Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan..tahun dari 2012 melonjak ke 2015. Satu pengalaman saya kira agak menarik dalam hidup saya sepanjang percintaan dan perkahwinan. Walaupun banyak saat-saat getir, susah dan pahit, bila dikenang semula, menjadikan saya sebagai suri yang makin bersemangat untuk terus melangkah pergi meninggalkan saat kepayahan dan kesusahan.
Ceritanya bermula dari perkenalan saya dan suami. Ketika itu saya masih menuntut di Korea Selatan pada 2005. Sepanjang perkenalan sehingga 2011, kami mengenali satu sama lain dengan jarak jauh. Mula memahami hati masing-masing walau jarak memisahkan kami beribu batu. Sekembali saya di Malaysia pada tahun 2010, saya bekerja di Pasir Gudang. Ketika itu, rasa dekat sikit dengan En Suami saya kerana di mengajar di Johor Bahru. Alhamdulillah saya mendapat tawaran bekerja dii Seremban. Sekali lagi kami dipisahkan dengan perhubungan jarak jauh. Lama kelamaan, bagi mengelakkan kami lebih menjauhi antara satu sama lain, kami berkahwin pada 23 Julai 2011. Walaupun rasa jauh, tapi saya tetap redha dengan ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin juga ada rezki suami untuk berpindah ke seremban bila kami ada baby nanti. Tiba-tiba angan-angan saya selama ini menjadi kenyataan. Sungguh tidak menduga. Cepat sungguh rezeki baby. Cukup saya 4bulan kandungan anak pertama, suami menerima tawaran untuk berpindah ke Seremban. Allhamdulillah, sujud dan syukur saya atas rahmatNya. Sehinggakan nazar saya untuk mengadakan kenduri kesyukuran terlaksana, walaupun tidak sebesar rahmat dan rezeki diberi Allah. Alangkah lega hati saya bermula Januari 2013 saya dapat bersama suami. Hidup seperti manusia normal. Bila berkahwin, mesti mahu bersama suami setiap hari. Berkongsi cerita, suka, gembira, dapat berjalan dan menikmati keindahan rahmat Allah. Bertuah Sumaiyah tika ini, dalam waktu kelahiran suami sentiasa di sisi sehingga Sumaiyah selamat dilahirkan pada 10 Mei 2013.
Awan tak selamanya cerah. Meskipun hidup sempurna walaupun kadang-kadang tertekan dengan masalah bekerja di syarikat Korea, tapi saya sangat bersyukur kerana 2 sahabat dan teman makan, tidur dan hidup saya sentiasa bersama: EN Suami dan Sumaiyah. Sehinggalah pada Disember 2013 saya menerima tawaran sebagai Jurutera Mekanikal di Universiti Malaysia kelantan. Serba salah untuk membuat keputusan. kembali PJJ dengan suami atau terus tertekan dengan masalah di kilang? Akhirnya setelah bermesyuarat dengan suami, listkan semua keburukan dan kebaikan menerima tawaran sebagai Jurutera mekanikal, akhirnya suami menasihatkan saya menerima sahaja tawaran walaupun kami tahu, kami akan kembali terpisah seperti dulu. Sekali lagi akur dengan keputusan suami. Bila sampai ke stage untuk persediaan melapor diri, terpikir saya di mana tempat yang sesuai sekali untuk saya dan Sumaiyah tinggal? "DI RUMAH EM
AK!!"itu kata putus dari suami. Sebagai suami, dia juga perlu pastikan isteri dan anak berada di tempat selamat sebelum melepaskan kami untuk terus berhijrah. "RUMAH EMAK"hati tiap kali tertanya, sanggup atau tidak. Berat hati untuk pergi tapi mungkin ini hanya sementara. Sementara menunggu suami boleh bertukar ke Kelantan. Tapi untuk pengetahuan semua, guru-guru adalah salah satu jawatan professional yang sangat sukar berpindah terutamanya ke negeri Kelantan. Sepanjang hari sebelum melapor diri berdoa supaya Allah beri jalan terbaik untuk kami berdua.
Ketika disahkan mengandung anak ke-2, ALhamdulillah!
Januari 2013, Alhamdulillah, proses melapor diri ke jabatan baru adalah seperti di rancang. berjumpa rakan-rakan baru, pengalaman baru adalah satu ceritera yang menyeronokkkan. Tapi sampai bila harus berseronok dengan berjauhan bersama suami. Banyak masalah. terlalu banyak. Sukar untuk digambarkan. Walaupun dalam keadaan sukar saya tetap bersyukur kerana kami dan anak diberi kesihatan yang baik. Hingga saya disahkan mengandung pada April 2013. Kembali bergelut dengan emosi seperti perasaan mula-mula kawin dulu. Sehingga badan rasa letih dan lesu.Morning sickness lebih terus dari yang pertama dahulu. walaumacam manapun, hidup mesti teruskan., Kalau ditimbang air mata yang mengalir, tak dapat dibayangkan berapa banyak. Sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Duduk bersama anak kecil, berulang alik ke tempat kerja >50KM pergi balik, suami jauh, tinggal di rumah mertua. Semuanya pengalaman. Tipu lah kalau tidak ada perselisihan rumahtangga, sedangkan hidup bersama suami 24jam pun bertengkar, apa lagi bila berjauhan. Tapi setiap kali stress, saya control kan dengan mendekatkan diri pada Allah, Muhasabah diri semula, Allah tak kan uji ummat nya kalau ummat tidak mampu menerima ujian tersebut. Alhamdulillah, walau banyak peristiwa yang kurang enak untuk dikenang semula, hingga ke sana ini saya masih di sini.
Apapun saya telah merancang untuk kembali ke pangkuan suami InsyaAllah dalam masa terdekat ini. Kerana stress? Ini adalah antara salah satu faktor kecil untuk saya berhijrah semula. Apa yang lebih besar penghijrahan ini saya lakukan kerana nak beri sepenuh tumpuan kepada anak dan suami. Kembali kepada fitrah seorang ibu dan isteri. Ini yang membuatkan hati berasa ralat bila ditempat kerja. Hati sentiasa tidak tenang memikirkan anak-anak. Saya mahu anak dididik dengan agama. mahu suami terjaga pakaian dan makanan, Itu tujuan utama matlamat saya berhijrah. Kepada semua pembaca, doakan semoga perancangan saya dipermudahkan. begitu juga kalian semua, merancang lebih baik untuk kehidupan di dunia, insyaALlah berjaya di akhirat. Sampai bila mahu mendongak langit. Bila mencari yang akhirat, InsyaAllah dunia pun kita dapat.
Untuk pengalaman PJJ seterusnya saya akan kongsikan di entry seterusnya. InsyaAllah.
Nukilan dari seorang suri rumah (WAHM)
ROHAYA BINTI ABDUL RAZAK
-PANDUAN PENJAGAAN ANAK DAN HOMESCHOOLING-
No comments:
Post a Comment