CREDIT: KAK LIDA HUSSIN
BEKAS JURUTERA LULUSAN UNIVERSITI KOREA PILIH BISNES JUAL PLASTIK
Tidak ralat bagi beliau untuk menjadikan bisnes plastik ini sebagai sumber pendapatan selepas melepaskan jawatan sebagai jurutera walaupun mempunyai ijazah Mechanical Engineering dari Hanyang Universiti, Seoul, Korea Selatan.
Kini Rohaya Tupperware telah berjaya naik pangkat ke Associate Executive Director (AED) pangkat dealer bertaraf executive, iaitu pangkat yang agak elit dalam Tupperware Brands. Beliau merupakan executive rank kedua dalam organisasi kami.
Kami tahu bukan senang untuk mencapai taraf yang sedemikian kerana kami juga pernah melaluinya, hanya dengan usaha yang betul dan tidak pernah kenal putus asa sahaja boleh , tetapi ia bukanlah sesuatu yang mustahil taw. Yer, nak jadi kaya dan berjaya bukan hanya pejam mata, pastu wish dalam hati terus jadi. Kena bertabah dan sengsara dahulu. Dugaan dan cabarannya cukup besar. Besar halangan yang ditempuhi, besarlah kejayaan yang bakal diperolehi.
Setelah beberapa tahun saya dalam bisnes ini, banyak perkara yang telah berlaku dan ramai orang yang menyatakan hasrat nak tambah pendapatan dengan Tupperware Brands ni. Ada yang hangat-hangat tahi ayam, ada yang buat perkara yang salah, yang perasan bagus, ada yang nak terus ke hadapan tetapi suami menjadi penghalang dan pelbagai lagi alasan lagi yang akhirnya terhenti di tengah jalan.
Dapat saya simpulkan lah hanya mereka yang tidak kenal putus asa serta berjaya menepis segala cabaran dan dugaan dengan berpositif diri yang akan berjaya. Bukan kerana dia seorang yang hebat atau berasal daripada keluarga bisnes, atau seorang yang sentiasa ada tuah. Kita akan menemui pelbagai onak duri dan halangan semasa kita menuju untuk berjaya. Setiap kegagalan itu kita jadikanlah ia pengajaran untuk kita bangun semula, betulkan langkah semula dan carilah sifu/ leader yang telah berjaya dan betul-betul ikhlas untuk membantu kita. Sikap itulah yang saya nampak dalam diri @Rohaya Tupperware, semoga beliau terus maju lagi dalam bisnes plastic magic ini ke peringkat yang lebih tinggi, dapat kereta free dan melancong ke Eropah dengan layanan VVIP yang mana semua ini kebanyakan yang kerja makan gaji pun tidak memperolehinya.
Rohaya Tupperware...You Did It ! Congratulations 👍😀😍🤩👏🎉. Semoga anak-anak Tupperware beliau akan mengikuti langkah beliau juga suatu hari nanti.
With suami Aya & 3 anak-anak comel beliau + my hubby too
Rohaya Tupperware - wanita yang berjiwa besar & kuat semangat
Roadshow pertama Rohaya di NSK Rawang
with Managing Director Of Tupperware Malaysia & Singapore
Duty semasa roadshow HQ di Karnival Jom Heboh Bukit Jalil
Business Meeting dengan newbie Fidz Norsh
Majlis menghargai pencapaian director (dealer) @Menara Kuala Lumpur
Party Tupperware @Kuala Kubu Baru
Recruiting Rally with Rohaya team @ Batu Caves bersama Directornya, cikgu azizan