Bismillahirrahmanirrahim...
Bestnya tengok duit kat atas tu? kalau betul-betul dapat, apa yang akan kita buat ye? Syok!!
mentang-mentang hari ini hari dapat duit gaji bagi mereka yang bekerja kerajaan. Jadi bagi mereka yang rasa masih tak cukup, mari kita kongsi sama-sama idea untuk menambah pendapatan sampingan. Sekarang ini macam-macam kita boleh buat bagi tambah pendapatan. Pokoknya...rajin atau malas?
untuk permulaan mungkin susah dan rasa malas untuk luangkan masa dan sikit tenaga, tapi bila dah dapat, insyaAllah motivasi dan semangat tu dengan sendiri akan datang dalam diri kita kan. Baik, hari ni saya nak kongsi beberapa tips dan idea untuk buat duit melalui internet
1. Dropship
Ini perkara yang paling senang. Konsepnya, kita dapatkan supplier, promote barangan dan dapat komisyen.
Mudah sahaja. Kalau tak faham juga, anda boleh tengok detail di bawah.
Dropship ni paling sesuai bagi mereka yang bergelar suri rumah. Terutamanya mereka yang sangat sibuk untuk handle anak-anak. Sambil-sambil dok jaga anak tu, boleh la update product-product supplier di facebook, instagram, blog dan sebagainya. Hanya tunggu customer dan buat tempahan. Untungnya, anda tak perlu langsung keluarkan modal dan menyimpan stok di rumah. Ni yang baik nya. PERNIAGAAN YANG TIDAK MEMPUNYAI RISIKO. Tapi ingat, kene rajin-rajin la update dan promote supaya lebih dikenali oleh pelanggan.
2. Tuisyen
Untuk yang gemar dengan kanak-kanak dan ada kesabaran untuk mengajar, boleh buat tuisyen sama ada di rumah atau di pusat tuisyen. Tuisyen pun boleh dapat pendapatan lumayan, Apatah lagi kalau buat tuisyen di rumah pelajar. Boleh charge mahal sikit daripada biasa. Ramai juga cikgu-cikgu yang buat tuisyen di rumah pada sesi cuti persekolahan dan hujung minggu. Dapat gaji, duit poket pun dapat. Sekarang ni, ramai yang lebih suka hantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen, Apalagi, rebut lah peluang ini.
3. Jual makanan atau katering
Idea ni perlukan pengorbanan masa dan skill. Saya rasa yang mempunyai anak yang kecil, cara ini mungkin meremehkan bagi anda. Perlu bangun awalm sediakan bahan mentah dan menjual. Tapi kalau kita pandai bahagikan masa, mungkin dapat menjana pendapatan lumayan.
4. Pengasuh atau pusat jagaan
Sekarang ni ramaii yang lebih prefer pengasuh daripada taska. Kenapa? Pengasuh lebih memberi fokus kepada anak kita berbanding taska. Bagi mereka yang sukakan pada kanak-kanak boleh iklankan untuk menawarkan perkhidmatan sebagai pengasuh. Lagi-lagi kalau kita pun ada anak kecil, lagi seronok. Anak kita ada kawan untuk bermain di rumah. Suap makanan pun boleh suap dengan anak yang kita asuh. Tak rugi kan? Sambil jaga anak yang diasuh, sambil jaga anak sendiri.Syoknya!
5. Kelas online
kalau anda seorang yang sangat berminat dengan komputer. Boleh wujud kelas-kelas online. Ini pun sangat menguntungkan. Antara kelas online yang ada di malaysia pun banyak. Kelas online bekerja di rumah, kelas online menjana pendapatan, kelas online belajar saham., kelas online belajar memasak dan macammm lagi. Kalau kita dah master dengan kelas atau teknik tersebut, tak mustahil kita boleh terbitkan ebook untuk di pasarkan.
6. Kelas memasak dan menjahit.
Idea ni memerlukan teknik dan skill. Boleh juga sambil-sambil wujudkan kelas memasak dan menjahit ini sebagai tempahan. Untung-untung time raya, mesti masyuk duit masuk dalam poket.(hehehe)
7. Jurumekap atau jurugambar
Yang ni memang laris setiap kali cuti sekolah. Samada untuk majlis perkahwinan, pertunangan, majlis harijadi atau event-event besar. Dengan skill yang ada, anda hanya perlu iklan kan dapat jumpa customer hanya melalui alam maya. Pendek kata, kalau kita ada bakat, tepuk dada tanya selera. Kalau dah minat, boleh jana pendapatan yang lumayan hanya dengan menunggu customer di rumah. Menarik kan?