dia suka tu kepada benda yang berkhasiat. For example: Jagung dan udang. Aku buat bubur lambuk ke. Satay tu perisi-perisi sikit buh dalam bubur ke, Kismis masuk kan dalam lempeng ke.
Agak pelik kan menu, tapi yang ni je yang anak aku suka. So tak boleh ikut kepala aku je, dia yang nak makan ke aku yang nak makan kan?

 So far untuk Sofiyah, dia makan apa yang ada depan mata. Ala-ala orang kampung la bak kata mak mertua aku. Celik mata makan nasi pun tak pe. Dia biasa kot dulu time aku pregnant kan dia kan makan apa yang ada. Memang tak memilih. Kalau memilih sapa nak layan kau Rohaya? Husben kau dok jauh OKEY??
Tapi Sumaiyah ni agak western sikit. Dulu pregnant kat 1st little princess ni kan Mr Hubby tengah mode ala-ala Bapak terhero di Malaysia. Semua aku nak dia akan masak dan cari. Senang kata aku perlu dok terbungkang je dalam rumah. Cakap je dia akan buat kan =] 

Hias dan pelbagaikan warna makanan
bab ni agak problem sikit la time Mr Hubby dok PJJ ni. Nak hias bagai dengan Sofiyah dok celah kaki. Memang tak la kan?
Tapi aku akan match kan sayur dan lauk-lauk yang ada supaya warna dia nampak menarik.
Especially kalau buat bubur atau nasi yang memang dia tak suka makan tu dengan warna carrot, jagung, kacang peas, telur tabur-tabur. So dia akan nampak cantik. Mula-mula nak suap tu konfem la mak kau ni SUmaiyah akan suap telur dulu. Baru boleh suap nasi. Kalau tak, penat je aku masak banyak-banyak. Last sekali mak kau jugak yang demookk! nak 

Elak makanan yang sama dalam seminggu
Tip aku adalah seminggu. Tapi aku tau tahap aku ni agak malas untuk cari idea kan. Sebab tu aku beli buku 400 idea resepi. Wahaha.. 


Buku idea bekal ke sekolah tu saja aku beli just nak tengok macam mana dekorasi makanan tu. Demi mu wahai anak.. 
Tapi semua ni bergantung kepada kerajinan dan kreativiti masing-masing jugak kan. Kalau mak-mak yang memang pandai masak tu, confirm anak aku pon makan agaknya. Takpa, semua ni cabaran untuk membesarkan anak.

Selang masa
jangan terus paksa anak korang makan sampai habis makanan tu yer. Kang termuntah pula nanti. macam aku, aku selalu kena tegur dengan mertua. "Biar la, jap lagi suap pula nasi tu".
Tapi sebab aku memikirkan masa yang berlari-lari tinggalkan aku, so aku cari alternative macam mana nak bagi Sumaiyah  ni leka buat sesuatu sambil makan.
So time tu jugak aku cepat-cepat buka youtube 'Ultraman' atau education songs for kids.
bila tengok lagu-lagu macam tu, dua beradik tu confirm joget punyaaa. Asal suap telan..suap telan. Semudah ABC.
Cara kedua yang hampir sama, aku bukak VCD. Selalunya buka VCD yang memang aku beli untuk diorang macam lagu tradisional kanak-kanak. Macam-macam la lagu dalam tu. So dari 45 minit boleh dikurangkan sehingga 20 minit je suap sampai kenyang. Kalau makan dengan nenek dia, nenek dia buka VCD dikir barat. Hahhhh.. tu lagi syok. sampai tergelak-gelak kami. Dah jadi hiburan pulak suap anak ni
=]

Combine western and tradisional food
Kalau aku rajin, aku buat sup ayam ke, sup daging ke. 
At first suap nasi dengan sup dulu. For sure aku akan buat juga die terliur. Cara nyer?
Suapan pertama: sup sahaja
suapan kedua: sup dan ayam
suapan ketiga : sup dan nasi
suapan keempat: sup dan nasi
suapan keempat: sup dan carrot
dan seterusnya...
kena bagi diorg rasa dulu.. maybe cara ni sangat berguna untuk aku suap Sumaiyah
kalau tak jadi jugak, memang last choice aku akan rebus spagetti atau apa-apa jenis noodle untuk makan dengan sup tadi. InsyaAllah setakat ni berjaya.


So itu saja latihan aku leh  bagi kat korang setakat ada 2 orang anak ni. esok ada 3.. 4 tak tau la macam mana ragam diorang pulak kan. Tapi aku harapkan semua nya baik-baik. Ragam Sumaiyah ni aku kira belum kritikal bagi aku berbanding kanak-kanak lain. Lepas makan confirm aku upahkan susu. 
Apa pun kita buat, niat kerana Allah untuk besarkan anak-anak jadi umat yang boleh beri sumbangan pada agama islam bila dah besar nanti. Bila ingat yang ni, aku selalu jadi rajin untuk buat sampai diorang berdua ni makan. Sekejap je, yang penting rajin dan elak penyakit M





23 March 2015

TIPS MENGAJAR ANAK UNTUK TIDAK MENGGUNAKAN LAMPIN PAKAI BUANG ATAU PAMPERS

Assalammualaikum..

Ok hari ini saya ingin share dengan anda semua cara-cara untuk mengajar anak untuk tidak menggunakan pampers. Penting ke??? Iye.. Ini sangat penting untuk membantu dalam mendisiplinkan anak-anak dan mengurangkan kos penyelenggaraan anak-anak (hehe). Sedar tak sedar kita akan membelanjakan sekurang-kurangnya 40sen untuk sehelai pampers. Bayangkan kalau lima keping sehari bagi seorang anak, berapa kos pampers yang telah kita bazirkan? 5keping X 0.40sen =RM2.00. Itu baru seorang kalau kita ada anak 1tahun, 3tahun,4tahun dalam satu masa? Minimum seorang anak akan menggunakan 5 keping pampers. Tapi apa yang ingin saya sampai kan bukanlah kita mementingkan duit. tapi mahu mendisiplinkan anak-anak sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan kos tambah-tambah lagi time GST ni.

Antara tips-tipsnya adalah:

1. Ibubapa perlu tahap kesabaran yang tinggi 

Ini sangat perlu terutamanya pada peringkat awal. Sebab anak kita tak tahu lagi bila yang dia akan rasa nak terkucil atau berverak? Apa itu terverak? Ia adalah berlawanan dengan terkucil (hehe). Sebagai ibubapa kita perlu selalu tanya anak kita nak terkucil atau tidak. Sebelum keluar bershoppinng terutamanya. Peerrrrluuu sangat-sangat suruh dia kencing dahulu sebelum menaiki kereta. Terverak pulak? Bila dia dah mula sorok-sorok belakang langsir, lari ke bilik, nak verak la namanya tu. Cepat-cepat lah suruh anak-anak buang seluar dan bawa ke toilet.

2. Suasana dan keadaan rumah yang menyokong untuk latih anak-anak potty train.

Kalau boleh selagi anak-anak tak pandai untuk bagitahu untuk kencing atau verak, elakkan carpet, tikar, tilam, toto atau seangkatan di rumah. Kalau anda rasa anda sangat rajin untuk clearkan sisa-sisa buangan tersebut boleh la berbuat demikian. Tapi untuk memastikan keadaan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa. Korban la sedikit. Senang kalau nak cuci nanti. Kalau anak betul-betul dah terrrrrr, ibu bapa perlu sabar dan beri amarah bahawa apa yang dia buat tu adalah salah. Perlu ingat yer, jangan sesekali anda menggunakan kekerasan. Betulkan balik niat. Kita mahu train anak bukan nya nak dera anak.

3. Sentiasa Konsisten untuk ceraikan anak dengan pampers.

Bila anak dah pandai untuk cari bilik air sendiri di rumah jangan pula kita biasakan anak dengan pampers untuk aktiviti di luar. Kadang-kadang ibu bapa ambil mudah denganpakaikan pampers supaya tak perlu cari bilik air. Jangan! Jangan! dan Jangan! Kadang-kadang bila kita tidak konsisten anak-anak akan jadi malas dan minta untuk pakaikan pampers di rumah. atau terlupa untuk ke bilik air bila nak verak atau kencing. salah siapa? kita jugakkkk.. Sapa yang susah? Kita jugak kan. Jadi bila dah pandai tu teruskan sahaja usaha murni anda di dalam atau di luar rumah. Sebab tu seperti dalam tips no1 tadi, pastikan anak anda kencing dahulu sebelum keluar rumah bagi mengelakkan perkara yang memenatkan anak ketika bershoping nanti. I like!

4. Berikan kata-kata pujian dan semangat 

Anak-anak ni akan rasa dihargai bila kita puji dia. InsyaAllah dia akan ingat dan rasa bangga. Kalau anda ada sikit bajet boleh juga bagi ganjaran dan  hadiah supaya dia rasa lebih termotivasi lagi lepas ni. Tapi bila dia dah terrrr jugak jangan pula pukul atau tengking dia. Sebaliknya beri amaran dan ajar dengan ayat-ayat yang lembut. Kanak-kanak sekarang kalau kita makin kasar, dia pun akan kasar dengan dia. Apapun nawaitu itu kene tanam betul-betul dalam hati anda yer.



5. Elakkan dari menggunakan portable potty training

Apa itu portable potty trainning tu? Macam gambar di bawah..


Portable potty training

.
.
.

Lebih baik gunakan cara ini
.
.
.
.


Ramai ibubapa menarik minat untuk menceraikan anak-anak mereka dengan pampers dengan portable potty training. Kalau boleh elak kan, nanti sampai 5 tahun masih lagi nak guna portable potty training sambil dok depan tv. Terpaksa la anda ambik bau sorang sikit sampai prosesnya selesaikan? (hehe). Lagi mudah dan menjimatkan terus saja bawa anak anda ke toilet. Ini salah satu cara untuk mendidik anak-anak supaya berdisiplin dan membezakan yang mana suci dan yang najis.

Ok sekian sahaja tips mendidik anda supaya tidak menggunakan pampers di dalam atau di luar rumah. Yang penting kita mendidik bukan menghukum anak bila mereka melakukan kesalahan. Jadikan anak anda generasi terbilang. Selamat beramal!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK