please click here

Showing posts with label BIODATA PENULIS. Show all posts
Showing posts with label BIODATA PENULIS. Show all posts

7 October 2021

Admin Rohaya Tupperware


PENCAPAIAN TERKINI


ahli tupperware, tupperware murah, tupperware bisnes, perniagaan tupperware, komisyen tupperware, peluang perniagaan


Alhamdulillah, pada 20 April 2020 kami telah BERJAYA mencapai Impian yang paling tinggi dalam bisnes Tupperware iaitu mendapat sebuah kereta percuma TOYOTA VIOS dari Tupperware Brands Malaysia.
Penganugerahan kereta percuma adalah hadiah terbesar daripada Syarikat Tupperware Brands selain peluang membuka Stokis atau Studio Tupperware. selain kereta, HQ jugak memberi elaun petrol setiap bulan selama 3tahun berturut. Ini adalah peluang yang terbuka kepada semua Ahli Tupperware melalui pelbagai program dan challenge yang disediakan



PENGENALAN DIRI DAN FAMILY

Nama : Rohaya Abdul Razak
Umur : 35 (2021)
Status : Berkahwin
Anak : 4 orang anak perempuan

Pendidikan:
1) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Muar 
2) INTEC, SHah Alam (foundation Bahasa Korea)
3) Seoul National Universiti ( 2005- 2006)
4) Dongyang Techical College, Seoul, South of Korea (2006-2007)
5) Hanyang Universiti , Seoul, South of Korea (2008-2009)

 Ijazah: Sarjana Muda Mekanikal Engineering

Pengalaman Kerja:
1) Kiswire Sdn. Bhd, Pasir Gudang
2) Samsung Display (M) Electronics 
3) Universiti Malaysia Kelantan 



Status pekerjaan semasa di UMK (hari terakhir 15mei 2015)
 Ketua Unit, Bahagian Mekanikal
Jurutera Mekanikal


pengalaman bekerja di Samsung Display (M) Sdn Berhad
JUnior Executive, Product Innovation
rujukan fb: https://www.facebook.com/photo?fbid=2849576548627691&set=pcb.2849576738627672


kehidupan selepas berhenti kerja pada Mei 2015 dan memulakan perniagaan tupperware dgn ilmu yang zero bermula OCt 2015. semuanya bukan alasan utk berjaya
rujukan fb: https://www.facebook.com/rohayamedela/posts/2582142802037735



 KINI Kerjaya sepenuh masa:
Suri rumah dan ibu sepenuh masa , bisnes tupperware online

Negara pernah dilawati:
1)South of korea
2) Kobe, Japan
3) kaherah,Mesir
4) Jakarta, Indonesia
5) London
6) Rom
7) Phuket, Thailand
8) Kyrgystan
9) Vietnam

Akaun Facebook : Rohaya Tupperware
Akaun Official Fanpage: Rohaya Tupperware
Email: rohaya.abdrazak@gmail.com
No. Whatsapp: 0165571691
utk whatsapp sila clik www.wasap.com/60165571691/blogrohaya


RINGKASAN
Lahir pada 27 Mac 1986. Memperoleh Ijazah sarjana Muda Mechanical of Engineering, Seoul Korea. Pernah berkhidmat sebagai jurutera mekanikal di agensi swasta dan kerajaan. Pada 1 Jun 2015 secara rasmi memilih untuk berkarya dari rumah sambil menguruskan rumah dan anak-anak dengan tangan sendiri. Kini Berkarya dari rumah sepenuh masa sebagai usahawan tupperware dan banyak terlibat dalam perkongsian untuk menjana pendapatan melalui tupperware. Aktif membuat perkongsian tentang kelebihan dan faedah menjadi ahli dan bisnes tupperware terutamanya bagi golongan wanita tak kurang juga utk lelaki. Komitmen dalam membantu golongan muda dan  berumahtangga untuk menjana pendapatan terutamanya suri rumah melalui perjumpaan personal, party, assembly, seminar, pembelajaran secara online serta bengkel-bengkel khas di merata negeri.
Mempunyai hasrat untuk mengajak golongan muda di zaman moden ini agar menceburi bidang perniagaan khususnya bisnes tupperware. Dalam masa yang sama ingin menjadi guru sekaligus menyemai nilai-nilai spiritual kepada anak-anak dan memulakan teras kehidupan di rumah agar dapat membina semula generasi ummah yang gemilang dan ia mesti bermula dari rumah.

Pencapaian dalam Tupperware Brands
Bermula pada October 2015 menjadi ahli dan membentuk 1 pasukan secara personal pada permulaan. 
Berpeluang Melancong secara percuma melalui Tupperware brands ke Bandung, Ho Chi Minh 100% ditanggung oleh HQ Tupperware Malaysia. Iaitu dari segi tiket kapal terbang, Penginapan bertaraf 5 star, Makanan exclusive, Pengangkutan dan bersiar-siar dan Shopping Money bernilai Lebih rm1200 setiap trip.

Anda berminat menjadi ahli Tupperware Bersama kami?
Anda minat menjana pendapatan dan ingin mendapat peluang seperti kami?
jom daftar diri anda sebagai ahli SEKARANG!!!
whatsapp rohaya tupperware utk daftar ahli
Tagline: 
Utamakan Yang Utama
Anda usaha, Allah pastikan anda berjaya

16 November 2015

Peluang Perniagaan Buat Suri Rumah

Assalammualaikum dan salam hebat luar biasa
buat wanita yang sanggup berhenti kerja menjaga anak-anak dan keluarga di rumah.

Ingin saya kongsi sedikit pengalaman hidup sejak berhenti sebagai jurutera di sebuah IPTA di Malaysia.

Bermula dari perniagaan dropship saya pada mulanya kurang berpuas hati. Lalu mencari perniagaan yang boleh memberi manfaat buat jangka masa panjang. Sambil berehat di rumah selepas meletak jawatan, saya tercari-cari pekerjaan yang boleh dilakukan tanpa meninggalkan anak di tempat asuhan.
Akhirnya saya ditakdirkan Allah berjumpa dengan seorang MENTOR yang sangat baik dan supportive dalam perniagaan tupperware. Dah lama sebenarnya bercita-cita untuk mendaftar sebagai ahli, tapi baru kali ini tergerak hati untuk betul-betul nekad.

Ingin saya kongsi kan kisah MENTOR saya yang telah berjaya dalam perniagaan Tupperware.
Juga seorang ex-jurutera, bangga dengan bisnes yang dilakukan di rumah, sambil menjaga anak, boleh menguruskan keluarga dan rumah tangga. Itu impian saya sejak mula menamatkan pelajaran seketika dulu. Dan sudah pasti mentor saya merupakan inpirasi untuk berjaya seperti dia, malah mahu lebih baik dari mentor saya supaya saya dapat tunjukkan segala ilmu yang diturunkan sangat-sangat berguna buat saya sekeluarga..





Sebab saya pilih berniaga tupperware di rumah
1. Nak jaga anak di rumah
2. boleh promote hanya di rumah, takperlu keluar rumah untuk berniaga
3. Boleh jaga makan dan pakaian anak-anak dan suami
4. Setiap kali event anjuran tupperware saya boleh bawa anak-anak ke mana saja saya pergi
5. Dapat banyak free tupperware bila anda hadir event-event tupperware
6. Ramai orang minat tupperware..mudah di jual dan tak ikut trend macam baju atau tudung
7. Tupperware tak basi macam makanan.
8. Rumah dekat sangat dengan stokis. 
9. Dapat melancong free daripada TUpperware.
10. Dapat komisyen selain untung daripada jualan runcit
11. tak payah keluarkan modal besar. ada order terus ambil stok di stokis
12. Target untuk dapat honda daripada  tupperware.

Banyak lagi benefit from business tupperware ni..

Tapi kalau anda takut juga nak join tupperware.. jom kita bace kisah mentor saya..

Ini kisah nya..

🌺Mule2.join tpware and buat biz ni..komisyen less than rm100. Mmg xpenah tunjuk kt suami. Sb nnti dia ckp " setakat rm100, sy pn ada nk bg kt awak dr simpan stok berkotak2 xjual". 

🌹Ajak suami involve party/assembly bile kita achieve challenge. Jgn la achieve 1 hadiah je. Make sure kita achieve byk, so nampak byk la hasilnya. Then suami on impress dgn usaha kita. At least berbaloi2 pegi jauh semata2 nk amik hadiah, then bwk balik hadiah byk2. Ni cite betul tau..mak sy slalu bebel2..hari2 suruh cari keje sejak sy resign dr ENGINEER→HOUSEWIFE. Mak xnmpk tpware tu bg kesan ape pd life sy. Tp tiap kali pegi assembly bwk hadiah byk2..mmg kene paw slalu ngn mak nk hadiah2 tu.

🌷Usaha sehabis baik, make sure dpt komisyen maintain rm1k++ dh ok tp sy xtunjuk kt suami lg bile 1st time dpt komisyen figure tu. Sb bg sy sket sgt. Kalau rm1k dpt..tolak byr kete livina sy rm855, balance rm155 tu xckp mbanggakan lg. so suami still xtau komisyen.

🌸Wkdays suami keje, sy plk keje kt umah as a housewife. Wkend sy peruntukkan unt tpware time tp deal ngn suami, gilir2. Kalo this wkend sy nk spend time dgn tpware, so dia kene jaga anak. Then nxt wkend, dia buat hal dia, sy plk kene jaga anak. Ikut kesesuaian. Slalunye kalo g assembly/party, mmg sy angkut suami ngn anak2. Mmg dorg rasa boring sket tp kene pujuk dorg ikut. Ckpla.."sy buat biz ni nk tlg abg. So sy nk abg tgk keadaan sy buat biz." Lps tu biar dia sndrik decide nk support ke tdk. Jgn xajak dia join wpun dia nmpk mcm xsupport.

🌾Ajak suami ber'sosial' dgn kwn2 tpware kita. Mcm sy..dulu suami tu bknnye kenal sifu saya dan geng-geng tupperware yang lain. tp sy slalu cite psl tpware selit2 nama dorg. Then.ade certain time sy nk amik brg or ade hal ape2 dgn org2 berkenaan, sy cube mintak suami pegi jumpe mereka, dr situ start "social connection".

🍄Try achieve STAR BOOT CAMP (SBC). SBC slalu kt pd, kuantan, penang. Tp masa g penang, sy bwk suami n anak2 skali. Pegi makan angin. I spent my duit komisyen belanje 1 bilik unt family. Sambil2 g cuti2, dia boleh tgk effort sy buat tpware. Dia blh tgk hasil dr tpware, sy blh bwk family cuti2 dgn duit tpware.

🌼Every wk cube cite kt suami, "this wk sy achieve challenge bla bla bla..". "Arini sy dpt jual brg rmxxx, sy dpt recruit 2-3org". Bak kata suami sy.."PLAN MESTI SELARI DGN TINDAKAN". Jgn asyik komplen tp xbuat. Jgn asyik beli brg buat stok tp xjual. Kalo sy jadi dia pn sy marah. Kalau xjual, mana nk dtg blk modal.

🌵Almost 4years join tpware..my upline (mei 2011). Sy join (nov 2011)..suami xpenah tau komisyen sy brp. Sy xpenah mention ape2 kt dia tp sy tunjuk komisyen yg sy dpt tu secara fizikal. Sy byr kete sndrik, sy belanje anak2, sy belanje unt diri sndrik, ajak dia g cuti2 etc. Sampailah satu hari tu..upline cite dpn suami komisyen sy..so since that dia pantau sy punye biz plan. Dia tlg belikan brg, dia tlg sy jaga anak2 bile sy spend masa unt tpware, dia pinjamkan sy duit dulu unt beli brg sementara dpt duit byr blk😁😁

🌻Mak sy pn dh xbising bile sy spend byk masa ngn tpware since sy tunjuk kt dia yg dr tpware, sy blh bg dia duit bln2, sy blh g melancong every yr ke oversea, bwk blk hadiah byk2 sb mak sy pn giler tpware.😂😂😂

🍁Yg lg best..suami bg 200% support bile sy dpt tunjukkan dia sy achieve eduplan rm7k masa tgh pantang aritu.

👉🏻When u aim something, just do it till u drop. No one knows if there's a miracle behind it. 

🔮Mmg lumrah manusia, ckp2 kosong semua org xpercaya. Tp bile kita buktikan sesuatu yg blh buat kita impress, orglain impress, itulah kejayaan anda!!👍🏻👍🏻😉


🍃Sekadar renungan kita bersama...untuk dimurahkan rezeki..🍃

1. Solat fardhu di awal waktu. Kalau dh solat pun slalu dilambat2kan, xmustahil Tuhan pun lambatkan rezeki kita.

2. Luangkan masa 5-10minit unt Solat Dhuha. Jgn ckp xde masa. Sehari 24jam, apelah sgt 10minit unt jumpa dgn DIA.

3. Ringankan tangan bagi duit unt mak dan ayah. Duit yg kita ada tu xluak pun nk dibandingkan mereka peruntukkan duit bg kita belajar dan senang sampai ke hari ni.

4. Selalu bersedekah walaupun RM1. Kdg2 rezeki yg kita dpt tu bukannya kita punye semuanya. Mungkin rezeki yg kita dpt tu...Tuhan nk kita share dgn org yg memerlukan.

5. Kalau kita buat biz, then ade org xbyr atau tipu kita. Dh byk kali pun kita mintak tp dia buat dek, redha je la..maybe Tuhan ckp itu.bkn rezeki kita, rezeki dia..InsyaAllah satu hari nnti Tuhan nk bg yg lg baik unt kita. 

6. Buat biz jgn masam2 muka, garang2 atau xbrp nk layan. Asam garam seller akan jumpe mcm2 perangai customer nth ape2. So bersabar lah. Sabar itu separuh dr Iman. Sabar itu mendidik kita menjadi org yg lebih baik pd masa akan dtg.

7. Taat pd perintahNya, taat pada ibubapa dan suami.

8. Saling maaf sesama manusia, xde hasad dengki..hati pn bahagia. Bila hati bahagia, nk buat biz pn senang hati. InsyaAllah Tuhan akan melipatgandakan rezeki. Ameeennnn.



10 May 2015

Letak Jawatan Kerajaan

Alhamdulillah,
Selepas genap 2 tahun 5 bulan akhirnya aku bulatkan nekad aku untuk hantar notis perletakkan jawatan kerajaan. Sayang? Rugi? menyesal? soalan ni dah berpuluh-puluh kali aku terima sejak 2-3 hari selepas aku hantaran notis perletakkan jawatan sebagai Jurutera Mekanikal (J41)  yang bermula 7 Mei 2015 hingga 6 Jun 2015. bye..bye pejabat infra


Sebenarnya ni bukan keputusan yang tiba-tiba aku buat. tapi aku ambil masa 1 tahun lebih untuk buat keputusan ni. Kenapa? sebab ni semua masa depan dan penentu hidup aku. Sambil-sambil buat keputusan, aku tulis buruk baik aku berhenti kerja kerajaan dalam keadaan hidup PJJ.
Solat istikharah, ni yang paling penting kot. Aku minta Allah tunjukkan jalan yang terbaik melalui gerak hati dan apa-apa juga petunjuk yang boleh Dia tunjukkan pada aku.
(mode sedih selalu kalau nak tulis pasal ni)

Even hari ni pon aku masih dok tanya-tanya member,  tanya pendapat diorang seolah-olah macam tak confident pulak kan. Orang tua kata selalunya keputusan/rezeki/pilihan jawapan yang pertama tu lagi baik dari selepas tu...hehe..tu kata orang tua-tua la. tak tau la pulak kesahihan dia.

Kenapa aku berhenti kerja kerajaan.
Saja aku listkan kenapa aku perlu berhenti kerja kerajaan sekarang. Supaya aku tak lupa matlamat aku after be a housewife kat rumah. Selalunya manusia akan lupa matlamat diorang dalam buat keputusan. Masa tu mula la nak salahkan dan cari salah orang lain. So aku list lah satu-satu. Esok kalau gaduh dengan Mr Hubby, nak complain letih ke penat ke (selalu aku la yang buat hal dulu). bila baca semua ni. boleh neutralkan balik perasaan dan emosi aku.

1. TAK NAK PJJ LAGI
ni  matlamat utama. Syurga isteri di bawah kaki suami. sekarang ni aku rasa aku hanya kejar duit je. Tapi tanggungjawab aku sebagai isteri tu mungkin  dah banyak aku abaikan. Kalau tanggungjawab sebagai umi tu of course lah aku dah buat 100% (yakin je ek..). Banyak sebenarnya masalah and dugaan bila dok jauh ni. Perasaan kita sebagai isteri jadi celaru, nak buat keputusan susah. Family management of course totally out. Itu pendapat aku lah. Maybe wife bekerja yang lain tak fikir macam mana aku fikir and can manage it very well. TAPI BUKAN AKU. 

2. Jaga hubungan suami isteri
ehem..ehem.. korang paham je la. Kalau suami isteri dah jauh memang banyak la nak bergaduh. tu memang aku tak nafikan. Sebab apa? kite susah nak communicate dengan baik menggunakan alat komukasi canggih sekarang ni. Bagus macam mana pun teknologi, kalau bab hubungan suami isteri. memang perlukan belaian, sentuhan, kata-kata semangat supaya dapat bina happiness family. Bagi aku yang dok PJJ ni, memang a big trouble. Mana tak nya, time Mr Hubby balik je kiteorang tak de privacy nak sembang-sembang melainkan kalau keluar dari rumah. Sebab aku kan dok rumah mertua. For sure la kalau tak de mertua pon, adik-adik ipar aku akan ada. Tapi kalau ikut islam pon tak menggalakkan kita sebagai suami isteri duduk sekali dengan mertua. 

3. Anak-anak
Ni faktor terbesar. aku nak jaga anak aku sendiri. bukan tak nak bagi mertua atau siapa-siapa jaga. tapi aku lebih puas hati kalau aku yang jaga sendiri. kan aku ni mr perfect 10. hehe =]
Sebenarnya sejak sumaiyah pernah admit ward dulu aku dah nak berhenti. tapi hold dulu atas banyak sebab. Orang kata hantar anak ke taska lagi cerdik. yeke? takpe la. tu diorang yang kata. tapi naluri aku sebagai ibu, aku adalah orang yang terbaik untuk jaga anak aku.  apapun aku tak nafikan pendapat orang lain sebab korang tak usik duit aku pon nak hantar anak korang kat taska kan?hehe
Apa yang penting, aku tak rela nak swasta kan anak aku. Kebersihan makanan? kebersihan tempat tinggal? belajar? kesihatan? kasih sayang? masa dengan anak? ni semua yang aku perlu fikirkan kalau aku betul-betul nak hantar anak aku kat tempat berbayar. kecuali lah sekarang ni. Mak mertua aku yang jaga. sebab tu aku tak gelabah sangat nak buat keputusan untuk berhenti kerja dalam keadaan rushing. TQ Mak!

4. Silaturrahim dengan mertua.
Kalau dok ramai-ramai ni for sure la ada yang terkecil hati kan? buat tu tak kena.. buat ni tak kena. aku pon tak nafikan aku pon macam tu. bukannya baik sangat. Takpe la korang, aku rela mengalah asalkan silaturrahim aku dengan family aku adalah macam sebelum aku dok di Kelantan ni. aku kawin dengan Mr Hubby pun bukan untuk dapatkan Mr Hubby je, tapi kena kawin dengan seluruh family dia. Kalau aku masih di sini, sampai bila-bila pun aku akan susahkan mertua aku untuk jaga anak aku. Padahal aku faham je diorang ada masa nak pergi jalan-jalan, pergi masjid, pergi ziarah adik beradik. nak buat macam mana, aku yang tersepit sebab aku tak mampu nak jaga anak aku time aku pergi kerja. Bila balik kerja, letih pula nak masak. bukan tak nak..tapi penat nak layan kerenah anak-anak lagi. So benda ni akan jadi 'budamseropda' bak kata orang korea, bahasa melayu=serba salah. Lepas tu mula la aku akan berfikiran negative dan entah apa-apa.

