please click here

29 June 2015

Lagi lagi dan lagi.. Jubah labuh dan Dress

Jubah labuh dan dress dari sumaiyah boutiques.

nak window-window shopping lagi boleh bukak fb:facebook.com/sumaiyahboutiques













25 June 2015

Promosi Baju Kurung dan Jubah Raya Murah 2015

RESTOCK
SB15-106: 3 Pieces Lace Design Top with Basic Jubah Dress (Including Shawl)

RM59.00

content:
3 Pieces = Top (Lace) + Dress (Cotton) + Shawl (Cotton) + Ribbon

Material Lace + Cotton 
Measurement Top: Shoulder:36cm Sleeve:52cm Waist:64cm Length:50-70cm Bust:86cm
Dress: Shoulder:32cm Sleeve:54cm Waist:66-96cm Length:135 Bust:86cm




SB 602-134 String Tide Floral Lace Design Jubah Dress

RM63.00

Material Lace + Cotton
Measurement Shoulder:32cm Sleeve:56cm Length:135cm Bust:86cm


 SB614-106 Turtle Neck Lace Design Jubah Dress (Including Shawl)

RM57.00

Material: Lace + Cotton (zip at the back)
Measurement
Shoulder:38cm Sleeve:58cm Waist:62-92cm Length:143cm Bust:86cm


 SB619-106: Leopard Printed Women Jubah Dress

RM49.00

Material Cotton 
Measurement Shoulder:36cm Sleeve:56cm Waist:44-88cm Length:139cm Bust:88cm

Let's Learn Dora's Body


satu..due..tiga..nyanyi!!
Mori, okey, murep, pall, murep, pall
 haha.. korang mesti ingat aku dok cakap bahasa hindustan atau ala-ala turkey sikit kan..

ni lagu body  dalam bahasa korea. sebelum ni aku penah ajar sumaiyah nyanyi lagu ni.siap dengan gaya lagi..nak tau lagu dia macam mane, jom kita tengok youtube ni



sumaiyah dah hafal dah step-step lagu ni.1st time dia dengar masa time dalam kete waktu aku tengah drive la biasanya . disebabkan mr hubby ngantuk drive jauh-jauh dari kelate ke nogori time PJJ dulu aku akan mengofferkan diri untuk drive. tu pun kalau si kecil comel sofiyah tidur. kalau sofiyah tak tidur..harapan la yer. orang berbudi apa salahnya kita berbahasa iye idak? hehe
mr hubby nak tolong angkut kami anak beranak ke nogori pun dah kire bagus. so untuk amik hati mr hubby, bila aku nampak dia menguap je, mulut laju-laju offer nak drive.

 turn aku drive, aku akan umpan sumaiyah dengan makanan sedap-sedap suh dia dok depan dalam carseat dia, while mr hubby and sofiyah krohh..krohh kat belakang. sambil makan..ummi ajar nyanyi lagu korea.hehe.

so kesinambungan lagu body korean song tu.. aku pun aplikasikan on paper. let's learn dora' body


kali ni dora jadi choice aku. banyak sangat pembelajaran bersama ultraman. 
hehe..
kakak kan perempuan.. ultraman untuk boy sahaja yer.. ayah ni silap ajaran ni.
kena perbetulkan semula.

lagi pun ultraman kan tak de hidung , tak de mata, nanti susah aku nak ajar sumaiyah..
hehe

sebenarnya dora ni pun tak de telinga. masa print tu tak perasan pun. bila sumaiyah tegur nak tampal ear kat mana baru aku perasan. adei.. pasni kena lukis telinga guna maker pulak dah.

nak ajar guna kartun lain?
boleh je..boleh guna apa je kartun-kartun yang ada..
upin&ipin, boboboi, superman sume pun boleh. asalkan yang cukup sifat.
jangan lak amik spongebob pulak. nanti kang susah lak nak ajar part yang ada kat spongebob tu kan.

first step  lepas dah dapat kartun kegemaran anak korang tu boleh la buat garisan. nanti senang kita nak suruh anak tempek bahagian badan dengan word yang btul. 


 bahagian yang utama seperti mata, hidung, telinga, tangan dan etc.
tambahan lain boleh jugak buat jari, lutut, perut, kuku ikut la nak ajar anak korang macam mana kan.
kalau aku, aku guna english. nak guna korea gak tapi umur dia tak sesuai lagi rasanya. biar dia belajar english la dulu. bahasa melayu tu dah tau. mengeja je tak tau lagi. hehe.. xpe pelan-pelan.

ok. lepas dah puas hati boleh print. kalau nak jelas lagi print lagi besar lagi bagus. macam aku guna A3. 
third step boleh laminated supaya benda ni tahan lama. jangan lupa printkan segala word bahagian badan tu.
tapi untuk part-part ni aku just tampal atas kotak dan gunting.


tadaaa.. dah siap
mudahkan. semudah A,B,C
kalau sumaiyah dah pandai english ingat nak print word in korean pulak.
tak sabar rasa. 



19 June 2015

Usah Bebani Anak di Bulan Ramadhan..Didiklah Dengan Solat

Assalammualaikum all parent and kids
Hari ni selesai hari ke2 kita berpuasa dan aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat melakukan ibadah di bulan ramadhan yang sangat berkat dan mulia ni.
harapnya bulan ramadhan tahun ni lebih banyak amalan yang kita boleh buat berbanding tahun lepas.

Setakat ni Alhamdulillah syukur aku masih diberi nikmat kesempatan untuk kembali berpuasa bersama mr hubby dan anak-anak seperti dulu. kalau sebelum ni hanya dapat berbuka bersama setiap weekend tapi tahun ni setiap masa bersama..syukran ya Allah..

1-2 hari banyak sungguh status fb rakan-rakan aku yang siap muatnaik gambar anak-anak diorang yang berjaya berpuasa hingga magrib. tahniah-tahniah kerana berjaya mendidik anak-anak even baru berumur 5-6tahun.comel je kan?
siap umpan makanan sedap-sedap untuk berbuka lagi.
tak kurang jugak yang hadiahkan rm1 tiap hari berpuasa.

apapun usaha anda adalah yang terbaik untuk anak-anak.
tapi apa yang conpius kan aku..jarang antara kita cerita pasal anak yang kecil 4,5 or 6tahun boleh solat tanpa arahan. 
atau mungkin kita kurang sensitif bab solat daripada bab puasa. sedangkan dalam islam WAJIB ibubapa suruh anak solat ketika 7tahun manakala rotan kalau tak nak solat jugak diusia 10tahun.
so korang boleh fahamkan bertapa pentingnya solat berbanding lain-lain. jangan pula kita jadikan sebagai trend.
jadi..sepatutnya didikan dan pendedahan solat adalah lebih utama. bagi pendapat aku, kalau anak kita dah pandai jaga solat insyaAllah dia automatik mudah dididik untuk berpuasa.
jangan lak kita jadikan trend masa sekarang. tak mustahil orang tua pun hanya jaga puasa tapi tak solat sedangkan tiang agama adalah solat.

kesian aku tengok di fb..anak sampai lembik dik gara-gara nak penuhi perintah parent. kononnya bangga boleh cerita kat kawan-kawan di fb sebab anak belum tadika lagi dah boleh full puasa. sedangkan anak 4,5&6 tahun tu la waktu diorang nak membesar. 

teringat masa kecik-kecik dulu..ayah aku selalu je pancing kiteorang adik beradik berbuka tengahari-tengahari.siap buat cornflake dgn freshmilk sejuk lagi.
die kata " puasa separuh hari pun xpe..abah bagi rm1 jugak. tak wajib lagi puasa. aya kecik lagi" 
tapi sebab malu kat jiran-jiran aku tahan jugak dari berbuka.sampai badan pun dah jadi gitar. nak tunggu magrib sampai pucat lesi muka"
tapi kalau sekadar melatih anak-anak tu ok lagi. jangan la sampai kita memaksa diorang.kesiannn...
aku dulu darjah 4 baru puasa penuh. kalau darjah 1-3 tu separuh hari. paling banyak pun tak sampai 15 hari sebulan..
tapi bab solat Alhamdulillah 
beres... tak bangga eaa... tak baikk..hehe

kalau boleh beri lah pendedahan solat sejak awal-awal lagi.
rumah baru ni walaupun kecik..tapi aku sediakan bilik khas untuk solat. 
untuk apa?
supaya aku sebagai parent boleh latih anak-anak tentang solat. sofiyah walaupun baru 1tahun dah pandai ikut pergerakan solat.asal nampak sejadah je pandai dah angkat takbir..sujud..siap boleh angkat telunjuk jari lagi.

kat ruang tu jugak..tempat kiteorang berehat antara waktu magrib dan isyak. boleh mengaji. ajar alif ba taa.. syok..
tunggu pasang aircond kat bilik tu nanti mesti lagi syok.

sebenarnya aku tak perasan lagi time bace status member-member kat fb pasal anak-anak kecil ni berpuasa. tapi tiba-tiba je mr hubby cita..katanya kat tv pun banyak dah dok tayang budak-budak puasa. tapi jarang tunjuk budak-budak yang berjaya solat di awal usia. yang kesian nya kanak-kanak darjah satu yang kurus kedengking tu pun di paksa berpuasa. siannya. angkat beg dah la berat. berjalan masa tengah panas terik.. 
takpe la dik..
semua ni untuk kebaikan awak jugak..
hehe

15 June 2015

SALAM RAMADHAN: BAJU SEDONDON UNTUK RAYA IBU DAN ANAK


Nak lagi..nak lagii!!
assalammualaikum dan salam ramadhan mommy sume..lagi 2 hari kita nak sambut puasa.. kali ni nak tunjuk baju sedondon ibu dan anak untuk raikan hari lebaran nanti. mesti mak-mak, ibu-ibu nampak makin awet muda bila bergaya baju sedondon dengan anak-anak kan?

jom view design dan warna yang pelbagai kali ni..
 untuk sebarang order boleh whatsapp 016-7551746


MOM CODE: KA110v( NURSING)
MATERIAL: 100% COTTON
COLOR:  PINK AND MIX FLORAL
PRICE : RM59.00(ADD RM3 SIZE 2XL-4XL)
READY STOCK:XS-4XL

KIDS CODE: KC 111F
MATERIAL: 100% COTTON
COLOR:PINK AND MIX FLORAL
PRICE : RM42.00(SIZE 5/6),RM 45.00( 7/8, 9/10, 11/12) 



MOM CODE: KA110Y( NURSING)
MATERIAL: 100% COTTON
COLOR:  GREEN AND MIX FLORAL
PRICE : RM59.00(ADD RM3 SIZE 2XL-4XL)
READY STOCK:XS-4XL

KIDS CODE: KC 111C
MATERIAL: 100% COTTON
COLOR:GREEN AND MIX FLORAL
PRICE : RM42.00(SIZE 5/6),RM 45.00( 7/8, 9/10, 11/12) 



MOM CODE: KA110X( NURSING)
MATERIAL: 100% COTTON
COLOR:  RED AND MIX FLORAL
PRICE : RM59.00(ADD RM3 SIZE 2XL-4XL)
READY STOCK:XS-4XL

KIDS CODE: KC 111B
MATERIAL: 100% COTTON
COLOR:RED AND MIX FLORAL
PRICE : RM42.00(SIZE 5/6),RM 45.00( 7/8, 9/10, 11/12) 

Memory Games: Aiscream vs Ultraman

Masih mood mengemas rumah. Cepatlah rumahku jadi cantik sebelum puasa ni. kalau tidak..ponat den nak mengemas time puasa sorang-sorang..wheuww!!

sambil bizi mengemas pun sempat lagi otak ligat dok fikir apa idea homeschooling sumaiyah hari ni.

LETS PLAY MEMORY GAMES.
sebelum ni aku penah install game ni dalam hp. tapi demi nak elak sumaiyah semakin addicted dgn hp.. aku try buat memory games gunakan kad.
memang sumaiyah lama dah perhati ada benda ni. aku je saje tunggu masa yang sesuai untuk ajar dia. jahatkan ummi awak ni sumaiyah =p

salah satu memory games adalah bertemakan aiscream..
siap ada tema tahan tu...hehe


aktiviti ni sebenar boleh tingkatkan daya ingatan kanak-kanak. Jadi aku buat 10batang aiscream so ada 5 pasang aiscream yang sama warna. absolutely sumaiyah memang seorang yang sangat fanatik dengan aiscream. pantang dengar loceng aiscream lalu depan rumah je..mata sofiyah dan sumaiyah terbeliak je..aku je yang tutup mata.hehe.


lepas boring main memory game siap buat keterapi aiscream plak..



 and of course si sofiyah ni jeles bila aku tekun dok bagi attention kat sumaiyah. so kena la bagi peluang kat adik lak main..

ummi bagi memory game yang lain plak kat kakak yer.

kalau setiap hari beraktiviti dengan buku pon boring gak kan. so sebagai emak-emak aku kena la fikir aktiviti yang boleh menarik perhatian kanak-kanak untuk berfikir. jangan asyik dok tengok tv je yee..

tadaaaaa...
your favourite cartoon..


ULTRAMAN!!

sebenarnya ultraman card ni more to sorting and matching game. disebabkan kad-kad ni lebih daripada 10keping, warna dan gambar plak hampir-hampir sama, aku just suruh sumaiyah matching ultraman kegemaran dia.


korang kalau nak buat pon boleh. tak yah susah-susah nak beli flash card yang mahal-mahal. lagi pun benda camni cepat je boring..so membazir je kalau beli kan?
korang boleh je search apa-apa cartoon kegemaran anak korang. batman ke, frozen ke, type of vehicle, gambar binatang semua pon boleh.
then print la berwarna supaya lebih menarik kan. lepas tu tampal atas kotak atau cardboard supaya card yang korang buat tu boleh guna lebih lama dan tak mudah koyak. kalau yang kaya sikit tu..nak liminate pon lagi bagus! hehe


conclusionnya walaupun aku penat buat kad-kad aiskrim tapi still tak boleh menandingi kad ultraman. siap boleh cakap sorang-sorang lagi dengan kad tu. tidur dalam buai pun siap peluk kad-kad ultraman.
memang betul lah. ultraman dan sumaiyah tidak dapat dipisahkan.adakah salah ibu yang mengandung?.. aduhai anakku sorang ni.


tazkirah hari ini


14 June 2015

Pujuklah Hati

Selamat malam semua..anak-anak dah tidur ni baru lah lega sikit.kalau takkk ke hulur hilir..depan belakang..dapur..toilet..bilik 24jam jadi bodyguard si comel 2orang ni.
walaupun agak penat,tapi lega dan puas hati sebab leh jaga anak dengan tulang 4kerat ni.

Apapun masih belum terlambat aku nak ucap selamat menyambut ramadhan al-murabak..semangat ni!
setelah 4tahun kawin,akhirnya kali ni aku leh sambut puasa dengan mr hubby and anak-anak. insyaAllah tu pun kalau diberi kesempatan umur yang masih panjang.
aminnn..

kat nilai sekarang ni ..
pasaraya,tepi-tepi jalan penuh dengan banting ucap selamat menyambut ramadhan. tv memanjang dok iklan selamat menyambut ramadhab.
wahhh..makin berkobar semangat nak sambut puasa. korang yer..

insyaAllah harap ramadhan kali ni aku leh penuhkan dengan amalan-amalan yang baik. sekarang ni pon dok standby mood sambut ramadhan. banyak dah bahan bacaan aku susun dan tak ketinggalan buku dari seorang sahabat karib aku...
 "Pujuklah Hati"

Buku ni sebenarnya hadiah dari kawan yang sangat rapat dan sangat baik masa aku kije kat umk dulu. Nik Nur Arifah Binti Nik Hitam..awak, miss u so much! hehe


seorang sahabat yang sangat bermotivasi.
banyak sebenarnya nasihat dan ilmu yang aku belajar dari cik pah ni..tq dear..

and sebagai hadiah perpisahan dari cik pah for my last day di PPIP die bagi aku buku 'Pujuklah Hati'.
aku dah baca la sekali imbas dua tiga imbas and mostly cerita tentang bagaimana kita nak reflect pemikiran kita dari negatif dan positif.insyaAllah aku akan guna sepanjang kerjaya aku sebagai wahm sekarang ni.

agak-agak pasni kalau penat ke, terkenang tempat kije lama..boleh kot nak baca buku ni supaya boleh berfikiran positif dengan keputusan yang aku dah buat noh...

tengok front cover pun dah cantik kan? siap ada lober-lober lagi. insyaAllah untuk menyambung niat murni cik pah ni..aku akan kongsikan bingkisan ilmu motivasi daripada buku Pujuklah Hati untuk setiap entry yang bakal aku tulis lepas ni.
harap-harap my daughter sangat behave yer kalau ummi nak tulis blog.hehe =)




ni dia..buku ni dah masuk dalam list buku best favourite book kat library rumah aku. bulan puasa ni..boleh la korek-korek baca lagi..

okey la,jeles tengok bapak dan anak-anak dok tidoq krohh..krohh..aku pun nak join sama lah.esok rutin seperti biasa pagiiii lagi nak kena uruskan anak-anak dan mr hubby

so selamat malam dan take care semua
semoga anda dirahmati Allah

seperti yang dijanjikan..
ni antara perkongsian kita malam ni daripada buku pujuklah hati



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK