please click here

5 January 2015

MENGHITUNG HARI

Bismillahirahmanirrahim...

YA ALLAH,
Jadikan lah blog RohayaJuruteraBerjaya ini sebagai medium yang dapat memberi manfaat dan berkongsi kisah kehidupan kepada orang lain.

Assalammualaikum

Ini adalah penulisan pertama saya untuk blog ini, walaupun sebelum ini saya penah menulis dibeberapa blog saya sendiri. tapi saya mahu jadikan blog ini sebagai cara saya berkongsi pengalaman saya untuk memulakan hidup baru dan lembaran baru beberapa hari lagi. Moga-moga apa yang telah saya rancang bersama suami tercinta akan terlaksana jua setelah hampir 10tahun kami berkenalan, berkahwin, mempunyai anak, duduk berjauhan. Mungkin ini petunjuk dan rezeki kami sekeluarga untuk terus lebih maju kehadapan dalam erti hidup yang lebih bermakna bersama anak-anak.

Rancangan penulis bersama suami, dan kami telah bersetuju untuk hidup bersama selepas ini. Jika dinukilkan panjang pula ceritanya. Penulis ceritakan serba sedikit mengenai penulis. Kami telah berkahwin pada 23 Julai 2011. Dikurniakan puteri pertama Raja Nur Sumaiyah Binti Raja Mohd Salahuddin pada 10 Mei 2012. 


Sumaiyah bersama umi dan ayah di Pantai PCB


Kemudian pada 30 Disember 2012, saya telah melapor diri bekerja di sebuah Institusi Badan Berkanun di negeri Kelantan. terpaksa berjauhan dengan En Suami buat kali kedua. Kali pertama semasa saya mengandungkan Suamiyah. Masa kandungan 4 bulan, alhamdulillah Allah memberi rezeki pada suami berpindah ke Negeri Kelantan pada Januari 2012. 
Lepas  tu, kami menerima puteri ke-2, Raja Nur Sofiyah Binti Raja Mohd Salahuddin pada 8 Febuari 2014. Cerita sukaduka mengandung tanpa suami akan penulis ceritakan kemudian.hehehe


Sofiyah bersama kakak sumaiyah, umi dana ayah di IJM land, sban 2.


          Dipendekkan cerita, dari Disember 2012 hingga hari ini, Januari 2015.. saya dalam diam sebenarnya telah membesarkan anak ketika suami terpaksa bertugas sebagai guru di Seremban. Kali ini, penulis nekad untuk memulakan hidup baru sebagai WAHM (work at home mom) bermula Mac 2015.
kalian doakan ye semoga apa yang telah kami rancangan akan berjalan dengan baik. Walaupon penulis telah mempunyai hampir 5 tahun lebih sebagai Jurutera Mekanikal di 2 buah syarikat swasta dan kini sedang bertugas di sebuah badan berkanun, penulis rasa ini jalan yang terbaik. Tak sanggup lagi hidup berjauhan dengan suami dan terpaksa menjaga anak yang semakin membesar dan perlukan perhatian penulis. Biarlah, rezeki Allah dimana-mana, yang penting kita sebagai manusia sentiasa semangat, berusaha dan berdoa mencarinya. 
     Semalam, setelah buat grand discussion dengan En Suami, kami berdua dan bernekad nak menetap di Nilai. ALhamdulillah, tahun ni dah dapat rumah sendiri. InsyaAllah, lepas ini penulis tak perlu pening-pening dan tunda lagi niat untuk meletak jawatan sebagai Jurutera Mekanikal. anak semakin membesar, biarlah ayahnya saja mencari rezeki. Penulis akan usaha kan cara lain untuk pendapatan sampingan. apapun, niat utama penulis untuk bersama suami dan meletak jawatan adalah nak didik anak-anak dengan usaha sendiri mengikut yang disyariatkan dan mahu menjaga keluarga penulis. Itu yang utama, jadi utamakan lah yang lebih utama. 
    Tak sabar rasanya nak tunggu hari yang dinanti-nantikan, sebelum ni pun dah lama penulis nak berhenti tapi lepas consider banyak perkara, penulis tangguhkan dulu. Penulis penah mohon cuti tanpa gaji supaya dapat fokus kan pada anak-anak dan family, mungkin belum rezeki penulis, cuti tersebut ditolak mentah2 oleh ketua jabatan. Tak mengapa, penulis redha. Ada hikmahnya.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK