please click here

28 February 2015

SEBAB-SEBAB TERPAKSA BERCINTA ATAU PERKAHWINAN JARAK JAUH


KENAPA KITA TERPAKSA BERJAUHAN?


Assalammualaikum and happy good morning..

Alhamdulillah hari ini, for the 1st time suami saya tidak balik untuk spend masa bersama anak-anak dan isteri tercinta. And for the 1st time saya dapat menerima hakikat yang dia tidak dapat balik. Apapun, saya tahu suami saya sedang buat yang terbaik untuk memajukan kehidupan kami sekeluarga. Selalunya, bila di awal minggu suami tidak dapat balik, sepanjang minggu itu juga lah saya kan jd tiada mood dan kurang bercakap bila suami menghubungi. Akhirnya suami akan tetap mengalah. Walau apa pun jua tugasan penting, dia akan tinggal semata-mata untuk memenuhi masa untuk kami sekeluarga.

Ok, hari ini saya sedar. Perhubungan jarak jauh yang sangat memerlukan pengorbanan kedua-dua pihak ada sebab nya. Tidak kira yang sedang bercinta atau pun yang telah berkahwin. Bagi pasangan yang berkahwin dan mempunyai anak, ini sangat memeritkan. Masa, tenaga, wang dan emosi perlu dikorbankan. Mungkin saya telah ditakdirkan berjauhan dengan suami pada awal perkahwinan kami. Namun masih di beri peluang oleh Allah untuk bersama hanya 1 tahun. Dan kemudian berjauhan semula. 

Ada beberapa sebab yang memungkinkan kita terpaksa melalui perhubungan jarak jauh atau lebih mudah PJJ

1. Kerjaya
Kebanyakan antara kita bercinta sebelum berkahwin bukan? mungkin berkenalan semasa di bangku sekolah. Tak kurang juga yang kenal di menara gading. Oleh itu, sudah tentu bila saja kita menerima tawaran untuk bekerja adalah berlainan mengikut rezeki masing-masing dan kelayakan. Dulu kita di satu universiti, tapi disebabkan keperluan jawatan kosong adalah amat sukar,kita ditempatkan di lokasi yang berbeza. Demi menuntut rezeki, kita terpaksa redha untuk berjauhan. 

2. Menuntut ilmu
Ramai sahabat saya kini telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Master. Tahniah diucapkan. Namun ada kesedihan yang terselit di hati mereka. Tapi keazaman yang membara untuk belajar keperingkat lebih tinggi tak kurang penting. Apapun, hanya seketika. Demi memajukan keluarga. Ada juga di kalangan kita yang sedang berkahwin semasa menuntut di Universiti. Semuanya ada alasan masing-masing. Tapi apa salahnya, benda yang baik, tak baik dilengah-lengahkan.

3. Kesihatan
Kesihatan pasangan yang memerlukan perawatan yang lebih menyebabkan kita terpaksa berjauhan. Mungkin di tempat tinggal kita tiada rawatan yang ditawarkan dan perlu ke hospital yang lebih jauh. Ada juga yang terpaksa berjauhan kerana ingin menjaga ibubapa yang sedang sakit di dapur. Jangan mengeluh! Lakukan dengan ikhlas mungkin apatah lagi mereka adalah orang yang membesarkan kita dahulu. 

4. Keselamatan
Ini sangat penting bagi mereka yang bekerja dalam jadual anjal. Contohnya askar, jurutera di pelantar, nurse dan lain-lain. Sekiranya pasangan kita terpaksa bekerja malam, kita perlu hantarkan anak-anak dibawah tanggungjawab kita kepada mereka yang boleh dipercayai. Selalunya tidak mengambil masa yang lama. Walaubagaimanapun, dengan kesibukan kerja, kita jangan lupa kepada mereka (anak-anak). Jangan mereka rasa hilang kasih sayang daripada ibubapa.

5. Kewangan
Sara hidup yang tinggi dari segi makanan, kos sewa rumah, bil-bil harian, mugkin tidak setimpal dengan gaji yang diperolehi. Contohnya warga kota yang tinggal di Kuala Lumpur. Bagi mereka yang kurang mampu akan mengambil langkah untuk membawa pasangan dan anak-anak ke kampung memandangkan kos sara di kampung agak rendah. Wang bukan segala-galanya, tapi tanpa wang kita tidak boleh buat segala-gala. Biar pun sukar, tapi tuntutan untuk mencari rezeki perlu diteruskan. Antara penyelesaian nya mungkin isteri boleh membantu menambahkan pendapatan di rumah contonya menjual kuih, mengambil upah menjaga anak, menjahit dan sebagainya. Dalam masa yang sama dapat meringankan beban si  suami. Bantu lah sesama kita demi masa depan bersama.

Walau macam mana pun jauh kita dengan suami, yang penting....


Dari papan kekunci,
Rohaya Binti Abdul Razak

2 comments:

Mak Jemah Jual Vitamin said...

MJ pernah alami hubungan jarak jauh dengan suami..kerana tuntutan kerja..memang kalau boleh taknak ulang lagi apatah lagi masa tu tinggal dengan anak je. tak best tanpa suami di sisi..

rohaya tupperware said...

betul tu MJ. setiap yang berlaku ada hikmahnya. tapi insyaAllah kalau kite berfikiran positif kite akan merasa nikmatNYa. Saya sekarang ni sedang berjinak-jinak untuk menjadi wahm tidak lama lagi. Aminn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK