please click here

18 January 2015

CERITA KU KETIKA PERHUBUNGAN JARAK JAUH (PJJ)


Assalammualaikum semua pembaca yang setia bersama blog rohayaabdulrazak...

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan..tahun dari 2012 melonjak ke 2015. Satu pengalaman saya kira agak menarik dalam hidup saya sepanjang percintaan dan perkahwinan. Walaupun banyak saat-saat getir, susah dan pahit, bila dikenang semula, menjadikan saya sebagai suri yang makin bersemangat untuk terus melangkah pergi meninggalkan saat kepayahan dan kesusahan.

Ceritanya bermula dari perkenalan saya dan suami. Ketika itu saya masih menuntut di Korea Selatan pada 2005. Sepanjang perkenalan sehingga 2011, kami mengenali satu sama lain dengan jarak jauh. Mula memahami hati masing-masing walau jarak memisahkan kami beribu batu. Sekembali saya di Malaysia pada tahun 2010, saya bekerja di Pasir Gudang. Ketika itu, rasa dekat sikit dengan En Suami saya kerana di mengajar di Johor Bahru. Alhamdulillah saya mendapat tawaran bekerja dii Seremban. Sekali lagi kami dipisahkan dengan perhubungan jarak jauh. Lama kelamaan, bagi mengelakkan kami lebih menjauhi antara satu sama lain, kami berkahwin pada 23 Julai 2011. Walaupun rasa jauh, tapi saya tetap redha dengan ketentuan Allah. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Mungkin juga ada rezki suami untuk berpindah ke seremban bila kami ada baby nanti. Tiba-tiba angan-angan saya selama ini menjadi kenyataan. Sungguh tidak menduga. Cepat sungguh rezeki baby. Cukup saya 4bulan kandungan anak pertama, suami menerima tawaran untuk berpindah ke Seremban. Allhamdulillah, sujud dan syukur saya atas rahmatNya. Sehinggakan nazar saya untuk mengadakan kenduri kesyukuran terlaksana, walaupun tidak sebesar rahmat dan rezeki diberi Allah. Alangkah lega hati saya bermula Januari 2013 saya dapat bersama suami. Hidup seperti manusia normal. Bila berkahwin, mesti mahu bersama suami setiap hari. Berkongsi cerita, suka, gembira, dapat berjalan dan menikmati keindahan rahmat Allah. Bertuah Sumaiyah tika ini, dalam waktu kelahiran suami sentiasa di sisi sehingga Sumaiyah selamat dilahirkan pada 10 Mei 2013.

Awan tak selamanya cerah. Meskipun hidup sempurna walaupun kadang-kadang tertekan dengan masalah bekerja di syarikat Korea, tapi saya sangat bersyukur kerana 2 sahabat dan teman makan, tidur dan hidup saya sentiasa bersama: EN Suami dan Sumaiyah. Sehinggalah pada Disember 2013 saya menerima tawaran sebagai Jurutera Mekanikal di Universiti Malaysia kelantan. Serba salah untuk membuat keputusan. kembali PJJ dengan suami atau terus tertekan dengan masalah di kilang? Akhirnya setelah bermesyuarat dengan suami, listkan semua keburukan dan kebaikan menerima tawaran sebagai Jurutera mekanikal, akhirnya suami menasihatkan saya menerima sahaja tawaran walaupun kami tahu, kami akan kembali terpisah seperti dulu. Sekali lagi akur dengan keputusan suami. Bila sampai ke stage untuk persediaan melapor diri, terpikir saya di mana tempat yang sesuai sekali untuk saya dan Sumaiyah tinggal? "DI RUMAH EM
AK!!"itu kata putus dari suami. Sebagai suami, dia juga perlu pastikan isteri dan anak berada di tempat selamat sebelum melepaskan kami untuk terus berhijrah. "RUMAH EMAK"hati tiap kali tertanya, sanggup atau tidak. Berat hati untuk pergi tapi mungkin ini hanya sementara. Sementara menunggu suami boleh bertukar ke Kelantan. Tapi untuk pengetahuan semua, guru-guru adalah salah satu jawatan professional yang sangat sukar berpindah terutamanya ke negeri Kelantan. Sepanjang hari sebelum melapor diri berdoa supaya Allah beri jalan terbaik  untuk kami berdua.
Ketika disahkan mengandung anak ke-2, ALhamdulillah!

Januari 2013, Alhamdulillah, proses melapor diri ke jabatan baru adalah seperti di rancang. berjumpa rakan-rakan baru, pengalaman baru adalah satu ceritera yang menyeronokkkan. Tapi sampai bila harus berseronok dengan berjauhan bersama suami. Banyak masalah. terlalu banyak. Sukar untuk digambarkan. Walaupun dalam keadaan sukar saya tetap bersyukur kerana kami dan anak diberi kesihatan yang baik. Hingga saya disahkan mengandung pada April 2013. Kembali bergelut dengan emosi seperti perasaan mula-mula kawin dulu. Sehingga badan rasa letih dan lesu.Morning sickness lebih terus dari yang pertama dahulu. walaumacam manapun, hidup mesti teruskan., Kalau ditimbang air mata yang mengalir, tak dapat dibayangkan berapa banyak. Sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Duduk bersama anak kecil, berulang alik ke tempat kerja >50KM pergi balik, suami jauh, tinggal di rumah mertua. Semuanya pengalaman. Tipu lah kalau tidak ada perselisihan rumahtangga, sedangkan hidup bersama suami 24jam pun bertengkar, apa lagi bila berjauhan. Tapi setiap kali stress, saya control kan dengan mendekatkan diri pada Allah, Muhasabah diri semula, Allah tak kan uji ummat nya kalau ummat tidak mampu menerima ujian tersebut. Alhamdulillah, walau banyak peristiwa yang kurang enak untuk dikenang semula, hingga ke sana ini saya masih di sini.

Apapun saya telah merancang untuk kembali ke pangkuan suami InsyaAllah dalam masa terdekat ini. Kerana stress? Ini adalah antara salah satu faktor kecil untuk saya berhijrah semula. Apa yang lebih besar penghijrahan ini saya lakukan kerana nak beri sepenuh tumpuan kepada anak dan suami. Kembali kepada fitrah seorang ibu dan isteri. Ini yang membuatkan hati berasa ralat bila ditempat kerja. Hati sentiasa tidak tenang memikirkan anak-anak. Saya mahu anak dididik dengan agama. mahu suami terjaga pakaian dan makanan, Itu tujuan utama matlamat saya berhijrah. Kepada semua pembaca, doakan semoga perancangan saya dipermudahkan. begitu juga kalian semua, merancang lebih baik untuk kehidupan di dunia, insyaALlah berjaya di akhirat. Sampai bila mahu mendongak langit. Bila mencari yang akhirat, InsyaAllah dunia pun kita dapat.

Untuk pengalaman PJJ seterusnya saya akan kongsikan di entry seterusnya. InsyaAllah.

Nukilan dari seorang suri rumah (WAHM)
ROHAYA BINTI ABDUL RAZAK
-PANDUAN PENJAGAAN ANAK DAN HOMESCHOOLING-

PANDUAN MENYIMPAN SUSU IBU ATAU EXPRESSED BREASTMILK (EBM)

Assalammualaikum,

Alhamdulillah, hari ini tiba-tiba bekalan susu ibu untuk Sofiyah naik dengan baiknya selepas sahaja merundum disebabkan ummi nya baru pertama kali period after bersalin Sofiyah setelah Sofiyah berumur 11 bulan. Hakikatnya begitu lah. Mengikut pengalaman menyusukan Sumaiyah dulu pun, susu ibu akan merudum sebelum dan semasa ibu sedang dalam keadaan period. Apapun, syukur masih ada bekalan untuk adik hari ini dan hari seterusnya. Justeru, dengan mensyukuri nikmat yang Allah beri, saya bersemangat nak kongsi kan sedikit tentang panduan dan tips untuk menyimpan susu ibu atau lebih mudah dipanggil EBM (expressed breastmilk).

Susu ibu boleh bertahan sehingga 6 bulan lamanya sekiranya susu disimpan di dalam deep freezer. Apa itu deep freezer? Ia peti sejuk seperti peti yang biasa digunakan di kedai-kedai untuk menyimpan aiskrim. Gambarnya seperti dibawah.


Di sini saya kongsi kan cara penyimpanan yang betul dan selamat untuk digunakan.

1. Suhu bilik : boleh bertahan sehingga 4jam
2. Cooler bag/ coller box : susu bertahan 12-24jam (bergantung kepada saiz cooler bag)
3. Peti ais bawah (yang ada 2 pintu) : bertahan 2 hingga 3 hari
4. Peti ais atas (yang 2 pintu-freezer) : bertahan 3 hingga 6 bulan bergantung kepada kekerapa dibuka dan          tahan kesejukan yang kita setting pada peti tersebut.
5. Peti ais 1 pintu: bertahan paling lama 2 minggu.
6. Deep freezer: boleh bertahan 6 bulan.

Panduan tambahan

  • Bagi ibu yang bekerja, susu yang dah diperah boleh disimpan di dalam cooler bag, pastikan ice pack mencukupi untuk memastikan susu tersebut berada dalam keadaan sejuk sebelum disimpan di dalam peti di rumah. Bagi office yang disediakan bilik pantry dan mempunyai kemudahan peti sejuk, boleh la gunakan sebaiknya. Apapun, untuk memastikan kualiti di tahap yang baik, simpan botol susu tersebut secara berasingan atau masukkan didalam plastik sebelum di simpan di dalam peti untuk mengelakkan bau dan kebersihan susu tersebut. Kadang-kadang ada peti sejuk di office yang kurang di cuci dan diselenggara menyebabkan kita was-was untuk simpan susu tersebut di dalam peti sejuk. Saya biasanya akan masukkan semua botol dan pum saya ke dalam satu bekas tupperware dan simpan dalam peti sejuk. Kaedah ini lebih selamat. 
  • Susu beku yang telah cair walaupun sedikit yang telah kita simpan boleh dibekukan semula sebaik sahaja sampai di rumah. Pastikan selepas kita keluarkan susu tersebut untuk perjalanan pulang, tidak menngambil masa yang terlalu lama. Saya biasanya consider paling lama pun 1 jam 30minit. Bila sampai di rumah cepat-cepat masukkan ke dalam peti sejuk.
  • Kalau kita rasa susu yang diperah hari ini akan digunakan untuk keesokkannya memadai di simpan di bahagian bawah supaya memudahkan penjaga untuk menguruskan susu perahan. Kalau beku nanti susah pula nak cair kan dan panaskan. Tambah-tambah kalau anak kita dah menangis nak kan susu.
  • Sebaliknya jika susu tersebut akan digunakan untuk beberapa hari akan datang, simpan saja susu tersebut di dalam deep freezer atau bahagian beku supaya kekal lama. Ibu-ibu kena ingat, susu perlu disimpan mengikut sistem first in first out (FIFO) atau label mengikut tarikh. FIFO ini untuk memudahkan kita ambil susu yang mula-mula masuk. 
  •                                                  

Semoga susu perahan ibu dapat dimanfaatkan sebaiknya. Apapun, bagi ibu-ibu bersabar dan nekad untuk menyusukan anak walaupun sedang bekerja dapat melahirkan generasi yang cemerlang. Susu ibu adalah berkali ganda lebih baik daripada susu formula dan mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh anak-anak. Keep pumping dan sentiasa amalkan konsep asa penyusuan iaitu demand dan supply. Di sini saya nak kongsi kan kuantiti susu untuk sofiyah hasil pumping hari ini. Syukur, mensyukuri nikmat Allah. 

InsyaAllah dalam entri lain saya akan kongsikan panduan dan cara pemanasan susu ibu.



Nukilan dari seorang suri rumah (WAHM)
ROHAYA BINTI ABDUL RAZAK
-PANDUAN PENJAGAAN ANAK DAN HOMESCHOOLING-

17 January 2015

MARI BER 'HOMESCHOOLING" BERSAMA WAHM

Assalammualaikum,

 


Apa itu HOMESCHOOLING atau lebih mudah pembelajaran di rumah? tentu perkataan ini agak asing di Malaysia. Tetapi bagi negara barat, homeschooling adalah proses pembelajaraan yang biasa dijalankan di rumah. Proses pembelajaran ini adalah alternatif yang biasanya dijalankan oleh ibu atau bapa untuk mendidik anak-anak di rumah disamping memupuk jalinan kasih sayang di antara ahli keluarga. Bagi pengalaman saya sendiri, saya lebih suka menjalankan homeschooling di rumah kerana dapat memantau perkembangan dan intelektual anak-anak di depan mata kita sendiri.

Tujuan Homeschooling
Jika bertanya kepada saya apa tujuan saya sangat gemar kepada homeschooling kepada 2 orang puteri saya, Sumaiyah dan Sofiyah. Sememangnya naluri keibuan sangat menebal dalam diri untuk mendidik sendiri anak-anak saya mengikut peredaran masa dan kehendak pembesaran anak-anak. Banyak sebab menjadikan diri saya sangat tertarik kepada melakukan homeschooling walaupun mereka masih kecil.


1. Memantau kebolehan dan kepintaran anak-anak- ramai dikalangan ibubapa yang bekerja terlepas masa emas ini untuk melihat perkembangan anak-anak. Anak yang masih bayi, boleh ketawa, meniarap, merangkak dan akhirnya berjalan. Kadang kala lebih banyak anak-anak kita membesar di bawah pemantauan pengasuh atau jagaan orang lain. Sehingga sedar tidak sedar, kadang kala anak kita lebih rapat dengan pengasuh berbanding ibubapa sendiri.

2. Mengawal pertuturan dan bahasa- kebanyakan kanak-kanak yang tinggal di taska atau pusat asuhan sangat terdedah kepada bahasa kanak-kanak yang dipengaruhi oleh rakan sebaya. Ada yang mengeluarkan perkataan kasar dan kesat sehingga terbawa-bawa ke rumah. Bagi saya, selalu saya ingatkan kepada Sumaiyah "kakak, tak baik kata macam tu. Nanti Allah marah. Allah potong lidah nanti".  Cara ini saya kira jalan terbaik untuk didik Sumaiyah supaya dapat bezakan perkataan yang baik dan buruk.

3. Memantau pemakanan - Ini faktor yang penting yang sentiasa menjadi kerisauan saya ketika anak-anak di luar kawalan saya. Setiap makanan yang masuk ke perut anak-anak kita akan memberi kesan yang besar kepada perkembangan anak-anak. Jadi pastikan makanan yang kita berikan adalah halal, bersih dan berzat. Jangan terlalu membiasakan anak-anak dengan makanan rapu yang semakin laris. Anak yang hebat, sudah tentu membesar dengan makanan yang disediakan daripada ibu yang hebat!


4. Kesihatan- Dalam proses pembelajaran di rumah, sudah pasti kita dapat melihat sendiri perkembangan dan kesihatan anak-anak di depan mata. Bila anak sihat, tentu kita sebagai ibu bapa berasa tenang dan gembira dengan keceriaan anak-anak. Ini juga faktor utama ibu-ibu seperti saya ingin sekali menjadi WAHM kerana ingin menjaga anak-anak dari sebarang penyakit berjangkit yang sangat mudah merebak terutamanya di pusat jagaan kanak-kanak.

5. Disiplin - konsep 5'S yang selalu saya terapkan dalam keluarga yang tidak ketinggalan En. Suami untuk aplikasikan konsep ini dirumah. Apa itu 5'S? sisih, sapu, susun, sentiasa amal dan seragam. Selepas bermain, kakak dan adik perlu kemas mainan mereka semula. Pastikan persekitaran dan suasana sentiasa dalam keadaan bersih dan ceria. Konsep ini boleh juga ditampal di sudut atau bilik yang sesuai dijadikan homeschooling.

