Assalammualaikum all parent and kids
Hari ni selesai hari ke2 kita berpuasa dan aku rasa masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat melakukan ibadah di bulan ramadhan yang sangat berkat dan mulia ni.
harapnya bulan ramadhan tahun ni lebih banyak amalan yang kita boleh buat berbanding tahun lepas.
Setakat ni Alhamdulillah syukur aku masih diberi nikmat kesempatan untuk kembali berpuasa bersama mr hubby dan anak-anak seperti dulu. kalau sebelum ni hanya dapat berbuka bersama setiap weekend tapi tahun ni setiap masa bersama..syukran ya Allah..
1-2 hari banyak sungguh status fb rakan-rakan aku yang siap muatnaik gambar anak-anak diorang yang berjaya berpuasa hingga magrib. tahniah-tahniah kerana berjaya mendidik anak-anak even baru berumur 5-6tahun.comel je kan?
siap umpan makanan sedap-sedap untuk berbuka lagi.
tak kurang jugak yang hadiahkan rm1 tiap hari berpuasa.
apapun usaha anda adalah yang terbaik untuk anak-anak.
tapi apa yang conpius kan aku..jarang antara kita cerita pasal anak yang kecil 4,5 or 6tahun boleh solat tanpa arahan.
atau mungkin kita kurang sensitif bab solat daripada bab puasa. sedangkan dalam islam WAJIB ibubapa suruh anak solat ketika 7tahun manakala rotan kalau tak nak solat jugak diusia 10tahun.
so korang boleh fahamkan bertapa pentingnya solat berbanding lain-lain. jangan pula kita jadikan sebagai trend.
jadi..sepatutnya didikan dan pendedahan solat adalah lebih utama. bagi pendapat aku, kalau anak kita dah pandai jaga solat insyaAllah dia automatik mudah dididik untuk berpuasa.
jangan lak kita jadikan trend masa sekarang. tak mustahil orang tua pun hanya jaga puasa tapi tak solat sedangkan tiang agama adalah solat.
kesian aku tengok di fb..anak sampai lembik dik gara-gara nak penuhi perintah parent. kononnya bangga boleh cerita kat kawan-kawan di fb sebab anak belum tadika lagi dah boleh full puasa. sedangkan anak 4,5&6 tahun tu la waktu diorang nak membesar.
teringat masa kecik-kecik dulu..ayah aku selalu je pancing kiteorang adik beradik berbuka tengahari-tengahari.siap buat cornflake dgn freshmilk sejuk lagi.
die kata " puasa separuh hari pun xpe..abah bagi rm1 jugak. tak wajib lagi puasa. aya kecik lagi"
tapi sebab malu kat jiran-jiran aku tahan jugak dari berbuka.sampai badan pun dah jadi gitar. nak tunggu magrib sampai pucat lesi muka"
tapi kalau sekadar melatih anak-anak tu ok lagi. jangan la sampai kita memaksa diorang.kesiannn...
aku dulu darjah 4 baru puasa penuh. kalau darjah 1-3 tu separuh hari. paling banyak pun tak sampai 15 hari sebulan..
tapi bab solat Alhamdulillah
beres... tak bangga eaa... tak baikk..hehe
kalau boleh beri lah pendedahan solat sejak awal-awal lagi.
rumah baru ni walaupun kecik..tapi aku sediakan bilik khas untuk solat.
untuk apa?
supaya aku sebagai parent boleh latih anak-anak tentang solat. sofiyah walaupun baru 1tahun dah pandai ikut pergerakan solat.asal nampak sejadah je pandai dah angkat takbir..sujud..siap boleh angkat telunjuk jari lagi.
kat ruang tu jugak..tempat kiteorang berehat antara waktu magrib dan isyak. boleh mengaji. ajar alif ba taa.. syok..
tunggu pasang aircond kat bilik tu nanti mesti lagi syok.
sebenarnya aku tak perasan lagi time bace status member-member kat fb pasal anak-anak kecil ni berpuasa. tapi tiba-tiba je mr hubby cita..katanya kat tv pun banyak dah dok tayang budak-budak puasa. tapi jarang tunjuk budak-budak yang berjaya solat di awal usia. yang kesian nya kanak-kanak darjah satu yang kurus kedengking tu pun di paksa berpuasa. siannya. angkat beg dah la berat. berjalan masa tengah panas terik..
takpe la dik..
semua ni untuk kebaikan awak jugak..
hehe
No comments:
Post a Comment