5. Suami nak belajar.
Asal weekend je nak kena ulang alik Nilai-Kota Bharu-Nilai, macam mana la suami aku nak fokus kat master dia. Padahal dulu aku yang beriye nak buat master. Takpe la Mr Hubby, walaupon isterimu tak boleh buat master, jadi tulang belakang paling kuat untuk Mr Hubby buat master pon takpe. At least rasa juga nikmat buat master tu. Mudah-mudah Mr Hubby boleh belajar sampai PHD and boleh jadi Prof Dr Raja Mohd Salahuddin Bin Raja Mamat. tu pon dah cukup membanggakan aku dah. leh jadi isteri Prof. huhu..berangan la ko ni Rohaya! Tapi ikhlas la, kali ni aku nak bagi peluang kat suami betul-betul fokus kat master dia. banyak dah dia korban kan untuk aku sekeluarga cuma aku je tak tahu. Ni mungkin pengorbanan paling besar dan terakhir aku boleh bagi kat Mr Hubby supaya dia berjaya.

6. keselamatan 
Kalau ingat ni, memang aku rasa nak berhenti 24jam je. mana taknya, tiap ahad malam isnin Mr Hubby naik bas. Siap pakai baju kemeja sekolah lagi tue.. Sampai pagi isnin je terus gosok gigi kat terminat TBS and ke sekolah. Alhamdullilah sangat-sangat setakat ni Allah masih melindungi Mr Hubby. bas rosak tepi jalan tengah-tengah malam tu dah biasa dah bagi Mr Hubby. Keselamatan anak pula, bila dok PJJ ni aku terpaksa redha dan tawakal bulat-bulat pada Allah. nasib baik la mertua aku yang jaga anak-anak. walaupun masa kat office macam-macam je aku fikir pasal anak aku kat rumah. kan dah kata tadi, aku ni memang tak boleh tak nak anak depan mata. sapa tak sayang anak oiii..

7. Boleh dekat dengan family di Johor
Yang ni memang tak de langsung dalam list matlamat aku berhenti kerja. Cuma rezeki  aku dan boleh jadi faktor sampingan. hehe..nak juga tersenarai dalam list ekk.. =]
Kalau dok nilai maknanya dah dekat dengan family aku di Johor. Sebelum ni memang selalu je masam muka dengan Mr Hubby nak balik jumpa family kat johor. Lagi-lagi time cuti sekolah dan raya.
Susah oiii... Kena tunggu suami balik ke Kelantan dari Nilai. Pastu turun ke Jb lak. Nak tunggu sampai Jb lak berhari-hari. Faham-faham je la. tak kan Mr Hubby baru balik Kelantan terus nak suruh di drive ke JB pulak kan? Kurang-kurang nak juga bagi dia rehat 1 malam.

Walau apapun orang kata, they can say anything. Tapi aku lebih tahu apa yang terbaik untuk family aku.
Kalau niat kita betul-betul kerana Allah, insyaAllah ada rezeki lain untuk aku dan anak-anak. 
Aku buat semua ni sebab aku nak jaga anak aku dan suami aku. This is the most important!
Keputusan ni aku dah fikir dalam pelbagai aspek, bukan berhenti sebab suka-suka. Walaupun aku belajar tinggi tak bermakna kalau aku gagal menjaga dan mendidik anak-anak.

"YaAllah berilah nikmat rezeki mu yang melimpah ruah. Berilah kesihatan yang baik buat kami semua. Kurniakan lah kami anak-anak yang sihat dan cerdik supaya dapat berbakti kepada agama Islam."
Amin...

1 January 2015

BIODATA PENULIS


Nama: Rohaya Binti Abdul Razak
Tahun Kelahiran: Mac 1986
Suami: Raja Mohd Salahuddin Bin Raja Mamat
Anak: 2 orang perempuan

Pendidikan:
1) Sek Keb Taman Universiti (1)
2) Sek Men Keb Taman Universiti (1)
3) Maktab Rendah Sains Muar
4) Seoul Universiti ( Pengajian Bahasa Korea)
5) Dongyang Technical College, Seoul Korea (Diploma)
6) Hanyang University (Ijazah Sarjana Muda)

Ijazah:
Bachelor Science of Engineering (Mechanical)

Pengalaman Kerja: 
1) Kiswire Cord Sdn Bhd (2010-2011)
2) Samsung Electronics Display (2011- 2012)
3) Universiti Malaysia Kelantan (2012 - present)

Pemilik Kedai Online:
Sumaiyahboutiques@blogspot.com
Facebook/sumaiyahboutiques
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK