please click here

25 February 2015

CABARAN HIDUPKU KETIKA PERHUBUNGAN JARAK JAUH

Assalammualaikum...

Alhamdulillah dan syukur dengan nikmat Allah, saya dan anak-anak masih lagi diberi nikmat kesihatan yang baik dan kehidupan yang serba sederhana. Bulan Februari 2015 ini genap 2tahun 2bulan saya dan anak-anak duduk di Kelantan walaupun terpaksa berjauhan dengan suami. Walaupun banyak liku-liku dan cabaran yang datang, dalam keadaan tangisan, suka dan duka alhamdulillah saya tetap sabar dan tabah hingga saat ini. Mungkin ini lah dikatakan rezki dan ketentuan Allah. Ada yang hidup bersama suami tapi Allah masih belum kurniakan anak. Tapi rezeki saya, cukup indah saya kira. Mula berjauhan sewaktu anak pertama berusia 7bulan. Hingga kini kami dianugerahkan Allah mempunyai 2 orang anak, anak bongsu dah 1tahun 1bulan.

Berbalik pada cabaran dan dugaan, sukar untuk huraikan satu persatu. Bagi saya, semuanya harus ditelan tanpa menoleh ke belakang supaya tiap hari yang mendatang kita semangat bersemangat. Tapi sekadar perkongsian bersama pembaca yang mungkin saya kira bakal berjauhan dengan suami atau pasangan anda terutamanya yang baru memulakan hidup berpasangan. Suami saya amat beruntung sebab saya bekerja di Kelantan, yang kebetulan adalah kampung suami saya. Saya tinggal dengan mertua disebabkan suami saya risaukan keselamatan anak-anak dan saya sendiri. Walaupun pada mula saya mahukan rumah sewa, akhirnya saya akur atas beberapa faktor.

Musim perayaan... bila tiba musim perayaan, selalu saja saya yang akan bertanya bila boleh beraya ke bersama family saya. Mana tidaknya, sepanjang tahun berada di Kelantan, memang susah untuk saya dan adik-adik berkumpul. Di kesempatan cuti raya ni antara peluang yang saya boleh ambil untuk berjumpa dengan nenek, sedara mara terutamanya mama abah dan adik beradik saya. Apapun suami perlu prihatin dan memahami pasangan mereka. Bagi saya, suami amat memahami. Walaupun adakala giliran beraya sepatutnya di Kelantan, kami akan bergerak beraya di kampung saya di Kedah pada sebelah petang raya pertama. Kalau giliran raya tahun tersebut di Kedah, mungkin raya ke 3 atau ke4 baru kami akan bergerak ke Kelantan. TQ hubby kerana memahami.

Musim cuti sekolah... mungkin bagi pasangan yang bukan bekerja sebagai pendidik di sekolah masalah ini tidak timbul. Tapi bagi suami atau isteri yang merupakan guru.. ambil lah peluang ini untuk bercuti supaya anda dapat aura baru dan masa untuk bersama family anda sendiri. Pengalaman saya, bila tiba cuti sekolah, saya akan mengambil cuti rehat (disebabkan saya merupakan pegawai di badan berkanun). Kebetulan pula adik-adik ipar kebanyakan merupakan guru dan akan bercuti pulang ke Kelantan bila tiba cuti sekolah. peluang ini disambut baik oleh suami. selalunya suami saya akan bawa kami sekeluarga bercuti, untuk mengelakkan 'crowded' dirumah memandangkan saya tinggal di rumah mertua bersama anak-anak.

Waktu mengandung??? Ini keadaan yang getir. Kalau tidak dapat mengawal emosi.. mungkin akan mendatangkan kesan kepada anak yang bakal dilahirkan. Paling kritikal di awal proses kandungan, selalunya wanita akan mengalami keletihan dan alahan yang melampau. Antara cara untuk mengatasi nya, cari lah rakan untuk tinggal bersama anda supaya anda tidak stress dan dapat mengawal emosi, Jangan terlalu memikirkan perkara yang negatif atas perhubungan anda. Mungkin kita rasa terpinggir, tapi percaya lah, anak yang bakal dilahirkan nanti mesti kuat sepeti anda! amalkan membaca ayat suci alquran dan zikir-zikir. Boleh diamalkan ketika sedang memandu atau  di dalam pejabat.




Keletihan... Bagi isteri yang bekerja dan terpaksa berjauhan dengan suami pastinya perlu menguruskan jadual harian sendirian. Lebih rumit bila kita mempunyai anak. Terpaksa basuh baju, lipat baju, mengasuh anak, memasak, mengemas dan sebagainya. balik dari kerja yang sememangnya meletihkan akan buat kita lebih tertekan. selalunya bila balik ke rumah, saya akan mendakap anak saya, bawa sekitar perkarangan rumah. Mari lah muhasabah diri... kita lakukan semuanya kerana kamu wahai anak! Jadi kenapa perlu tertekan bila anak buat perangai. Seharian tunggu ibunya pulang dari kerja, bila balik kita pulang tengking dan marah-marah mereka. Apa yang penting, jadikan semuanya sebagai tanggungjawab kita sebagai ibu atau bapa. InsyaAllah...bila besar nanti anak-anak akan jaga kita macam kita jaga dia masa kecil-kecil dulu.

Kewangan... Ini antara faktor besar juga yang akan kritikal terutamanya zaman yang kian moden. Transport ulang alik, pakaian, makanan..semuanya perlukan wang. Bagi setiap pasangan yang PJJ...kita tak dapat lari, suami saya sendiri setiap minggu berulang alik dari Kuala lumpur ke Kota Bharu..Setiap minggu! Dari KL menaiki kapal terbang ke Kota Bharu.. ahad malam bergerak ke KL menaiki bas terus sebelah pagi isnin nya ke sekolah.
 Dari rumah di Kota BHaru suami akan terus berpakaian pejabat dan tiba di stesen bas hanya memberus gigi sebelum mennuju ke sekolah. Tapi itulah pengorbanan. Katanya di kesian kan isteri dan anak-anak. Apa salahnya di korbankan tenaga dan masa untuk anak-anak.. Sekali lagi..jutaan terima kasih kerana masih menyayangi saya dan anak-anak. Pengorbananmu tak kan kami bertiga lupa kan.

Baiklah kita sambung entri seterusnya nanti. Terima kasih kerana sudi membaca..

ikhlas dari saya
ROHAYA BINTI ABDUL RAZAK




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK