please click here

16 June 2021

BAGAIMANA MENGURUSKAN UNTUNG DAN SIMPANAN HASIL BISNES TUPPERWARE

 #kandungan blog ini adalah hak milik penuh admin, sebarang copy paste anda boleh didakwa


Ptg2 ni just nak kongsi..mcm mane nak manage untung, komisyen, simpanan dan lain2 mengikut bank. 

Klu nak tahu, 2015 aya bermula dgn modal 500 shj. Alhamdulillah  500 tu dah berbuah2 berganda2 sehinggalah 2021. Ada yg nak belajar ke😁

ini lah perkongsian aya bersama anak-anak buah aya dalam team setiap hari. 

Ada 2 jenis untung  kita dapat kan?
1️⃣ bank rakyat👉 Untung pasif- yg cash dari HQ tu, sebaiknya asingkan dr bank yg biasa berurusan dgn customer.  
Pengeluaran terhad dan tak boleh suka hati. 
2️⃣ maybank dan cimb.👉untung aktif.  Duit dan keuntungan dlm berurusan dgn customer sbb 2bank ni sgt biasa digunakan. 
Jadi asingkan dan elak campur  komisyen dr hq dan untung kita jual  tupperware.  Supaya nampak berbisnes ni ada hasil dr penat lelah


Awal2 buat bisnes 2015-2017..sebulan x smp rm200, tp simpan saje. 
2tahun pertama..bank rakyat mmg x pernah usik. X penah niat shopping, joli2, atau guna sesuka hati. Sbb kak aya sgt disiplin. Niat nak buktikan pd suami.. tupperware  mmg boleh memberi keuntungan.


gambar di atas adalah rumah pertama yg kami beli pada 2015, berhenti kerja dan kembali bersama suami selepas 3tahun PJJ. gambar di bawah adalah rumah kedua kami yg baru saje pindah pada Julai 2018.
Dlm pahit  dan air mata...2018 rezeki dpt buktikan pada suami dan ibu bapa aya. Aya betul2 nak ubah hidup aya walaupun hanya suri rumah

Klu rasa nak shopping,  nk jalan2..aya hanya gunakan duit untung dr maybank dan cimb je
Maksudnya klu berjaya jual tupp byk..untung byk..kat situ la aya banje mkn, holiday dlm msia, beli baju atau perkakas rumah  utk reward sndr..

Ramai orang yg nak bisnes tapi beri alasan....
"SAYA TAK DE MODAL KAK..."
tup-tup bila jumpa tupperware yg hotss dan cantik, boleh pulak kata..
"YANG NI NAK SIMPAN UNTUK KOLEKSI SENDIRI, CANTIK SAYANG NAK JUAL"
persoalannya: korang ni nak jual ke nak kumpul tupperware. 
kalau jual tundung pantang tgk tudung cantik, semua tak nak jual... habis la duit dan gaji.
Secara jujurnya...sepanjang 2tahun bisnes, tak de 1 pon brg yg dibeli untuk diri sndr . hadiah yg dapat pon semua dijual .klu tak dijual pon akan guna sebagai reward kepada agen2 rohaya tupperware(jimat modal aku kat sni.kahkahkah...)

KECUALI item selain tupperware, contoh Penapis air Nano, Oil essential dan diffuser.
sebab product ni perlu utk buat demo.. dari 1 Nano yg di'modal'kan tu, akan beranak mencari lebih 10 set penapis air terjual..lama2 penapis air kami terbayar dr berkat customer yg membeli penapis air jgak. tp klu diri sendiri tak guna penapis air, nak ajak org beli..agak2 boleh jual ke???
berbeza dgn tupperware.. tupperware ni tak perlu cerita, org dah tau!
product tupperware ni ada 2 jenis: bekas tupperware, barang consumable (penapis air, oil essential, periuk, pencuci)
consumable ni, memang nak kene guna dlu lah...baru la boleh cerita kat customer ye dak?
JAWAPANNYA: kalau sayang kan bisnes, korban kan dulu naluri dan keperluan kita. 
dah capai apa yg kita target, baru la lengkapkan kemahuan dan kehendak sekiranya ada duit lebihan


Tp klu mengandung, bisnes pon krik2..mmg aya xkan spend aya walaupun ada kehendak nak beli mcm2.  sbb time awal preggy mmg slow sgt nak beriklan pon.
No income no reward
More income more reward 😍
Mmg aya sgt2 disiplin  sbb aya betul2 nak besarkan bisnes
-------------------------------------------------------------------------

Balik kg mmg ramainyg perli..buat tupperware  xde baju baru, xpakai brg kemas...apa guna bisnes.

Semua perasaan tu dipendam shj awal2 bisnes dlu. 
Hanya aya je tau mcm mane nak pandu bisnes. Org hanya mengata yg tidak memberi kesan.
SO ABAIKAN JE SINDIRAN DIORG! 

Yg penting untung dr cimb dan Maybank  hasil jual tupperware  diberi keutamaan pd rolling  modal tupperware  dan duit bulanan pada mak aya dulu
Ada baki baru lah boleh guna utk reward pada agen, tiada reward tupperware utk diri sndiri. apatah lagi nak beli aksesori lain2. hidup ala kadar, janji lengkap. suami dan aya decide utk permulaan bisnes memang kita kene akur dgn pelbagai pengorbanan.


Yg penting DISIPLIN dan FOKUS

Ada org x nampak untung bisnes..sbb dpt duit campur utk gunakan modal dan belanja rumah. 
🙅‍♀️ cara ni salah. 

Penting utk asingkan komisyen dr hq ke bank special.
Dan urusan dgn customer digunakan utk bank berasingan. 
Xperlu nk buat jadual, transfer  setiap hari.. lebih jimat masa kan.. dpt je duit  .duit tu dah tau bank mane die akan pergi😁

Mcm mane nak komisyen yg byk?
❤️Kene target ramai recruit br dlm pasukan.
❤️ kene naik pangkat  director dan ke atas
❤️ kene byk2 kongsi ilmu dlm pasukan masing2

haaaa nak tau ke???
meh click di post link sebelum ni 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK