Apa itu HOMESCHOOLING atau lebih mudah pembelajaran di rumah? tentu perkataan ini agak asing di Malaysia. Tetapi bagi negara barat, homeschooling adalah proses pembelajaraan yang biasa dijalankan di rumah. Proses pembelajaran ini adalah alternatif yang biasanya dijalankan oleh ibu atau bapa untuk mendidik anak-anak di rumah disamping memupuk jalinan kasih sayang di antara ahli keluarga. Bagi pengalaman saya sendiri, saya lebih suka menjalankan homeschooling di rumah kerana dapat memantau perkembangan dan intelektual anak-anak di depan mata kita sendiri.
Tujuan Homeschooling
Jika bertanya kepada saya apa tujuan saya sangat gemar kepada homeschooling kepada 2 orang puteri saya, Sumaiyah dan Sofiyah. Sememangnya naluri keibuan sangat menebal dalam diri untuk mendidik sendiri anak-anak saya mengikut peredaran masa dan kehendak pembesaran anak-anak. Banyak sebab menjadikan diri saya sangat tertarik kepada melakukan homeschooling walaupun mereka masih kecil.
2. Mengawal pertuturan dan bahasa- kebanyakan kanak-kanak yang tinggal di taska atau pusat asuhan sangat terdedah kepada bahasa kanak-kanak yang dipengaruhi oleh rakan sebaya. Ada yang mengeluarkan perkataan kasar dan kesat sehingga terbawa-bawa ke rumah. Bagi saya, selalu saya ingatkan kepada Sumaiyah "kakak, tak baik kata macam tu. Nanti Allah marah. Allah potong lidah nanti". Cara ini saya kira jalan terbaik untuk didik Sumaiyah supaya dapat bezakan perkataan yang baik dan buruk.
3. Memantau pemakanan - Ini faktor yang penting yang sentiasa menjadi kerisauan saya ketika anak-anak di luar kawalan saya. Setiap makanan yang masuk ke perut anak-anak kita akan memberi kesan yang besar kepada perkembangan anak-anak. Jadi pastikan makanan yang kita berikan adalah halal, bersih dan berzat. Jangan terlalu membiasakan anak-anak dengan makanan rapu yang semakin laris. Anak yang hebat, sudah tentu membesar dengan makanan yang disediakan daripada ibu yang hebat!
5. Disiplin - konsep 5'S yang selalu saya terapkan dalam keluarga yang tidak ketinggalan En. Suami untuk aplikasikan konsep ini dirumah. Apa itu 5'S? sisih, sapu, susun, sentiasa amal dan seragam. Selepas bermain, kakak dan adik perlu kemas mainan mereka semula. Pastikan persekitaran dan suasana sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria. Konsep ini boleh juga ditampal di sudut atau bilik yang sesuai dijadikan homeschooling.
Nukilan dari seorang suri rumah (WAHM)
-PANDUAN PENJAGAAN ANAK DAN HOMESCHOOLING-
No comments:
Post a Comment