Ok hari ini saya ingin share dengan anda semua cara-cara untuk mengajar anak untuk tidak menggunakan pampers. Penting ke??? Iye.. Ini sangat penting untuk membantu dalam mendisiplinkan anak-anak dan mengurangkan kos penyelenggaraan anak-anak (hehe). Sedar tak sedar kita akan membelanjakan sekurang-kurangnya 40sen untuk sehelai pampers. Bayangkan kalau lima keping sehari bagi seorang anak, berapa kos pampers yang telah kita bazirkan? 5keping X 0.40sen =RM2.00. Itu baru seorang kalau kita ada anak 1tahun, 3tahun,4tahun dalam satu masa? Minimum seorang anak akan menggunakan 5 keping pampers. Tapi apa yang ingin saya sampai kan bukanlah kita mementingkan duit. tapi mahu mendisiplinkan anak-anak sekaligus dapat menjimatkan perbelanjaan kos tambah-tambah lagi time GST ni.
Antara tips-tipsnya adalah:
1. Ibubapa perlu tahap kesabaran yang tinggi
Ini sangat perlu terutamanya pada peringkat awal. Sebab anak kita tak tahu lagi bila yang dia akan rasa nak terkucil atau berverak? Apa itu terverak? Ia adalah berlawanan dengan terkucil (hehe). Sebagai ibubapa kita perlu selalu tanya anak kita nak terkucil atau tidak. Sebelum keluar bershoppinng terutamanya. Peerrrrluuu sangat-sangat suruh dia kencing dahulu sebelum menaiki kereta. Terverak pulak? Bila dia dah mula sorok-sorok belakang langsir, lari ke bilik, nak verak la namanya tu. Cepat-cepat lah suruh anak-anak buang seluar dan bawa ke toilet.
2. Suasana dan keadaan rumah yang menyokong untuk latih anak-anak potty train.
Kalau boleh selagi anak-anak tak pandai untuk bagitahu untuk kencing atau verak, elakkan carpet, tikar, tilam, toto atau seangkatan di rumah. Kalau anda rasa anda sangat rajin untuk clearkan sisa-sisa buangan tersebut boleh la berbuat demikian. Tapi untuk memastikan keadaan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa. Korban la sedikit. Senang kalau nak cuci nanti. Kalau anak betul-betul dah terrrrrr, ibu bapa perlu sabar dan beri amarah bahawa apa yang dia buat tu adalah salah. Perlu ingat yer, jangan sesekali anda menggunakan kekerasan. Betulkan balik niat. Kita mahu train anak bukan nya nak dera anak.
3. Sentiasa Konsisten untuk ceraikan anak dengan pampers.
Bila anak dah pandai untuk cari bilik air sendiri di rumah jangan pula kita biasakan anak dengan pampers untuk aktiviti di luar. Kadang-kadang ibu bapa ambil mudah denganpakaikan pampers supaya tak perlu cari bilik air. Jangan! Jangan! dan Jangan! Kadang-kadang bila kita tidak konsisten anak-anak akan jadi malas dan minta untuk pakaikan pampers di rumah. atau terlupa untuk ke bilik air bila nak verak atau kencing. salah siapa? kita jugakkkk.. Sapa yang susah? Kita jugak kan. Jadi bila dah pandai tu teruskan sahaja usaha murni anda di dalam atau di luar rumah. Sebab tu seperti dalam tips no1 tadi, pastikan anak anda kencing dahulu sebelum keluar rumah bagi mengelakkan perkara yang memenatkan anak ketika bershoping nanti. I like!
4. Berikan kata-kata pujian dan semangat
Anak-anak ni akan rasa dihargai bila kita puji dia. InsyaAllah dia akan ingat dan rasa bangga. Kalau anda ada sikit bajet boleh juga bagi ganjaran dan hadiah supaya dia rasa lebih termotivasi lagi lepas ni. Tapi bila dia dah terrrr jugak jangan pula pukul atau tengking dia. Sebaliknya beri amaran dan ajar dengan ayat-ayat yang lembut. Kanak-kanak sekarang kalau kita makin kasar, dia pun akan kasar dengan dia. Apapun nawaitu itu kene tanam betul-betul dalam hati anda yer.
5. Elakkan dari menggunakan portable potty training
Apa itu portable potty trainning tu? Macam gambar di bawah..
Portable potty training
.
.
.
Lebih baik gunakan cara ini
.
.
.
.
Ramai ibubapa menarik minat untuk menceraikan anak-anak mereka dengan pampers dengan portable potty training. Kalau boleh elak kan, nanti sampai 5 tahun masih lagi nak guna portable potty training sambil dok depan tv. Terpaksa la anda ambik bau sorang sikit sampai prosesnya selesaikan? (hehe). Lagi mudah dan menjimatkan terus saja bawa anak anda ke toilet. Ini salah satu cara untuk mendidik anak-anak supaya berdisiplin dan membezakan yang mana suci dan yang najis.
Ok sekian sahaja tips mendidik anda supaya tidak menggunakan pampers di dalam atau di luar rumah. Yang penting kita mendidik bukan menghukum anak bila mereka melakukan kesalahan. Jadikan anak anda generasi terbilang. Selamat beramal!
No comments:
Post a Comment