Variety colour of pipe cleaner. Comel kan?
Ni salah satu lagi aktiviti yang boleh Sofiyah join sekali. Biasanya bila buat aktiviti homeschooling Sofiyah asyik tengok je. Kali ni aku berjaya tarik perhatian Si kecil yang cumel ni. And alhamdulillah di sangat suka dan focus bermain pipe cleaner dengan penapis ni.
Apa kebaikan aktiviti ni?
Sebenarnya aktiviti ni sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun hingga 3tahun.
Aktiviti ni sebagai exercise untuk fine motor skills.
Sekali gus boleh develope pergerakan jari jemari kecil yang comei ni and coordination pergerakan pergelangan tangan dan mata.
Nampak macam biasa jerk kan? Ini sebagai langkah awal untuk mengajar kanak-kanak teknik memegang pensel.
Tapi hati-hati la yekkk..hujung pipe cleaner tu agak tajam. so makcik pakcik kena la selalu tengok takut terkena mata...lainnnn lak jadi nya kan?
Kalau korang nak cari kat mana biasanya jual pipe cleaner ni boleh cari kat kedai stationary, kedai kraf atau kedai peralatan perkahwinan. Mesti jumpa. Oleh sebab pipe cleaner ni terlalu panjang dan takut tercucuk mata, aku patah kan dua. Senang sikit diorang nak pegang. Takut kalau pipe cleaner terlalu panjang jadi pedang pulak bila dapat kat dua beradik ni.
Mula-mula aku ajar sumaiyah masukkan pipe cleaner ke dalam lubang penapis tanpa kira warna. So aku boleh bagi 10/10.
2nd part aku suruh dia masukkan warna mengikut kelompok. Kalau nak ajar warna ni biasa aku akan suruh dia masukkan warna ni dekat dengan 'kawan' dia. Perkataan kawan tu penting ye mokcik pokcik. Then dia akan tahu kalau kawan tu maksudnya mesti sama.
Kalau A kawan dia mesti A. Kalau warna merah kawan dia merah jugak.
Tu kaedah yang aku guna supaya dia lebih mudah faham. Arassoo??opsss terkeluar perkataan korea sudehhh..hehe =]
Lagi best kalau pipe cleaner ni kita combine kan sekali dengan beads. Masukkan beads dalam pipe cleaner. Mesti mencabar kan. Sure liuk lentok badan diorang nak masukkan nanti. Setakat ni aku hanya berjaya ajar diorang masukkan pipe cleaner dalam penapis. Mungkin lepas ni cari aktiviti lain untuk pipe cleaner ni.
Just untuk sharing, aku tunjukkan idea-idea dan aktiviti lain yang boleh korang buat menggunakan pipe cleaner. Jom scroll ke bawah
.
.
.
.
Rabbits
Pipe cleaner caterpillar
Pipe cleaner spec
No comments:
Post a Comment