1.Redha dengan keputusan Allah
Setiap yang Allah jadikan ada 1001 hikmah yang terkandung di dalam. Redha lah! Allah menjanjikan yang terbaik untuk anda. Fikirkan dan syukuri lah 1juta nikmat Allah yang lain berbanding nikmat berjauhan dengan pasangan yang sering menjadi mimpi ngeri setiap pasangan. Kesihatan yang baik, kerja yang baik, pangkat, gaji, anak-anak, perniagaan. Banyak lagi nikmat lain yang Allah gantikan kepada kita. Jangan jadikan masalah PJJ ini punca utama runtuhnya rumah tangga. Bila kita redha, kita akan menjadi tenang, hidup pun akan senang.
2.Memahami perasaan pasangan
Setiap pasangan yang berada jauh perlu memahami suka duka. mengikut psikologi nya, bila kita sedang mengalami kesusahan, hanya sekadar mengambil tahu sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesusutan pasangan kita. Selalu bersikap jujur, ambil berat dan menyelami hati pasangan. Bagi mereka yang mempunyai isteri yang sedang mengandung terutamanya sudah tentu memerlukan suami kalau boleh 24jam di sisi. Jangan jadikan PJJ ini sebagai penghalang. Sekali sekala bawa lah isteri anda ke restoran romantik atau teman kan isteri untuk check up bulanan di klinik kesihatan. Sudah tentu isteri rasa dirinya dihargai. Perlu ada sikap jujur dan isteri tak boleh rasa cemburu. Paling penting elak kan dari fikiran negatif kepada suami.
3.Urus sumber kewangan
Sumber pendapatan antara faktor menyebabkan penceraian. Tidak kira sama ada PJJ atau tinggal bersama suami. Oleh itu, rancang segala perbelanjaan. Bila berjauhan dah tentu kos pengangkutan perlu diambil kira. Ingat! Suami atau isteri jangan pula jadikan faktor ini segala alasan tidak boleh berjumpa. Mungkin bajet lain kita boleh kurangkan seperti shopping kita kurangkan. Yang penting ada masa untuk kita luangkan bersama keluarga dan anak-anak
4. Perjanjian antara suami dan isteri
Sebagai suami isteri perlu ada muafakat. Setiap janji yang dijalin antara suami isteri perlu dipatuhi. Segelintir pasangan dek kerana menyejukan hati pasangan, banyaklah janji yang ditaburkan tapi tidak ditunaikan. Ini amat bahaya dan mengundang padah pertelingkahan.
5. Percutian
Masa yang amat berharga ketika bersama, rancangan lah percutian menarik bersama anak-anak. Selain bergembira, sekurang-kurangnya dapat mencipta kenangan indah bersama keluarga. Kita juga boleh melepaskan semua perasaan rindu yang terbuku di hati. Masa ini juga waktu yang sesuai untuk meluahkan masalah dan memperbaiki kehidupan yang lebih baik. Anak-anak juga dapat menikmati nilai kasih sayang ibubapa mereka.
6. Fikir positif
Sentiasa fikir positif. Kehidupan harus diteruskan. Walaupun berjauhan tapi anggaplah kita pasangan yang paling romantis dan terbaik di dunia. Bukan semua pasangan yang hidup di bawah bumbung itu bahagia. Tapi anda HEBAT! Walaupun hidup berjauhan dengan pasangan, anda masih boleh hidup lebih baik daripada orang lain. Kawal emosi, kawal niat dan kawal hati. InsyaAllah kita masih dilandasan yang betul. Fikirlah bahawa Allah sentiasa menjaga pasangan kita dari segala bahaya dan diberi kesihatan yang baik.
7. Berdoa
Bagi yang masih tidak boleh menerima hakikat PJJ, berdoa lah. Semoga Allah buka pintu rezeki yang lebih baik. Lambat laun, rezeki itu akan sampai. Bila dan cara mana? Allah sahaja yang tahu. Mungkin sekarang bukan masanya. Tapi Allah akan beri. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya. Semakin dekat kita pada Allah, semakin sayang Allah pada kita.
8. Hadiah
Sesekali mesti teruja bila mendapat sesuatu yang diluar jangkaan. Berikan kejutan kepada pasangan anda. Pasti dia rasa gembira dan dihargai bila bersama anda. Tak perlu bagi hadiah setiap kali berjumpa, mungkin sekali sekala pujian perlu diberikan. Pasangan anda dah tentu hebat sebab dapat korban kan emosi untuk berjauhan. Pasangan mana mahu duduk jauh dengan suami atau isterinya kan? Beri kata-kata peransang seolah-olah tiada pasangan lain yang hebat berbanding pasangan anda.
9. Elakkan campur tangan orang ketiga
Jauhkan dari mendengar bisikan negatif. Sebaliknya bertanya terus kepada pasangan anak sekiranya ada persoalan atau keraguan yang timbul. Jangan terlalu beremosi dan agresif. Ini mungkin merugikan anda. Sekiranya PJJ dan mempunyai masalah ditempat kerja atau ahli keluarga yang lain, sebagai suami isteri anda hanya perlu berbincangan berdua sahaja. Jangan sesekali ceritakan masalah anda kepada orang lain. Mungkin hari ini mereka adalah sahabat, tidak mustahil esok hari mereka adalah musuh kita. Cari tempat yang tenang dan privacy untuk berbincang. Masalah rumahtangga adalah masalah anda. Bukan masalah orang lain. Ada ketika kita perlukan nasihat, cari lah orang yang betul-betul tidak mahu melihat rumahtangga kita runtuh.
Akhir sekali...
Nukilan dari seorang suri rumah (WAHM)
ROHAYA BINTI ABDUL RAZAK
-PANDUAN PENJAGAAN ANAK DAN HOMESCHOOLING-