Nukilan dari seorang suri rumah (WAHM)
ROHAYA BINTI ABDUL RAZAK
-PANDUAN PENJAGAAN ANAK DAN HOMESCHOOLING-


11 January 2015

UPDATE BAJU MENYUSU MURAH BERMULA JANUARI 2015

ASSALAMMUALAIKUM..

Hari ini penulis update kan  lagi design terbaru untuk bulan ini. Seperti biasa saiz adalah available dari XS ke 4XL. Kali ini nursing wear didatangkan khas dengan warna dan corak yang menarik. Penulis kalau boleh nak semua warna yang ada..hehehe..cantik dan selesa. Kain yang sejuk sebab semua nya 100% cotton.

Harga promosi bulan ini adalah XS to XL = RM59.00 manakala XXL to 4XL =60.00















6 January 2015

BAJU MUSLIMAH KANAK-KANAK

T-shirt untuk kanak-kanak perempuan berumur ini mempunyai paten pakaian modern dan sesuai untuk bersukan  dengan lengan panjang dan labuh. Sangat selesa kerana 100% daripada kain cotton serta sejuk. Selesa dipakai untuk bersukan, pergi bersiar-siar atau ketika duduk di rumah. Kerana design yang menarik..baju muslimah kanak-kanak ini juga sesuai untuk dijadikan uniform atau pakaian seragam sekolah asuhan,taska dan tadika. 
Kepada yang berminat sila hubungi saya di 016-7551746 sementara harga murah dan stok  masih ada.


UKURAN BAJU BAGI KANAK-KANAK






CODE: KC108A 
MATERIAL: MATERIAL : 100% COTTON (SEDERHANA TEBAL)
COLOR : PALE GREEN MIX PINK PLAIN 
PRICE: RM39.00( ADD RM3 SIZE RM8-12)
READY STOK:4-12



CODE: KC114A
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR : DARK BLUE MIX FLORAL 
PRICE: RM39.00( ADD RM3 SIZE RM8-12)
READY STOK:4-12


CODE: KC114B 
MATERIAL: 100% COTTON
COLOR: PURPLE MIX BLACKPOLKADOTS
PRICE: RM39.00( ADD RM3 SIZE RM8-12)

READY STOK:4-12


CODE: JC 105 B
MATERIAL: 100% COTTON
COLOR: GREY PINK FLORAL PRINTED
PRICE: RM39.00( ADD RM3 SIZE RM8-12)
READY STOK:4-12

5 January 2015

MENGHITUNG HARI

Bismillahirahmanirrahim...

YA ALLAH,
Jadikan lah blog RohayaJuruteraBerjaya ini sebagai medium yang dapat memberi manfaat dan berkongsi kisah kehidupan kepada orang lain.

Assalammualaikum

Ini adalah penulisan pertama saya untuk blog ini, walaupun sebelum ini saya penah menulis dibeberapa blog saya sendiri. tapi saya mahu jadikan blog ini sebagai cara saya berkongsi pengalaman saya untuk memulakan hidup baru dan lembaran baru beberapa hari lagi. Moga-moga apa yang telah saya rancang bersama suami tercinta akan terlaksana jua setelah hampir 10tahun kami berkenalan, berkahwin, mempunyai anak, duduk berjauhan. Mungkin ini petunjuk dan rezeki kami sekeluarga untuk terus lebih maju kehadapan dalam erti hidup yang lebih bermakna bersama anak-anak.

Rancangan penulis bersama suami, dan kami telah bersetuju untuk hidup bersama selepas ini. Jika dinukilkan panjang pula ceritanya. Penulis ceritakan serba sedikit mengenai penulis. Kami telah berkahwin pada 23 Julai 2011. Dikurniakan puteri pertama Raja Nur Sumaiyah Binti Raja Mohd Salahuddin pada 10 Mei 2012. 


Sumaiyah bersama umi dan ayah di Pantai PCB
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL MENARIK