Masih mood berkemas-kemas dan preparation untuk meninggalkan bilik Jurutera Mekanikal buat selama-lamanya.
Kredit kepada Kak Mazia, pagi-pagi lagi tunjuk kat aku ada blog hamba Allah ni tulis pasal perasaan dia berhenti kerja kerajaan. So aku pun nak share la sikit perasaan aku saat-saat untuk meninggalkan kerja KERAJAAN
TAK SABAR
Bak kata jurutera kanan J44 pejabat aku ni, En Shafik Bin Darabi (saja aku tulis nama penuh, lepas ni dah jadi kenangan). Dia kata aku berhenti tepat pada masanya. Berhenti masa universiti tengah nak naik projek-projek baru. RMK-10, PFI and so on. Walaupun aku terpaksa hadap at the 1st stage pun aku dah rasa nak terkeluar urat saraf, jantung dan paru-paru aku tapi lega pasni aku tak yah nak fikirkan semua tu. Surely bila semua projek tu on going lebih banyak komitmen aku kena bagi and surely aku kena stay kat office atau luangkan banyak masa cuti aku untuk kerja. At the same time, a lot of contract problem, service and maintenance should be organize nicely for autonomy university. So ni lah masa yang terbaik untuk aku cabut. hehe.. sian anak-anak aku kat rumah. ALhamdulillah rezeki Allah bagi, bulan April secara rasminya kami dah tinggal di rumah baru kami di Nilai. So bertambah tak sabar la aku untuk berpindah ke rumah baru aku. Tinggal semua kenangan di sini.. babai~
SEDIH
Hampir 2tahun 7bulan aku dok kat PPIP. Latar belakang pasal pejabat ni is more about infrastructure and services. Pejabat yang sangat digeruni dan dijauhi oleh kebanyakkan staf di Universiti ni. Mana tak nya. rosak skit..salah sikit, ada event sikit, nak renovate, nak buat bangunan baru. Semua akan datang ke pejabat ni. Walaupun bunyiknya agak menggerunkan but aku enjoy. Dok dalam unit mekanikal aku rasa it's not a big problem. Kerja mana yang tak stress kan?
Sedih nak tinggalkan kawan-kawan.
Time makan especially paling best. Sangat release tension. leh cite pasal family, cite pasal last weekend, gosip-gosip and everything. Lepas ni ada ke lagi kawan aku yang sudi kongsi cerita suka duka aku kat rumah nanti? Boleh ajak aku berchitchat bagai? Sama-sama cari barang online? Curi tulang pergi shopping kat billion and everything. Maybe akan jadi kenangan. So guys, I really appreciated U. I gonna miss U.
To my fellows prend, anda semua bertuah sebab diberi peluang oleh Allah untuk terus berkhidmat untuk bangsa dan negara. Lakukan yang terbaik. Mungkin rezeki aku tidak lama di sini. InsyaAllah kita boleh jumpa lagi bila aku balik kampung lepas ni. Jangan lupa daku =(
Kalau ada salah silap, terkecik hati, termarah korang sikit-sikit tu maafkan yer. Bukan marah betul-betul pun, tapi marah untuk mengajar dan menegur apa yang salah.
SERBA SALAH
Keputusan yang aku buat ni adalah muktamad. Because of my Family and my future life. Keputusan yang aku buat ni aku dah kaji lebih dari 2 tahun mean sejak aku berpindah ke sini and terpaksa PJJ dengan my Hubby. Tapi serba salah still ada dalam hati? Serba salah kerana fikir adakah aku masih boleh berkhidmat untuk ibubapa yang dah lama membesarkan aku dan mahu melihat aku berjaya? Adakah aku masih boleh membantu kewangan Mr Hubby macam dulu?
InsyaAllah, satu je yang tersemat di hati. Andai aku cari nikmat akhirat, aku akan dapat kebaikan dunia dan akhirat. Tapi andai aku cari nikmat dunia, ia tidak akan kekal lama. Yang pasti usaha dan prinsip aku belum terkubur di sini. Cehhh..rasa macam jiwang pulak. Well, this is my last week at PPIP.
Walaupun berat untuk tinggalkan bilik yang sangat sejuk, comel dan best ni, tapi ada tempat dan orang yang lebih perlukan aku. Lepas ni sure aku mesti kekok kalau nak datang sini. nak jumpa kawan-kawan pun mesti malukan. Aku kan just a housewife.
GEMBIRA
"Apa perasaan nak berenti kerja?"
Ni soklan yang sangat femes last week aku kat opis ni. "Absolutely Happy!"
ni je jawapan aku sampai sengih nampak gigi susu aku. hahaha..
Sekarang ni nak semuanya gembira. gembira sebab boleh duk dengan anak-anak aku lepas ni. Tu je aku terbayang dalam kepala. Kalau nak fikir terkebelakangan, sampai bila-bila pun aku sangat sedih. sapa tak sedih oi... belajar bertahun-tahun nak dapat degree. Boleh kerja kerajaan pulak tu.. At last berhenti.
Tapi ikhlas aku sangat happy lepas bagi surat perletakan jawatan kat KJ aku 3minggu lepas. Seolah-olah beban se'treler' sebelum ni jatuh dari kepala dan bahu aku. Gembira sebab aku tak yah nak pikir pasal orang lain. Pasal kontrak.. Pasal servis kereta, bas, lori. Pasal renovation. The important things as woman is my family. Sebelum ni aku asyik bagi gembira dekat orang lain. Bagi bilik sejuk ber-aircond. Sedangkan anak-anak aku di kampung ruam-ruam merah seluruh badan. Ni masanya aku nak tebus kesalahan aku untuk anak-anak.
Aku perlu fikir makan, minum, dan didikan anak-anak. Jaga keperluan suami dan anak-anak.
InsyaAllah yang lain akan datang kemudian. Selalu aku sejukkan hati. Allah tak menganiaya hambanya yang sabar. Rezeki anak-anak aku dah tak perlu risau. Allah akan bagi Tinggal lagi aku je yang perlu usaha dapatkan dengan banyak cara.
SUSPEN
hahhaa... suspen oii nak duduk di rumah tanpa bekerja. Macam mana la life lepas ni kan? Lebih seronok, lebih bahagia atau lebih tenang? tengok tu semuanya positif kan?
Memang sengaja aku set kan life lepas ni sememangnya mesti lebih owesome.
Walaupun aku dah tak bekerja lepas ni, aku mesti ada perancangan dan jadual. Supaya hidup lebih teratur.
Tapi macam mana la nak handle anak-anak sambil berbisnes lepas ni. Kalau sekarang aku bangun terus pergi kerja. tak kelam kabut dengan anak-anak seharian. Lepas ni..semuanya 2 in 1 all the time. 24hours 7days. Harap-harap aku lebih sabar dan lebih kuat. handle emosi especially supaya Mr Hubby bukan lah mangsanya. Huhuhu. Biasa la. Asal tertekan je, aku akan lepaskan tertekan tu kat Mr Hubby. Sian dia. Maaf yer Hubby.