please click here

9 March 2015

WAHM BUAT DUIT DARI EBAY??

Assalammualaikum,

Semakin hari semakin dekat masa untuk mencapai impian saya untuk menjadi WAHM tidak lama lagi. Sebagai persediaan untuk menjadi WAHM saya perlu memikirkan bagaimana untuk membantu en suami menjana pendapatan sampingan. Cari punya cari, ada juga info tentang perniagaan atau dropship yang boleh kita lakukan melalui ebay. Untuk mengetahuan semua, ebay ini boleh menjana pendapatan kita sehingga 10,000USD. apa yang menarik, ada rakan blogger yang saya temui hanya meraih pendapatan tersebut hanya melalui aktiviti dropship sahaja. Tahniah buat mereka. Anda boleh baca di blog beliau http://oh-kiji.blogspot.com/


Rupanya banyak lagi kita perlu belajar untuk menjana pendapatan sampingan. Tapi ingat, saya selalu muhasabah kan diri saya, saya buat semua ini hanya untuk membantu suami dalam memajukan keluarga kami. Bukan untuk menjadi kaya raya. Ini sentiasa bermain di fikiran saya supaya bila dah ada duit nanti kita  tidak menjadi orang yang hilang fokus, mementingkan perniagaan dari anak-anak. Bagi saya, dapat RM500 pun sudah rezeki, asalkan boleh meringankan beban suami setiap bulan. Untuk suami tercinta, sentiasa la beri semangat buat isteri mu ini supaya makin bersemangat membantu mu mencari rezeki dan bahagiakan keluarga kita. =)

Ok, buat permulaan ini, saya kongsi kan dengan anda kenapa ebay adalah salah satu tempat yang sesuai untuk menjalankan perniagaan dropship:

a) Ramai pembeli yang sanggup membeli barangan anda dalam sekelip mata. Ini adalah kerana lebih dari 2 juta pelawat setiap hari.
b) Ramai orang kini membuat duit di eBay. Malah ada diantaranya telah pun menjadi jutawan dengan hanya menjual di eBay di rumah.
c) Mudah. eBay menyediakan satu platform yang mudah untuk semua orang. Malah ia kini didapati di kebanyakan negara seperti UK,US,Europe, India,Malaysia,Singapore,Filipina, Australia dan banyak lagi. Yang terbaru
ialah Thailand.
d) Pelbagai cara. Di eBay, anda boleh mengunakan cara lelongan atau dengan harga tetap. Anda boleh mengunakan kedua duanya bagi memaksimakan jualan anda.
e) Kemudahan pembayaran. eBay telah menyediakan satu platform pembayaran yang diiktiraf di seluruh dunia dan lebih dari 100 juta pengguna di seluruh dunia iaitu Paypal. Masalah untuk mengeluarkan wang dari Paypal juga telah diatasi.Untuk menetahuinya anda boleh layari Jutacash.com dan MalaysianPal.com untuk maklumat lanjut tentang bagaimana caranya mengeluarkan wang dari Paypal.
f) Pembayaran melalui Kad Kredit. Pembayaran mengunakan kad kredit adalah kelebihan utama dalam menjual barangan di internet. Ia sangat mudah dengan PayPal.

Baiklah untuk perkongsian lebih lanjut insyaAllah saya akan update untuk entri yang akan datang. Sekian, hingga bertemu lagi..Wasalam.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK