MASALAH MODAL memang menjadi TOP 5 dalam alasan alasan menjadikan kiter terus kecundang sebelum kita tahu kita akan kecundang dalam berniaga.
Sifu saya "Kak sahliah" pernah berkata.. "Belum keluar rumah bertempur awal2 lagi dah tewas".. Saya faham maksud die.. Biasanya org MELAYU, sebelum buat apa2 die pikir kan masalah dlu daripada fikir yg lebih positif.
kak sahliah kata.. kenapa x fikir mcm mane nak dapat untung dlu berbanding kita fikir modal dlu. diam senyum malu saya..hehe
Begitu juga dalam berniaga.
Semestinya halangan terbesar bile mana nak kena ada modal besar dan pergi ada modal permulaan.
Sebenarnya, mengikut pengalaman saya.. Niaga tupperware ini memang perlukan modal sebab itu adalah komitmen. Namun, secara jujur.. Bisness ini adalah.. Bisness yang berMODALkan semangat dan USAHA. Bile kita rajin berusaha namun tak berjaya sebab kita rajin SYOK SENDIRI. Usaha perlu dengan strategi. Dan jika kita lihat cara yang ROHAYA turunkan tak berkesan dengan anda .. Anda perlu membuat adjustment agar kena dengan sifat dan diri anda.
Sebagai contoh, kalau cara artis lebih kepada HOVER ala ala azwan ali. Semestinya anda tak boleh TIRU. Anda boleh ikut cara orang pemalu. Pendek kata cara seseorang perlu melalui peringkat TRY n Error. Anda perlu cuba dan cuba dan cuba dan saya pasti akhirnya akan berjumpa cara yang sesuai.
cth Aini adalah suri rumah sepenuh masa dan menjalan perniagaan ini dengan cukup tenang.
Beliau tidak banyAk mempamerkan dirinya namun ada juga sekali sekala menonjolkan anaknya sebagai model.
Cara aini lebih kepada πcaring dan sharing serta beliau berkomunikasi dengan downlinenya kerap dan mempunyai cabaran yang tersendiri.
Beliu mempunya ramai pengikut dan mengeluarkan idea bernas seperti program DIQ untuk 2 bulan.
Aini juga menggunakan blog sebagai ruang sharingnya disamping beliau menggunakan personal approach. Hahhhh. Abis rahsia aini saya dedahkan. Semoga anda mendapat inspirasi kepada orang yang setiap bulan memasuki ranking TOP sales. Beliau juga telah melahirkan lebih dari 15 orang director dan bergelar 5 star director.
π€π€Yang penting.. Aini tak pandai untuk drive kereta namun boleh mengepos barang yang customer order. Fikirkanlah..
Contoh director terbaik ke-2.
Saya juga ingin merujuk kepada cara Yunaizah dari negeri sembilan yang diberikan cabaran "anak tidak sihat" dan tanpa alasan beliau terus mengukuhkan empayar beliau dengan caranya yang tersendiri.
Beliau juga seorang suri rumah dan memulakan bisness baru setahun sahaja.
Beliau yang dahulu malu dan cepat nervous.. Kini semakin yakin selepas beliau sudah boleh menghasilkan youtube dengan demo barang barang asas. Kebolehan beliau adalah berusaha mendapatkan barang dengan bersungguh sungguh mencapai hasrat pelanggan. Sudah berani memperkenalkan dirinya dan bijak mengatur strategi. Beliau yang pernah merecruit lebih 35 orang sebulan..
cth director terbaik
saya fikir hebat dan mempunya aura luar biasa adalah Junaidariani dari bachok kelantan.
Beliau menjalankan pernigaan secara full time kerana beliau seorang suri rumah. Beliau yang masih belajar memandu membuat perniagaan 100% online dan pelanggan nya adalah diserata Malaysi. Sikap jun yang peramah dan jujur serta menambat hati pelanggan dengan pemberian tanda hati menjadikan beliau digemari untuk repeat order dari pelanggan yang setia. Jun juga merupakan salah satu achivers yang bakal menaiki belon panas dalam trip PERCUMA Tupperware ke istanbul, turki. Semoga impian beliau untuk mempunyai stokis sendiri akan tercapai. Kini, jun sedang berada di rank 5 star director
πItulah yang saya katakan. Modal paling besar adalah diri kita yang kita bersungguh sungguh.. Bayangkan hebatnya pepatah " alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan" . Saya pegang prinsip ini sebab ia menyatakan. Andai kita fokus dan tekun melakulan sesuatu. Habuannyer hebat.
π°π°Menyebut tentang modal tadi.. Upline saya "madam chin'g lay ping" ada menasihati saya tentang modal. Modal u adalah katalog dan kasi orang tengok dan kasi dia cari order. Itu pesanan keramat yang ternyata berkesan.. Katalog adalah modal kita yang kita jaja sebagai kedai bergerak kita. Dimana sahaja perlu ada katalog yang mencuci mata siapa sahaja yang memandangnya.
πSAya percaya.. Tak perlu modal yang banyak. Kita adalah sebagai agen jualan dan peratusnya adalah 20% dan pembina rangkaian adalah 80%(ajak kawan2 sama buat bisnes). Semoga kisah modal ini bukan menjadi cerita berat dan alasan yang memaku kaki kita untuk terus bergelar orang susah dan menjadi miskin usaha seterusnya menjadikan kita kais bulan makan sehari.